BILA MASA PELAJAR BERAGAMA ISLAM DIPAKSA?

Bila masa pelajar sekolah beragama Islam dikerah, dipaksa, diwajibkan merayakan Sambutan Ponggal..?? Apakah kebangangan telah jadi budaya PAS..??

14 BUAH MERCEDES, BUKAN SEBUAH YA



Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah mengakui pembelian kereta baru jenis Mercedes Benz bukan sahaja untuk kegunaan rasmi menteri besar tetapi juga membabitkan pimpinan kerajaan negeri lain.
Malah, dedahnya, kereta jenama Mercedes Benz itu turut dibeli untuk kegunaan barisan exco dan setiausaha kerajaan negeri dengan jumlah keseluruhan 14 buah.
Mohd Amar berkata pembelian kenderaan itu dilakukan sejak 2018 hingga tahun lalu dengan yang terakhir untuk beliau sendiri dan Menteri Besar, Ahmad Yakob.







Mercedez yg Tok Mat MB Kelate ni guna ialah S450 Version AMG..Tok Mat MB ambo ni nak Racing ke?


Imej mungkin mengandungi: kereta dan teks


PRK P176 - KIMANIS - JANGAN PILIH PARTI PENGKHIANAT


Siapa ‘pengkhianat orang Sabah dan Sarawak’ yang telah menggagalkan usaha kerajaan PH meminda Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan? Di Parlimen, dalam undian belah bahagi, hanya 138 Ahli Parlimen mengundi untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi Perkara 1(2), sedangkan sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan undian dua pertiga daripada jumlah Ahli Parlimen.
Kita ketepikan Ahli Parlimen yang tidak hadir di Parlimen pada hari pengundian dilakukan kerana mereka mungkin "sokong", atau "tolak" mahupun "berkecuali". Tetapi, Ahli Parlimen yang hadir namun tidak menyokong RUU ini, jelas merekalah yang menyebabkan pindaan RUU yang memberi kebaikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak ini gagal dilaksanakan. Golongan inilah yang sekarang berkempen di Kimanis kononnya pejuang rakyat Sabah.
Masyarakat Kimanis jangan lupa sejarah ini. Jangan terpedaya dengan propaganda Umno/Bn yang memainkan isu pendatang asing Filipina di Sabah, sedangkan inilah isu besar yang kerajaan PH bertungkus lumus menyelesaikannya masalah yang dibiar berlarutan sewaktu Umno/Bn memerintah.
Rakyat Sabah bertuah kerana memiliki KM Sabah di bawah Warisan, Shafie Afdal yang sanggup korbankan dirinya keluar dari keselesaan sewaktu berada di dalam kerajaan Umno/Bn demi memperjuangkan nasib rakyat dan tidak mahu bersekongkol dengan rejim perompak kleptokrasi. Shafie Afdal sanggup diseret ke mahamah dan diaibkan dengan berbaju oren sebagai tekanan ke atasnya, amun tokoh ini terus istiqomah dan terus lawan. Masyarakat Kimanis harus menghargainya dan menyokong calon Warisan iaitu Karim Bujang.
Najib yang mengetuai kerajaan Kleptokrasi dahulu kini adalah Penasihat Bn dan diusung ke Kimanis untuk dipamerkan kepada rakyat Kimanis, inilah wajah orang yang bercakap dengan isterinya serta beberapa yang lain di dalam audio yang telah didedahkan oleh SPRM baru-baru ini. Mereka bercakap bukan soal rakyat, tetapi tentang kepentingan diri masing-masing serta perancangan jahat untuk menipu rakyat Malaysia. Apakah rakyat di Kimanis terlalu murah harga maruah masing-masing untuk menerima orang seperti ini dan memimpin parti yang bertanding di Kimanis?
Sebelum membuang undi, berhenti sejenak dan bayangkan wajah Shafie Afdal dan Najib serta Rosmah. Maka, buatlah keputusan yang terbaik samada memilih Warisan atau Umno/Bn.
WFAUZDIN NS

ADA YANG KETINGGALAN


ZIE AZIRA

Straw dari batang rumput sedge yang telah dikomersilkan di Vietnam.
Straw batang serai? Tak mustahil kalau dibuat R&D. Lihat keberkesanan dan benefitnya pada pengguna, petani dan alam sekitar. Bagi saya ia bukan perkara lucu.

