Pendedahan demi pendedahan yang berlaku beberapa hari ini hanya membuktikan satu hakikat – Tun Dr Mahathir Mohamad kembali bermain muslihat politik kotor seorang diktator yang mahu terus berkuasa dengan apa cara sekalipun.
2. Politik usang ala Machiavelli dimana matlamat menghalalkan cara digunapakai oleh diktator ini buat kesekian kalinya.
3. Makanya sehari dua ini negara ini dihidangkan dengan kisah pelik tapi benar. Terbaru rakaman audio dan pendedahan oleh pimpinan UMNO sendiri terhadap Presiden UMNO yang mengakui kewujudan komplot jijik antara Mahathir dan mereka.
4. Beberapa minggu sebelum ini Presiden PAS juga secara terbuka menyokong diktator ini untuk terus kekal berkuasa. Presiden PAS ini mencipta sejarah tersendiri menyokong seorang kleptokrat (PM 6) dan seorang diktator(PM 7) dalam waktu yang sama.Presiden PAS ini akan dikenang sebagai Presiden PAS paling hampas dalam sejarah.Jauh berbeza dengan ketegasan Presiden PAS terdahulu Almarhum Dato Ust Fadzil Nor terhadap diktator yang sama.
5. Ini semua gara2 permainan politik licik,jijik dan jahat diktator tua bernama Mahathir Mohamad.Menggunakan kuasa dengan taktik ancaman dan tawaran.Taktik standard bagi setiap diktator yang mahu terus kekal berkuasa.
6. Jangan lupa Kongres Maruah Melayu yang akhirnya menjadi Kongres yang hasilnya hanya menampilkan pemimpin2 melayu tiada maruah, skandal video seks, skandal rasuah helikopter hilang dan sebagainya. Pemimpin2 seperti ini adalah ramuan paling enak seorang diktator.
7. PKR parti paling besar dalam kerajaan di porak perandakan dengan taktik pecah dan perintah dengan menjadikan Timbalan Presiden dan beberapa pimpinan PKR bertukar status daripada pejuang rakyat kepada agen dan penjilat seorang diktator.
8. Sebelum negara menjadi semakin parah dan rakyat semakin melarat dengan permainan politik kotor diktator yang semakin menjadi2 ini, PH sebagai koalisi pemerintah wajib memperbetulkan keadaan negara ini.
9. Tun Mahathir mesti didesak untuk berundur. Dan berundur segera!
10. Apakah belum cukup peringatan rakyat di Tg Piai dengan kekalahan parti pemerntah paling besar dalam sejarah? Dan terbaru di Kimanis.
Laporan polis pada penfitnah Menteri Agama, Ds Mujahid Rawa terhadap seorang Individu yang mengunakan nama Maha Zan.. Jangan tak jawab salam...bila pintu diketuk..
Berikutan pendedahan Ahli MT UMNO, Lokman Noor Adam semalam berhubung keinginan Ahmad Zahid Hamidi untuk membawa UMNO bekerjasama dengan Tun Mahathir Mohamad bagi membentuk sebuah kerajaan baru yang dinamakan Pakatan Nasional, beberapa persoalan kini mula menarik perhatian.
Pertama, apakah dengan pendedahan Lokman itu, pembentukan kerajaan baru tersebut akan tetap menjadi kenyataan?
Ataukah rancangan menubuhkan Pakatan Nasional itu sudah terbatal dengan sendirinya?
Apakah dalam mesyuarat MT UMNO 7 Februari ini, agenda pembentukan kerajaan baru tetap akan menjadi tajuk perbincangan?
Yang kedua, apakah pendirian Tun Mahathir Mohamad berhubung pendedahan Lokman itu?
Sediakah Tun Mahathir mengakui memang beliau yang mahu menarik UMNO bersama-sama mewujudkan kerajaan baru itu?
Dari segi logik, jika tiada lampu hijau daripada pihak Tun Mahathir, mustahil Zahid Hamidi dan UMNO yang terhegeh-hegeh mahu mewujudkan kerajaan baru itu.
Ini kerana asas pengwujudan kerajaan baru itu ialah untuk mengekalkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal dan meskipun Zahid Hamidi serta UMNO akan turut memperolehi manfaat daripadanya, manfaat terbesarnya ialah untuk Pengerusi Bersatu itu.
Dengan demikian, pelawaan atau usaha awal mesti datang daripada pihak Tun Mahathir.
Soalnya, apabila perkara ini terdedah lebih awal, apakah Tun Mahathir sedia mengakuinya?
Atau Tun Mahathir akan menafikannya untuk menyelamatkan kedudukannya bersama PH?
Ketiga, daripada sudut apa sekalipun, berikutan rancangan menubuhkan kerajaan baru itu bukan lagi rahsia dan sudah terdedah kepada umum, PH tidak boleh lagi sekadar berdiam diri begitu saja.
Apa sebenarnya pendirian PH berhubung perkembangan terbaru ini?
