Menjelaskan pertemuan DS Anwar Ibrahim dan PM Tan Sri Muhyiddin Yasin. Sebelum pertemuan pemimpin PH dimaklumkan, selepas mesyuarat juga dimaklumkan. Tidak timbul mengiktiraf 'kerajaan pintu belakang'. Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini telah membincangkan hasil pertemuan 45 minit itu. Pertemuan berkenaan isu-isu kesejahteraan rakyat. Kita tumpukan isu pemulihan ekonomi, sidang khas parlimen, PKP dan sebagainya. Banyak kementerian mendapat peruntukan. Perlukan ketelusan. Misalnya bantuan makanan dengan peruntukan RM100 tetapi nilai yang diperolehi rakyat RM85 sahaja. Isu tender dan sebagainya seolah-olah 'membina mahligai atas sensara rakyat'. Rakyat kurang makan tetapi ada pula syarikat besar yang untung. PM memberitahu sidang parlimen mungkin diteruskan pada 18 Mei atau mungkin ditangguhkan. PH berpendapat buatlah sidang dua hari sekurang-kurangnya. Tetapkan 2 - 3 wakil kerajaan dan pembangkang berbahas agar tidak terlalu panjang.
Saya tidak mahu komen atau kritik Pas kerana saya punya pengalaman dan jasa bersama Pas terutamanya almarhom ustaz Fadzil Noor. Jika kata Pas boleh membawa kehancuran negara, saya tidak setuju, malahan juga jika ke luar negara saya masih menekan kan bahawa Pas bukan sebuah pertubuhan yang ekstrem.Memang kita ada perbezaan,namun bukan masa untuk mengkritik ,dan jika saya dicerca dan dikeji, itu terpulang kepada mereka untuk melahirkan rasa dan kita tidak setuju jika dilakukannya kepada sesiapa pun.