Ezam turun gelanggang tekan Mahathir
Kalau sebelum ini bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Muhammad Noor hanya beri respons terhadap sikap dan perangai (politik) Dr Mahathir Mohamad yang dilihat menunjukkan tidak berubah, kekal dengan sikap lamanya, melalui kenyataannya dalam media massa, tetapi kali ini beliau sudah turun ke gelanggang, mengkritik Dr Mahathir secara terbuka.
Malam tadi Ezam mengadakan ceramah dan dialog dengan pendukung Reformasi (Otai) yang rata-rata rakan seperjuangannya sejak tahun 1998, di parlimen Gombak diwakili Mohamed Azmin Ali.
Kehadiran Ezam itu dilihat beliau tidak dapat bersabar lagi dengan ulah politik yang berlaku kini, khasnya sikap ditunjukkan Dr Mahathir yang sengaja melewat-lewatkan tempoh pengunduran.
Serentak mengkritik keras Dr Mahathir, Ezam juga mentempelak rakannya Mohamed Azmin yang didakwanya menjadi alat, agen kepada Mahathir seorang diktator.
Ezam kecewa dengan Azmin dan meminta Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berhenti daripada menjadi alat, agen kepada Mahathir yang bersikap diktator.
Katanya, Azmin sepatutnya tidak jadi alat dan agen kepada diktator tetapi menjadi alat dan agen kepada Reformasi. Katanya, kalau kita pejuang reformasi tulen kita tidak akan menyokong diktator, kerana bagi reformasi ia anti kepada diktator.
Malam tadi Ezam turut memberi kata dua kepada Azmin agar berhenti daripada menjadi agen atau alat kepada diktator bernama Mahathir.
Penampilan Ezam secara terbuka kali kedua malam tadi, adalah sebagai perasmian serangan terbuka beliau kepada Dr Mahathir Mohamad. Trims.