Oleh kerana yang dilibatkan secara langsung dalam pembentukan kerajaan Pakatan Nasional itu ialah Tun Mahathir dan Bersatu, salah satu ahli gabungan dalam PH, tidakkah ini sebetulnya memerlukan PH mengadakan mesyuarat tergempar dengan kadar segera?
Tidak mahukah PH mendengar sendiri penjelasan dan pengakuan sebenar daripada Tun Mahathir mengenai kerajaan baru itu?
Keempat, oleh kerana PKR, DAP dan Amanah serta PH nampaknya bakal ditinggalkan oleh Tun Mahathir untuk beralih kepada gabungan kekasih baru Pakatan Nasional yang merangkumi UMNO dan Pas, sedarkah mereka bahawa PH dalam diam-diam cuba dikhianati oleh Perdana Menteri sendiri?
Tidakkah, dalam kedaan ini, selain keikhlasan Tun Mahathir terhadap PH sangat-sangat dituntut, pembuktian keikhlasannya sepatutnya mesti diserlahkan dengan beliau bersetuju menetapkan tarikh peralihan kuasa dengan seberapa segera?
Wahai Majlis Presiden PH, mahu tunggu apa lagi, janganlah jadi ular sawa kenyang terlalu lama? (ShahbudinHusin 04/02/2020)
Kami, para pemimpin dan pewakilan setiap badan professional setiap persatuan saintifik, setiap badan pertubuhan kemasyarakatan, setiap agensi dan jabatan kerajaan, setiap entiti swasta yang berpandu keuntungan dan rakyat Malaysia dan para rakyat umum dari serata mukabumi ini, yang mengambil bahagian dalam Healthcare Financing and Delivery Reform towards Universal Health Coverage Forum for Malaysia di Kuala Lumpur pada 15 Jun 2019,
MENGAMBILKIRA tema-tema pengarkaan dan asas yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tahun 1946 dan dikemaskini 2014,
DIILHAMKAN dari aspirasi murni 17 Matlamat Pembangunan Mampan bagi Agenda 2030 (Sustainable Development Goals of Agenda 2030) untuk pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (sustainable development of the United Nations) yang ditekadkan pada 2015,
PENGUKUHAN kesemua prinsip dan komitmen yang telah dinyatakan di dalam Deklarasi Astana pada 2018 adalah begitu istimewa dan berwawasan,
MEMBAYANGKAN suatu sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia yang menjaga seluruh masyarakat dengan mengutamakan, mempromosi dan melindungi kesihatan dan kesejahteraan manusia; berperikemanusiaan, menyeluruh, berkualiti tinggi, mudah dapat, mampu milik dan mampan; disediakan dengan penuh rasa simpati, hormat dan bermaruah oleh para pengamal perubatan cukup terlatih dan amat bersemangat; dan menampung persekitaran yang mendorong di mana semua manusia dan komuniti akan diberikan hak dan akan dilibatkan dalam usaha mempertingkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka, dan
Support the struggle to build a New Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:
DEMI liputan kesihatan sejagat (universal health coverage), diisytiharkan:
1. Bahawasanya kami menegaskan komitmen kami yang berterusan pada hak-hak asasi kemanusiaan bagi setiap insan di Malaysia kepada setinggi-tinggi tahap piawaian kesihatan dan kesejahteraan, tanpa sebarang halangan mahupun apa-apa jenis pembezaan yang dinyatakan dalam nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang tersemat dalam kedaulatan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Deklarasi Hak-hak Asasi Manusia Sejagat 1948, terutamanya keadilan dan perpaduan perkhidmatan kesihatan.
2. Bahawasanya kami yakin kesihatan sebenarnya menjangkaui semata-mata kesejahteraan fizikal, mental dan sosial seorang individu; ia turut menjurus kepada modal kesihatan (health capital) yang penting kepada pembangunan masyarakat dan negara di Malaysia, sejajar dengan prinsip-prinsip sejagat bagi keadilan, perpaduan dan kemakmuran. Kami berpegang bahawa liputan kesihatan sejagat mencapai bukan sahaja kebaikan bio-psiko-sosial kepada setiap individu, malahan juga suatu kebaikan awam yang lebih menyeluruh yang membawa kepada keharmonian dan ketahanan sosial, dan
3. Bahawasanya sungguhpun berlaku kemajuan natijah-natijah kesihatan yang luar biasa di Malaysia semenjak Kemerdekaan pada 1957, beberapa keperluan kesihatan masih belum mendapat perhatian yang sewajarnya terutamanya yang melibatkan kalangan miskin (bandar dan luar bandar) dan orang-orang yang berada dalam situasi mudah terjejas. Atas sebab sebab etika, kemanusiaan, politik, sosial dan ekonomi, kami berpegang bahawa ketaksamaan akses dan perbezaan natijah-natijah akan tetap wujud dan kedapatan pertambahan bilangan dari kalangan kita yang tidak dapat lari dari menjadi jatuh miskin kerana menanggung bayaran untuk kesihatan, hidup tidak menentu di bawah ancaman kemusnahan kewangan akibat daripada permasalahan kesihatan.