SUDAH BUNYI ..HA,HA

Model of the year sudah bunyi...
M: Saya hanya jadi PM dua tahun.
MS: krik...krik..krik..
M: Saya akan jadi PM sehingga selesai masalah negara dan ekonomi.
MS: krik...krik..krik..
M: Saya akan menjadi PM sehingga APEC November ini.
MS: krik..krik..krik...
Rakyat: Tun M kena serah jawatan selepas dua tahun iaitu pada Mei 2020.
MS: Rakyat jangan bising pasal peralihan kuasa, serah kepada Majlis Presiden PH saja.
Kita pun takut nak bising...takut abang MS baling baju kot dan spek mata hitam dia...😔

TIADA MASALAH ATAU ISU TIDAK BOLEH DISELESAIKAN JIKA DIBAWA BERBINCANG


Dong Zong datang jumpa Mujahid. Sebagai pemimpin Islam, Mujahid membuka pintu pejabatnya untuk berbincang dengan Dong Zong. Itulah akhlak Islam.
Selepas mendengar pandangan Dong Zong maka Mujahid pula memberi pandangan dia yang akhirnya Dong Zong pun bersetuju. Itulah ana rasa kaedah Islam. Bersemuka dan berbincang.
Antara yang berjaya disepakati :
1. Semua pihak perlu meredakan ketegangan dalam isu yang menyinggung sensitiviti mana-mana pihak melalui pendekatan penuh berhikmah dan bijaksana. Suasana ini amat penting agar pihak yang menangguk di air keruh selama ini tidak akan berpeluang mengeksploitasikan keadaan untuk agenda sempit mereka.
2. Bersetuju bahawa tidak timbul isu Dong Jiao Zong menentang pembelajaran Jawi. Isu yang dibangkitkan adalah kaedah perlaksanaan pembelajaran yang memerlukan perbincangan secara konstruktif oleh semua pihak.
3. Mencapai persetujuan bahawa pembelajaran Jawi tidak bermotifkan Islamisasi kepada mana-mana pelajar bukan Islam. Malah bersetuju bahawa Jawi adalah sebahagian daripada warisan budaya negara bangsa yang perlu dihormati oleh semua pihak.
4. Sepakat bahawa agenda rasis yang bakal meruntuhkan keharmonian masyarakat berbagai kaum dan bangsa perlu ditentang bersama secara kolektif supaya tidak ada budaya kebencian sesama rakyat Malaysia.
5. Persetujuan bahawa mana-mana pihak yang dipertikaikan bersedia untuk berdialog dan terbuka untuk menerima sebarang pandangan.
Mujahid meyakini Islam adalah agama kedamaian maka dia pilih jalan supaya manusia yang berbeza pandangan dapat hidup dalam kedamaian.
Pemimpin dan penyokong parti ana dan Umno mungkin rasa Islam agama peperangan, maka setiap tindakan menjurus kepada nak bergaduh dan bersengketa.
Apapun tahniah Mujahid. Anda pemimpin yang berani berhadapan dan bersemuka dalam isu-isu walaupun mungkin sensitif sehingga pemimpin politik tak berani mendekati kerana takut hilang populariti.
C@P

