BMF: Masa jadi pembangkang lain, jadi kerajaan beli barang Cina?
Seorang penggerak utama Kempen Beli Produk Muslim (BMF) kecewa apabila pemimpin Islam tidak konsisten dengan perjuangan mereka selama ini.
Ketua Prasarana Kempen (BMF), Izzat Johari berkata, harapan beliau untuk melihat pemimpin tersebut untuk terus konsisten dengan perjuangan tersebut sangat meleset.
“Allahuakbar! Saya mengharapkan setidak-tidaknya, pemimpin Islam yang lantang memperjuangkan BMF di Perak ini akan istiqomah tetapi sangkaan saya meleset,” katanya di laman Facebooknya.
Walaubagaimanapun beliau tidak menyebut nama pemimpin Islam tersebut namun di dalam ‘posting’ tersebut, beliau memuatnaik satu tangkap layar berkaitan isu membabitkan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria merangkap ADUN Gunong Semanggol.
Ini berikutan isu Pusat Khidmat ADUN Gunong Semanggol, Razman Zakaria membeli barangan dengan kedai milik bukan Islam secara borong.
Izzat berkata, pemimpin tersebutlah punca kempen BMF di negeri Perak dilarang untuk diadakan di masjid.
Ini kerana kata beliau, pemimpin tersebut menggunakan pentas BMF untuk berkempen politik dan akhirnya kempen tersebut telah mendapat nama busuk di negeri Perak.
“Akhirnya, jelaslah sikap mereka bahawa mereka hanya hangat-hangat tahi kambing! Beli borong barangan asas di kedai kapitalis cina.
“Bang, Mydin ada, Amirul Mart ada. Kalau nak borong, boleh je cari jauh sikit tapi puas hati membeli di kedai dan pasaraya Muslim,” kata Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) itu.
Beliau menjelaskan, tindakan ini terjadi kerana jiwa pemimpin tersebut tidak sebati lagi dengan perjuangan BMF.