Dengan mengambil kira Deklarasi tersebut. kami bertekad untuk:
1. Memenuhi liputan kesihatan sejagat
dengan pengukuhan sistem kesihatan primer melalui infrastruktur dan insentif yang bersesuaian;
dengan kaedah telus melakukan promosi kepada awam, peningkatan, pencegahan, rehabilitasi dan penjagaan paliatif dan bukan hanya penjagaan perawatan semata-mata;
dengan menghapuskan segala bentuk halangan kepada akses, sama ada halangan fizikal, mental, budaya, institusi mahupun emosi;
dengan memanjangkan perlindungan fizikal, infrastruktur dan kewangan kepada seluruh populasi bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi dan kos-berkesan pada masa yang bertepatan;
sehinggakan sebarang perubahan untuk mencapai liputan kesihatan sejagat mestilah benar-benar berlandaskan sains yang praktikal dan mampan, yang mana sebenarnya memerlukan konsultansi yang mendalam, telus dan bermakna bersama dengan para pengamal perubatan di pelbagai peringkat dan juga di semua sektor;
juga melalui kaedah yang teliti, merekayasa bayaran akses perkhidmatan kesihatan agar dapat pada masa yang sama menghalang kesempitan kewangan, menjamin kadar kebergantungan kesihatan yang bertepatan serta menjamin kesihatan fiskal nasional untuk jangka masa panjang
yang menjurus kepada populasi yang sihat dan lasak tanpa menyebabkan sesiapa pun yang keciciran di mana-mana bahagian perkhidmatan kesihatan yang lestari,
2. Memberi kuasa kepada individu dan komuniti
dengan memberi sokongan yang berterusan kepada individu, keluarga, komuniti dan masyarakat keseluruhannya supaya mengambil bahagian dalam membuat keputusan dan pengurusan keperluan penjagaan kesihatan masing-masing;
dengan secara aktif dan pasif mempromosi pengetahuan kesihatan terutamanya kepada populasi yang kurang perhatian, yang diperlukan untuk mempertingkatkan kesihatan mereka ataupun kesihatan orang yang mereka jaga;
dengan mengilhamkan sebuah perasaan pemilikan kesihatan dan kesejahteraan diri secara peribadi dan komuniti, dipandu oleh para pengamal perubatan profesional yang penyayang dan berpengetahuan;
dan juga dengan menggalakkan perasaan kebergantungan kepada diri sendiri ataupun berdikari untuk kesihatan namun mempunyai perpaduan yang setara dengan komuniti kita, kerana kesihatan mempuyai terlalu banyak perhubung-kaitan untuk diasingkan kepada seorang individu, dan
3. Keadilan perkhidmatan kesihatan dan sosial
dengan berterusan menjamin dan menampung sumber-sumber yang mencukupi melalui pelaburan yang lebih besar dalam perkhidmatan kesihatan dari kalangan perwakilan negeri dan bukan negeri;
dengan tanpa berasa belas mengurangkan ketirisan dalam bentuk ketidakefisienan, korupsi, pembaziran, penipuan dan penyalahgunaan;
dengan menyatukan para penggubal kesihatan dan penggubal kewangan dalam persekitaran dengan kecenderungan yang sama iaitu “kesihatan suatu pelaburan” (health as investment) dan pengagihan sumber-sumber yang berpatutan;
dengan sewajarnya menggubal kaedah pembuatan keputusan yang bersandarkan kos berkesan dan bukti di pelbagai peringkat pentadbiran kerajaan;
dengan tidak hanya menumpu kepada cabaran-cabaran masa kini seperti penyakit-penyakit tidak berjangkit tetapi juga menitik berat cabaran masa mendatang seperti penjagaan penuaan, perubahan iklim dan pergolakan teknologi.
Berpegang kepada kesemua komitmen tersebut, kami menegaskan sekali lagi tanggungjawab yang abadi oleh pelbagai peringkat kerajaan dalam melindungi dan mengetengahkan kepentingan setiap orang untuk menikmati tahap piawaian kesihatan setinggi yang boleh.
Kami memahami bahawa liputan kesihatan sejagat tidak hanya memerlukan percaturan penentu-penentu kesihatan bio psiko-sosial tetapi juga penentu-penentu ekonomi dan persekitaran.
Maka, kami memaklumi keperluan keputusan politik yang berani menggunakan kaedah masyarakat menyeluruh supaya polisi-polisi liputan kesihatan sejagat terukir di dalam semua pewakilan negeri dan bukan negeri dalam erti kata persekitaran pelbagai sektor dan trans disiplin yang sebenarnya.