KALAU PERALIHAN KUASA MAHU DIANJAK KEPADA NOVEMBER, IA MESTI DISETUJUI ANWAR TERLEBIH DULU


Pada November 2018, setelah sebelum itu berkali-kali mengatakan hanya mahu memegang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun, Tun Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak berhasrat melebihi tempoh yang sudah dijanjinya itu.
Kata Tun Mahathir, beliau tidak akan berganjak daripada keputusannya untuk menyerahkan jawatan ketua kerajaan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim selepas tempoh dua tahun menjadi Perdana Menteri.
“Saya sudah berjanji akan meletak jawatan. Saya akan pegang janji saya.
“Adakah anda ingat sebarang perkara yang saya tidak menepati janji saya? Saya adalah satu-satunya ‘diktator’ yang meletakkan jawatan,” tambahnya lagi.
Seterusnya, Tun Mahathir juga menolak perkhabaran adanya persetujuan baru mengenai tempohnya menjadi Perdana Menteri.
“Tak ada. Saya cuma dua tahun sahaja. Dua tahun atau… tak tahulah, kalau dia (Anwar) bagi izin, dua tahun setengahlah,” kata Tun Mahathir berseloroh sambil melirik kepada Anwar yang duduk di sebelahnya.
Anwar ketika itu hanya ketawa saja, tidak mengangguk dan tidak juga menggelengkan kepalanya.
Dengan menyebut “kalau Anwar beri izin, dua tahun setengahlah” bermakna Tun Mahathir sejak awal memang menyedari tempohnya menjadi Perdana Menteri tidak akan melebihi dua tahun.
Mudah kata, kalau mahu menjadi Perdana Menteri lebih daripada tempoh itu – dua tahun setengah misalnya – ia hanya akan berlaku jika Tun Mahathir mendapat keizinan daripada Anwar.
Kenapa Tun Mahathir berkata demikian?
Jawapannya mudah saja. Tun Mahathir sejak awal sedar beliau hanya menumpang perjuangan PH bagi tujuan menumbangkan UMNO dan BN serta untuk menyingkirkan Najib Razak.
PH sejak PRU13 telah meletakkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri ke-7 dan pada PRU14, oleh kerana beliau berada di penjara, maka adalah mustahil namanya diletakkan sebagai calon Perdana Menteri.
Di situlah munculnya persetujuan meletakkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Anwar dibebaskan dan sebelum mendapat pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong.
Setelah bebas dan mendapat pengampunan, jawatan Perdana Menteri hendaklah diserahkan kepada Anwar.
Tempoh dua tahun bagi Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri bererti sehingga Mei 2020.
Baru-baru ini, di sebalik ketidak-tentuan yang berterusan berhubung peralihan kuasa, Tun Mahathir memberitahu, beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar selepas Sidang Apec 2020 di Kuala Lumpur pada November depan.
“Saya berjanji menyerahkan kuasa dan saya akan kotakannya tetapi saya rasa perubahan kepimpinan negara sebelum Sidang Apec akan menimbulkan gangguan,” ujarnya.
Dengan menganjakkan tempoh peralihan kuasa sehingga November, secara tidak langsung Tun Mahathir mahu memegang jawatan Perdana Menteri selama dua setengah tahun sebagaimana pernah dibayangkannya pada November 2018 dulu.
Tetapi, adakah beliau mendapat izin daripada Anwar terlebih dahulu?
Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tampak bersetuju untuk memberi pemanjangan tempoh Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri sehingga November sebagaimananya yang pernah dimintanya.
Kenapa Guan Eng begitu mudah bersetuju dengan Tun Mahathir?
Kenapa beliau tidak bertanya atau berbincang dengan Anwar terlebih dahulu?
Tidak dapat tidak, berikutan tarikh peralihan kuasa ini terus menjadi isu, bukan saja kepada PH tetapi juga kepada rakyat di merata-rata tempat, PH mesti bermesyuarat dalam waktu terdekat ini untuk memutuskannya.
Jika Mei atau bulan-bulan yang hampir dengannya mahu diputuskan untuk peralihan kuasa, yang penting untuk ditetapkan ialah tarikhnya saja.
Tetapi, jika mahu dianjakkan sehingga November iaitu dua tahun setengah selepas Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri, izin daripada Anwar perlulah diperolehi terlebih dahulu.
Hanya jika Anwar setuju memberi izin, sesuai dengan janji Tun Mahathir mahu mendapat izin daripada Presiden PKR itu terlebih dahulu, maka barulah boleh ditetapkan tarikh peralihan kuasa sama ada pada penghujung November atau tarikh-tarikh lain pada Disember 2020.
Kalau Anwar tidak setuju atau tidak sedia memberi izin, Majlis Presiden PH harus kembali kepada janji asal Tun Mahathir mahu memegang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun saja dan Mei adalah tarikh muktamad penyerahan kuasa yang sepatutnya. (ShahbudinHusin 16/01/2020)

