Zahid Hamidi Cadang UMNO Berkerjasama Dengan PPBM (Bersatu)



Hari ini Lokman Adam mendedahkan hasil mesyuarat jawatankuasa perhimpunan muafakat nasional yang dipengerusikan oleh Tajuddin Abdul Rahman dan dihadiri oleh presiden UMNO, Zahid Hamidi.
Bahawa dalam mesyuarat itu Presiden UMNO, Zahid Hamidi telah 
menyatakan empat sebab utama kenapa beliau secara peribadi mahu
 UMNO bekerjasama dengan Mahathir atau PPBM.
1) Kita hendak jaga Muafakat Nasional, disebabkan PAS hendak 
kerjasama dengan Mahathir, UMNO kena ikut supaya kita tidak 
ketinggalan.
2) Kedua, Zahid kata kalau tidak berkerjasama dengan Mahathir, 
kita tak boleh selesaikan masalah Bossku.
3)Sekarang kuasa ditangan Mahathir. Sudah ada diatas meja seorang 
yang sangat berkuasa untuk mengharamkan UMNO. Kalau Umno nak diharamkan ada yang kata Ahli UMNO akan sertai PAS. Zahid kata,
 PAS dah belah Mahathir, kalau keluar UMNO masuk PAS pun sama 
sahaja.
4) Zahid kata, beliau boleh guna kuasa veto untuk berkerjasama 
dengan Tun Mahathir. Sebaliknya beliau menyerahkan keputusan 
untuk dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Pada ahli UMNO yang ada di luar sana kamu jangan terlalu beremosi
 menilai kenyataan atau cadangan Presiden ini sebagai hal yang negatif sebaliknya kamu harus menerima keberadaan
UMNO hingga terpaksa bergantung pada PAS demi survival politik 
UMNO itu sendiri.
UMNO adalah parti yang masih terpalit dengan tuduhan salah guna 
kuasa. Sama ada tuduhan itu sedang dibicarakan di mahkamah atau
 masih berlegar-legar menunggu saat dan ketikanya untuk diheret ke 
muka pengadilan.
Pokoknya tuduhan rasuah ke atas pemimpin pemimpin UMNO akan
 berlarutan sehingga ambang pilihan raya umum yang akan datang.
 Maksudnya isu rasuah akan terus relevan digunakan sebagai modal
 politik atau kempen.
Itu kita belum bercerita soal nasib Najib Razak, Zahid Hamidi, 
Bung Moktar dan beberapa lagi pimpinan UMNO yang besar 
kemungkinannya akan berhadapan dengan hukuman penjara 
selepas didapati yang bersalah oleh Mahkamah kerana dakwaan 
rasuah yang mereka sedang hadapi.
Cuba bayangkan situasi UMNO pada masa itu siapa yang akan
 mengepalai UMNO. Lokman Adam, KJ dan Tok Mat, pengaruh 
mereka ini mari terlalu baru untuk ditaati oleh ahli-ahli UMNO.
Amat perlu bagi ahli UMNO menyedari tidak semua ahli PAS bersetuju
 dengan muafakat nasional. Itu bererti untuk jangka panjang kerjasama
 UMNO PAS hanya merugikan PAS itu sendiri. Jadi mana mungkin PAS 
sanggup bertahan sedangkan kerjasama itu hanya menyebabkan mereka kehilangan pengaruh atau undi.
Wahai ahli UMNO tidak ada jaminan bahwa hanya melalui muafakat
 nasional maka kerjasama UMNO dan PAS akan bertahan sehingga 
PRU yang akan datang. Kalaupun bertahan tapi akan punah disaat 
akhir apa bila pembahagian kerusi tidak dipersetujui oleh kedua belah 
pihak.
Pada ahli UMNO yang baru berpeluang memegang jawatan di peringkat Bahagian jangan kamu terlalu obses. Kamu tu masih mentah dan serba kekurangan untuk membangkitkan UMNO sedangkan mereka yang cukup berpengalaman dan berkemampun sebelum kamu pun boleh tumbang 
di PRU yang lepas. So jangan pandai-pandai menggesa agar Presiden 
UMNO, Zahid meletakkan jawatan, sedar diri tu sikit.