Kami menyeru kesemua pemegangtaruh supaya dapat bergabung bersama-sama dalam mencapai kesemua komitmen yang telah termaktub di dalam deklarasi ini, berlandaskan semangat kebersekutuan, kepemurahan dan keazaman.
(Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri)
Semalam, melalui hantaran Facebook (FB) bertarikh 2 Februari 2020, Datuk Seri Najib Razak menyindir saya kononnya matematik saya ‘koyak’, sebab saya menghantar ciapan bahawa pada tahun 2011, konsesi lebuh raya PLUS dilanjutkan sehingga ke tahun 2038. Dengan sindiran ini, Najib Razak mahu memberi gambaran bahawa konsesi lebuh raya tidak dilanjutkan di zaman beliau memegang tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri.
Akan tetapi, menurut hantaran Najib Razak sendiri bertarikh 29 Disember 2018 melalui laman Facebook “Najib Razak”, beliau telah dengan bangganya mendedahkan bahawa perjanjian lebuh raya PLUS telah distruktur semula pada tahun 2011, dan tempoh konsesi tol dilanjutkan kepada tahun 2038. Menurut Najib:
“Oleh itu, perjanjian konsesi dirunding sekali lagi pada tahun 2011.
Hutang pampasan RM6.5 bilion dari kerajaan tidak perlu dibayar lagi dan kadar kenaikan tol diturunkan dari 10% setiap 3 tahun kepada 5% setiap 3 tahun tetapi tempoh konsesi tol dilanjutkan 8 tahun lagi kepada tahun 2038.
…
Saya mengaku bersalah kerana telah menjadikan kerajaan dan rakyat sebagai kroni baru untuk lebuh raya tol PLUS pada tahun 2011.“
Selepas saya mendedahkan bahawa Najib sendiri telah lupa hantaran Facebook yang dibuat sendiri pada tahun 2018, Najib Razak atau pengendali laman Facebooknya telah dalam diam memadam hantaran Facebook bertarikh 29 Disember 2018.
Persoalannya di sini adalah, mengapa Najib Razak padam hantaran FB bertarikh 29 Disember 2018 mengenai konsesi lebuh raya PLUS? Adakah ini untuk menutup fakta bahawa pada tahun 2011, sememangnya terdapat lanjutan konsesi lebuh raya-lebuh raya di bawah pegangan PLUS? Ataupun untuk menutup fakta bahawa mengikut pengstrukturan semula pada tahun 2011 tersebut, PLUS dibenarkan untuk menaikkan kadar tol sebanyak 5% setiap 3 tahun? Ini semua didedahkan oleh Najib Razak sendiri melalui Facebook setahun lebih yang lalu.
Pengstrukturan semula konsesi tol lebuh raya-lebuh raya PLUS oleh kerajaan PH adalah situasi ‘menang-menang’ untuk kerajaan dan rakyat. Rakyat menikmati penurunan kadar tol dan tidak ada peningkatan tol lebuh raya PLUS sepanjang tempoh konsesi. Pada masa yang sama, Kerajaan tidak perlu membayar pampasan kepada PLUS untuk tidak menaikkan kadar tol.
Akhir sekali, saya melihat bahawa tindakan memadam hantaran ini menimbulkan persoalan – jika Najib Razak boleh padam hantaran Facebooknya sendiri bila tidak lagi jadi perdana menteri, apa yang “dipadamnya” semasa ada kuasa sebagai perdana menteri?
“Tindakan Najib padam hantaran FB berkenaan konsesi PLUS timbulkan persoalan” Semalam, melalui hantaran Facebook (FB) bertarikh 2 Februari 2020, Datuk Seri Najib Razak menyindir saya kononnya matematik saya ‘koyak’, sebab saya menghantar ciapan bahawa pada tahun 2011, konsesi lebuh raya PLUS dilanjutkan sehingga ke tahun 2038. Dengan sindiran ini, Najib Razak mahu memberi gambaran bahawa konsesi lebuh raya tidak dilanjutkan di zaman beliau memegang tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri. Akan tetapi, menurut hantaran Najib Razak sendiri bertarikh 29 Disember 2018 melalui laman Facebook “Najib Razak”, beliau telah dengan bangganya mendedahkan bahawa perjanjian lebuh raya PLUS telah distruktur semula pada tahun 2011, dan tempoh konsesi tol dilanjutkan kepada tahun 2038. Menurut Najib: “Oleh itu, perjanjian konsesi dirunding sekali lagi pada tahun 2011. Hutang pampasan RM6.5 bilion dari kerajaan tidak perlu dibayar lagi dan kadar kenaikan tol diturunkan dari 10% setiap 3 tahun kepada 5% setiap 3 tahun tetapi tempoh konsesi tol dilanjutkan 8 tahun lagi kepada tahun 2038. Saya mengaku bersalah kerana telah menjadikan kerajaan dan rakyat sebagai kroni baru untuk lebuh raya tol PLUS pada tahun 2011.