Majlis Presiden PH jangan bersandiwara

MGF_SIDANG-DUN-SELANGOR13

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) diminta tidak bersandiwara dan perlu segera mengeluarkan kenyataan supaya mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan atau mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Mohd Shaid Rosli menegaskan, Majlis Presiden PH juga perlu memikirkan cara terbaik memberi nasihat kepada orang bawahan agar tidak menjadi kurang ajar dalam isu berkenaan.
“Jangan hanya bersandiwara dan memperlekehkan nilai seorang negarawan.
“Jangan hanya tahu mendesak, tetapi apabila disuruh membuat satu keputusan, Majlis Presiden PH sendiri tidak berani.
“Saya tidak sanggup melihat pimpinan nombor satu negara yang juga tokoh utama Bersatu disindir seolah-olah tidak bermaruah,” katanya menerusi kenyataan.
Sebelum ini Dr Mahathir menegaskan, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri akan ditentukan oleh Majlis Presiden PH.
Katanya, jika Majlis Presiden PH mencapai kata persetujuan untuk beliau berundur, beliau tidak akan membantah.
Mengulas lanjut, Shaid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram menerusi kenyataan sama menjelaskan, apa yang berlaku pada masa ini ialah seolah-olah memberikan gambaran bahawa pimpinan bawahan tidak faham atau sengaja tidak faham tentang kedudukan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
“Sebagai wakil rakyat PH yang duduk sebumbung atas nama komponen PH, seharusnya kita semua perlu faham bahawa hormatkan pemimpin itu adalah keutamaan.
“Adalah satu tindakan yang kurang sihat atau lebih tepat agak kurang ajar apabila ada segelintir pimpinan komponen PH membuat kenyataan secara terbuka di dalam forum, akhbar, portal dan sebagainya mendesak Dr Mahathir mengotakan janji melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sepatutnya, semua sedia maklum bahawa keputusan Majlis Presiden PH adalah muktamad dalam hal ini,” tambah beliau.
Shaid turut menegaskan agar Majlis Presiden PH mendesak Dr Mahathir melepaskan jawatan jika benar-benar berani membuat keputusan berkenaan.
“Jika tidak kamu buat satu kenyataan bersama Majllis Presiden mahukan Dr Mahathir kekal menjadi Perdana Menteri sehingga satu masa yang sesuai untuk diserahkan kepada penggantinya,” katanya. 

BELI VELLFIRE BISING, BELI MERCEDES DIAM MEMBISU



Hari ni tersebar kereta Mercedes benz dengan No pendaftara DV1 mewah milik MB kelantan yang baru. sebelum ni aku dah bagi tahu...sebenarnya banyak unit lagi.. Nilai mercedec S450 pun lebih dari setengah Juta.. hampir RM 700 ribu..dah lama dah..

Itu sebab, Aku kata..Penyokong PH ni kadang2 masuk perangkap Pembangkang.. Baru beli Vellfire bising.. aku dari awal aku kata takda masalah.. Itu hak Kerajaan bukan peribadi.. Selagi benda tu reasonable..Bukan mcm Najib beli jacket, Beli Sut, malah tidur bilik hotel pun saja dah sama dengan harga Vellfire..belum jam untuk isteri..tu baru salah..