“ Selepas saya mendedahkan bahawa Najib sendiri telah lupa hantaran Facebook yang dibuat sendiri pada tahun 2018, Najib Razak atau pengendali laman Facebooknya telah dalam diam memadam hantaran Facebook bertarikh 29 Disember 2018. Persoalannya di sini adalah, mengapa Najib Razak padam hantaran FB bertarikh 29 Disember 2018 mengenai konsesi lebuh raya PLUS? Adakah ini untuk menutup fakta bahawa pada tahun 2011, sememangnya terdapat lanjutan konsesi lebuh raya-lebuh raya di bawah pegangan PLUS? Ataupun untuk menutup fakta bahawa mengikut pengstrukturan semula pada tahun 2011 tersebut, PLUS dibenarkan untuk menaikkan kadar tol sebanyak 5% setiap 3 tahun? Ini semua didedahkan oleh Najib Razak sendiri melalui Facebook setahun lebih yang lalu. Pengstrukturan semula konsesi tol lebuh raya-lebuh raya PLUS oleh kerajaan PH adalah situasi ‘menang-menang’ untuk kerajaan dan rakyat. Rakyat menikmati penurunan kadar tol dan tidak ada peningkatan tol lebuh raya PLUS sepanjang tempoh konsesi. Pada masa yang sama, Kerajaan tidak perlu membayar pampasan kepada PLUS untuk tidak menaikkan kadar tol. Akhir sekali, saya melihat bahawa tindakan memadam hantaran ini menimbulkan persoalan – jika Najib Razak boleh padam hantaran Facebooknya sendiri bila tidak lagi jadi perdana menteri, apa yang “dipadamnya” semasa ada kuasa sebagai perdana menteri? Syahredzan Johan Setpol Ahli Parlimen Iskandar Puteri https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1503509206494235&id=639373689574462 *#ShareLike* *#AMANAHSGPETANI*
Kalau sebelum ini bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Muhammad Noor hanya beri respons terhadap sikap dan perangai (politik) Dr Mahathir Mohamad yang dilihat menunjukkan tidak berubah, kekal dengan sikap lamanya, melalui kenyataannya dalam media massa, tetapi kali ini beliau sudah turun ke gelanggang, mengkritik Dr Mahathir secara terbuka.
Malam tadi Ezam mengadakan ceramah dan dialog dengan pendukung Reformasi (Otai) yang rata-rata rakan seperjuangannya sejak tahun 1998, di parlimen Gombak diwakili Mohamed Azmin Ali.
Kehadiran Ezam itu dilihat beliau tidak dapat bersabar lagi dengan ulah politik yang berlaku kini, khasnya sikap ditunjukkan Dr Mahathir yang sengaja melewat-lewatkan tempoh pengunduran.
Serentak mengkritik keras Dr Mahathir, Ezam juga mentempelak rakannya Mohamed Azmin yang didakwanya menjadi alat, agen kepada Mahathir seorang diktator.
Ezam kecewa dengan Azmin dan meminta Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berhenti daripada menjadi alat, agen kepada Mahathir yang bersikap diktator.
Katanya, Azmin sepatutnya tidak jadi alat dan agen kepada diktator tetapi menjadi alat dan agen kepada Reformasi. Katanya, kalau kita pejuang reformasi tulen kita tidak akan menyokong diktator, kerana bagi reformasi ia anti kepada diktator.
Malam tadi Ezam turut memberi kata dua kepada Azmin agar berhenti daripada menjadi agen atau alat kepada diktator bernama Mahathir.
Penampilan Ezam secara terbuka kali kedua malam tadi, adalah sebagai perasmian serangan terbuka beliau kepada Dr Mahathir Mohamad. Trims.
Mohd Shah Rim Jika ada Walaun yang sibuk, pasal Manifesto PH, suruh mereka baca posting ini.. MANIFESTO PAS DAH TUNAI? SAAT ini 90% manifesto PAS belum lagi terlaksana di Kelantan dan Terengganu antaranya: 1. Jika menang PRU14 di Terengganu akan laksana Hukum Hudud 2. Pemberian Tanah sebanyak 2 ekar seorang kepada Persara Tentera (Kelantan dan Terengganu) 3. Pemberian rumah mampu milik kepada rakyat miskin tegar (Kelantan dan Terengganu) 4. Menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negeri 5. Bantuan RM100 sebulan kepada warga emas 6. Menghapuskan cukai pintu rakyat Kelantan 7. Bayaran saguhati sebanyak RM10 ribu kepada keluarga yang ditimpa musibah 8. Pendidikan percuma kepada rakyat Kelantan 9. WiFi percuma kepada rakyat Kelantan 10. Penghapusan bayaran caj letak kereta di seluruh Majlis Perbandaran di Kelantan. Malah pada 25hb Julai 2019 MPKB-BRI telah laksanakan kaedah Kepit Tayar (clamping) di mana projek tersebut diberikan kepada pihak swasta Syarikat Vista Summerose Sdn. Bhd. 11. Air paip yang bersih dan terawat (majoriti penduduk Kelantan yang putus harapan dengan Air Kelantan telah menggunakan kaedah 'air tebuk' / telaga tiub) semenjak tahun 2000) Isu ini juga menjadi penghalang kepada pelabur luar DAN perlancongan, terutama sektor perhotelan & pelbagai Taman Tema untuk melabur di Kelantan Kelantan juga terpaksa mengimport bekalan air terawat daripada Terengganu untuk industri perikanan di Semerak, Bukit Yong dan Tok Bali. Isu bekalan air terawat juga menjadi faktor yang utama bagi para pelabur membuat pelaburan hartanah di Kelantan 12. Tambatan Banjir Kota Bharu - sehingga kini masih belum dilaksanakan 13. Stadium negeri yang baru dan canggih. Belum ditunaikan oleh kerajaan PAS 14. Pelabuhan Tok Bali 15. AFTA City di Rantau Panjang 16. Pelabuhan Pantai Seri Tujuh, Tumpat 17. Pembinaan Terminal Bas Bersepadu di Kubang Kerian 18. Projek Agro Tourism di Pergau, Jeli 19. Pusat Bandar Baru Pengkalan Kubor 20. Pelabuhan Darat di Kuala Krai 21. Petrokimia City, di Bachok. 22. Eco - Tourism City di Danau Tok Uban, Pasir Mas 23. Jambatan ke-3 Sungai Kelantan, iaitu Palekbang - Kg. Cina yang dijanjikan dari tahun 1996 lagi. Batu asas sahaja yang terbina. 24. Pembangunan Lembah Sireh di Kota Bharu. Di mana kerajaan Pas telah serahkan tanah seluas 1,000 hektar bersamaan dengan 2,471 ekar kepada sebuah syarikat pada tahun 2003 25. Masjid Baru di Kampung Sireh. 26. Jambatan Baru Di Kampung Sireh. 27. Stadium Mini Tertutup Wanita di Kota Bharu. 28. Tembatan Banjir di sepanjang Koridor Sungai Golok. 29. Lebuh Raya Rakyat, Machang - Kuala Krai sejauh 30km yang bernilai RM550 juta yang gagal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pas. Lebuh Raya Rakyat tersebut telah dibatalkan oleh kerajaan Negeri Pas pada Mac 2018 dan kutipan sumbangan rakyat Kelantan sebanyak RM3.2 juta tidak tahu kemana. 30. Pembangunan Bandar Baru Islam di Tok Bali seluas 140 hektar diberikan kepada syarikat swasta, Aimfora Holdings Sdn Bhd. 31. Masjid Baru di Tok Bali 32. Pusat Keewangan Islam di Tok Bali. 33. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Bharu. Sehingga kini kerajaan Pas Kelantan gagal selesai isu pengambilan tanah penduduk tempatan. 34. Projek Solar Park di Danau Tok Uban seluas 80 hektar yang kerajaan Pas berikan tanah kepada syarikat swasta. 35. Projek Bachok Perdana. Tanah PKINK seluas 10 hektar diberikan kepada syarikat swasta untuk dimajukan pada tahun 2013. 36. Kegagalan menangani hakisan pantai di Pantai Cinta Berahi atau Pantai Cahaya Bulan. (PCB). 37. MPKB - BRI dan kerajaan negeri yang gagal tangani kebersihan bandar. 38. Kegagalan Kerajaan Negeri menyediakan 5,000 rumah mampu milik kepada rakyat Kelantan. 39. Projek Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Lojing. 40. Kegagalan kerajaan negeri mengekalkan pelbagai kilang asing supaya kekal di Kelantan. Akibat kekurangan pelbagai kemajuan infrastruktur serta insentif menarik daripada kerajaan negeri dan dasar tidak mesra pelabur parti Pas. Dalam tempoh 28 tahun sebanyak 250 kilang menutup operasi serta berpindah ke pelbagai negeri lain. 20,000 pekerjaan kepada rakyat Kelantan hilang akibat kesan penutupan kilang tersebut. 41. Projek Pembangunan Jalan Gajah Mati. 42. Projek pembangunan Lundang. 43. Projek Pembangunan Wakaf Mek Zainab. 44. Projek Bandar Baru Tunjong. Tanah milik kerajaan negeri seluas 2,000 ekar. Gagal dilaksanakan kerajaan negeri. Kini kes saman oleh pihak Bank menanti. 45. Projek Batutta Ville di atas tanah milik MPKB - BRI di jalan Telipot (kawasan Elitis Kota Bharu). Pada tahun 2010. MOU disaksikan oleh Exco Yb Takiyuddin. 46. Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh. Projek MPKB - BRI bersama syarikat swasta. Pembangunan sebanyak 5 Fasa. Fasa 4 & 5 terbengkalai. 47. Projek Madinatur Raudhah di atas tanah milik kerajaan negeri sebelah di Jalan Sultan Ibrahim di Kota Bharu. Tanah secara kontra basis. 48. Projek MPKB - BRI Highrise Tower di atas tapak pasar lama Arked MPKB di Kota Bharu. 49. Projek Bazaar Tok Guru - Kota Bharu. Tapak asal IPD Kota Bharu. Gagal dimajukan serta gagal juga menjadi tempat yang popular di Kota Bharu berbanding di tempat lama Arked MPKB. Tingkat 1 sahaja dipenuhi peniaga. Tingkat 2 dan 3 kosong. Peniaga banyak yang rugi dan bungkus. Pelan layout pun hancusss... Aduhaii 50. Projek Airport City di Pengkalan Chepa milik MPKB - BRI. Seluas 200 ekar. Kegagalan kerajaan Pas Kelantan. 51. Projek Kandis Eco Tourism Bachok seluas 7 ekar. Gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pas Kelantan.. Jadi, kena kencing atau tak ni?😅😅
Corak pemikiran berteraskan fahaman perkauman yang sempit yang semakin memgusarkan dikalangan generasi muda hari ini perlu dikikis, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu menegaskan, mereka (generasi muda) sepatutnya diajar cara hidup berpaksikan kepada semangat kemanusiaan yang tinggi, beretika dan berakhlak mulia sebagai pegangan hidup seharian mereka.
Malah Pakatan Harapan (HARAPAN) juga mesti mendidik golongan itu mempertahankan nilai kebaikan dan keadilan dan menolak serta melawan kejahatan dan kezaliman.
“Kalau orang Melayu pertahankan kebaikan dan keadilan, kita sokong. Begitu juga jika orang Cina pertahankan keadilan dan kemanusiaan kita sokong…begitu juga untuk orang Dayak, Melanau dan lain-lain,”
“Tapi jikalau ada orang Melayu, Melanau, Cina dan lain-lain yang pertahankan kezaliman dan rasuah, kita mesti lawan,” katanya dalam ucapan pada rumah terbuka HARAPAN Sarawak baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Umum HARAPAN berkata di semenanjung Malaysia terdapat desas desus politik rasis yang diamalkan ahli politik yang terdesak, yang tiada kekuatan moral dan tiada integriti serta yang takut kerana mereka bergelumang dalam rasuah atau salah laku dan penyalahgunaan kuasa.
“Itu sahajalah modal mereka iaitu ‘racism’. Tetapi kita , di pihak majoriti mesti berdiri teguh bersama. Keadilan, DAP, Bersatu dan Amanah tegas untuk mempertahankan prinsip yang kita pegang,” katanya.
Sebagai rekod, Anwar bukan pemimpin pertama yang membangkitkan rasa gusar dengan sikap pihak yang gemar meniup api perkauman.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pada September lalu membuat ingatan serupa agar perbuatan membangkitkan isu perkauman dihentikan segera supaya keselamatan nyawa, keselamatan harta benda warga tidak berdosa dilindungi
Walaupun koronavirus sedang merebak di serata dunia, di Malaysia virus ini belum mencatatkan kematian. Namun ada satu lagi virus yang lebih merbahaya, iaitu virus sentimen perkauman.
Virus tersebut jika dibiarkan berleluasa boleh membakar negara dan memecahbelahkan masyarakat. Pembawa virus korona dikuarantin di hospital malangnya pembawa virus perkauman dibiarkan bebas tanpa diambil tindakan.
Pelbagai lapisan masyarakat yang rasional beranggapan ada sesuatu yang tidak kena dengan kerajaan kerana berlembut menghadapi golongan penyebar virus kebencian.
Menurut seorang pemuda India yang mahu dikenali sebagai Prakash, kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bertindak tegas ke atas penyebar kebencian akan mengundang padah pada jangkamasa panjang.
“Virus sentimen perkauman telah disebarkan oleh puak-puak yang kalah dalam PRU14 sebab mereka tahu dengan kekalahan itu segala perbuatan jahat mahu dirahsiakan akan lambat-laun terbongkar,” katanya yang memiliki kedai barang elektrik di Kuala Lumpur.
Sebaliknya, menurut beliau, jika golongan perkauman diberi tempat maka mereka akan menang PRU 15 dan menukar Malaysia menjadi sebuah negara perkauman dan agama sempit yang menggelapkan masa hadapan Malaysia.
“Masa depan Malaysia akan malap jika Kerajaan PH gagal menangani virus ini sehingga telah menjadi satu ideologi yang terbenam dalam hati penyokong-penyokong tegar pihak pembangkang (UMNO dan PAS).
“Saya rasa pemimpin-pemimpin PH seolah-olah telah ditewaskan oleh taktik pihak pembangkang yang menggunakan isu-isu rasis untuk meraih sokongan dan ini adalah satu perkara yang amat menyedihkan.
“Saya takut pada masa PRU15 nanti, majoriti masyarakat Melayu yang telah dijangkiti oleh virus perkauman akan berpusu-pusu mengundi UMNO-BN dan kalau itu berlaku PH tetap akan kalah PRU15 sebab undi dari masyarakat bukan-Melayu tidak akan mencukupi untuk membantu PH.
“Kalau virus sentimen perkauman tidak dibendung oleh Kerajaan PH dalam setahun dua ini, maka akan terlambat untuk PH nanti,” katanya lagi.
Prakash berpendapat oleh kerana Kerajaan PH telah ditenggelamkan oleh isu-isu perkauman, urus-tadbir negara juga berserabut. Selain dari itu, tarikh peralihan kuasa untuk jawatan Perdana Menteri patut diumumkan dalam bulan Februari ini memandangkan peralihan kuasa akan dilaksanakan dalam masa lebih kurang 3 bulan sahaja lagi.
Hari ini Lokman Adam mendedahkan hasil mesyuarat jawatankuasa perhimpunan muafakat nasional yang dipengerusikan oleh Tajuddin Abdul Rahman dan dihadiri oleh presiden UMNO, Zahid Hamidi.
Bahawa dalam mesyuarat itu Presiden UMNO, Zahid Hamidi telah
menyatakan empat sebab utama kenapa beliau secara peribadi mahu
UMNO bekerjasama dengan Mahathir atau PPBM.
1) Kita hendak jaga Muafakat Nasional, disebabkan PAS hendak
kerjasama dengan Mahathir, UMNO kena ikut supaya kita tidak
ketinggalan.
2) Kedua, Zahid kata kalau tidak berkerjasama dengan Mahathir,
kita tak boleh selesaikan masalah Bossku.
3)Sekarang kuasa ditangan Mahathir. Sudah ada diatas meja seorang
yang sangat berkuasa untuk mengharamkan UMNO. Kalau Umno nak diharamkan ada yang kata Ahli UMNO akan sertai PAS. Zahid kata,
PAS dah belah Mahathir, kalau keluar UMNO masuk PAS pun sama
sahaja.
4) Zahid kata, beliau boleh guna kuasa veto untuk berkerjasama
dengan Tun Mahathir. Sebaliknya beliau menyerahkan keputusan
untuk dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
Pada ahli UMNO yang ada di luar sana kamu jangan terlalu beremosi
menilai kenyataan atau cadangan Presiden ini sebagai hal yang negatif sebaliknya kamu harus menerima keberadaan UMNO hingga terpaksa bergantung pada PAS demi survival politik
UMNO itu sendiri.
UMNO adalah parti yang masih terpalit dengan tuduhan salah guna
kuasa. Sama ada tuduhan itu sedang dibicarakan di mahkamah atau
masih berlegar-legar menunggu saat dan ketikanya untuk diheret ke
muka pengadilan.
Pokoknya tuduhan rasuah ke atas pemimpin pemimpin UMNO akan
berlarutan sehingga ambang pilihan raya umum yang akan datang.
Maksudnya isu rasuah akan terus relevan digunakan sebagai modal
politik atau kempen.
Itu kita belum bercerita soal nasib Najib Razak, Zahid Hamidi,
Bung Moktar dan beberapa lagi pimpinan UMNO yang besar
kemungkinannya akan berhadapan dengan hukuman penjara
selepas didapati yang bersalah oleh Mahkamah kerana dakwaan
rasuah yang mereka sedang hadapi.
Cuba bayangkan situasi UMNO pada masa itu siapa yang akan
mengepalai UMNO. Lokman Adam, KJ dan Tok Mat, pengaruh
mereka ini mari terlalu baru untuk ditaati oleh ahli-ahli UMNO.
Amat perlu bagi ahli UMNO menyedari tidak semua ahli PAS bersetuju
dengan muafakat nasional. Itu bererti untuk jangka panjang kerjasama
UMNO PAS hanya merugikan PAS itu sendiri. Jadi mana mungkin PAS
sanggup bertahan sedangkan kerjasama itu hanya menyebabkan mereka kehilangan pengaruh atau undi.
Wahai ahli UMNO tidak ada jaminan bahwa hanya melalui muafakat
nasional maka kerjasama UMNO dan PAS akan bertahan sehingga
PRU yang akan datang. Kalaupun bertahan tapi akan punah disaat
akhir apa bila pembahagian kerusi tidak dipersetujui oleh kedua belah
pihak.
Pada ahli UMNO yang baru berpeluang memegang jawatan di peringkat Bahagian jangan kamu terlalu obses. Kamu tu masih mentah dan serba kekurangan untuk membangkitkan UMNO sedangkan mereka yang cukup berpengalaman dan berkemampun sebelum kamu pun boleh tumbang
di PRU yang lepas. So jangan pandai-pandai menggesa agar Presiden
UMNO, Zahid meletakkan jawatan, sedar diri tu sikit.