Tapi itulah hebatnya PAS membodohkan ahlinya, Biarpun rakyat dia ada yang merempat tak mampu beli baju sekolah..bekalan air bersih masih belum selesai..sampah pun tak boleh selesai. hutang negeri bertambah, bergantung pada wang ehsan dan royalti..tanp rasa malu beli kereta mewah..Melancong jemaah Exco dan pagwai secara berjemaah..


Lebai PAS ni buat lah apa pun..ada jer dalil..Kuda Perang lah.. Demi islam lah..Jihad lah..takkan nak pakai kancil lah..Tu sebab pemimpin depa sendiri relax beli kereta mewah..hadiah pada isteri ,tayang sana sini tanpa rasa malu.. sebab dicandukan Ummat Islam dgn Agama..


Bila Kerajaan nak tukar Vellfire ada lah sebabnya.. Memang kita kena akui..Kita hanya tengok dari sudut harga kereta..bukan pada kos penyelenggaraan..Menteri kewangan kena lihat pada semua sudut ni..depa nampak cara penjimatan jangka masa panjang... 


Tu beza Bani melayu dari bani Cina..Cina beli kereta fikir jangka Panjang, Melayu janji nak pakai kereta.. takda deposit pun takpe..janji nakpakai kereta baru..rosak ker apa, belakang kira..


kadang2 kereta jenis ciplak Honda macam Perdana tu.. Kos penyelengaraan lagi tinggi.. korang ingat penyelengaraan kereta kerajaan mcm kereta persendirian..boleh hantar bengkel tepi jalan ganti minyak hitam.. kadang2 kos selenggara bil yang sampai lebih tinggi dari kos kereta..


 itu terbukti masa kerajaan Perak Zaman Nizar tukar kepada kereta Camry.. sebab apa, Kos Selenggara 10 kereta Perdana V6 zaman UMNO dari tahun 2004-2008.. 4 tahun adalah Rm 1.3 juta.. lebih tinggi dari harga kereta..sebab apa ? Sebab Driver..Pegawai pergi bengkel.. kawtim.. sampai Bil apa depa kisah..kerajaan bayar...


Tapi tu lah penyokong PH.. sampai elaun Menteri pun nak sibuk..itu hak depa..itulah elaun masa zaman BN pun..bukan depa naikkan..depa dah siap potong sejak awal PH menang mei 2008.. Depa nak suruh Menteri jadi mcm Almarhum TG Nik Aziz..agak agak lah.. Yang penting pada kita, Pemimpin itu amanah..Tidak rasuah dan tak ambil hak Rakyat.. :)


Ipohmali

PERALIHAN KUASA HARUS AMAN – ANWAR

MANSUH HUKUMAN MATI: BUKAN KESELURUHAN HANYA MANDATORI SAHAJA

RM30 JUTA BANGUN SEMULA PASAR SENTUL

EHHH...KENAPA TIBA TIBA GUAN ENG BERUBAH NADA...




Sementara Tun Mahathir Mohamad menyatakan sedia berundur pada bila-bila masa dan beberapa pimpinan PH, khususnya PKR pula mahu peralihan kuasa ditetapkan pada Mei, Lim Guan Eng sebaliknya memberi petunjuk ia perlu dilakukan pada November.
Ia berkutan, katanya, Tun Mahathir sendiri sudah menyatakan akan berundur selepas Sidang Apec 2020 di Kuala Lumpur pada November depan.
“Peralihan kuasa akan berlaku akhir tahun ini, ia tidak lama dari sekarang.
“Beliau sudah berjanji akan berundur,” kata Menteri Kewangan itu lagi.
Dengan berpegang kepada janji Tun Mahathir itu, Guan Eng juga berpendapat tiada keperluan bagi Majlis Presiden PH mengadakan sebarang mesyuarat khas untuk membincangkan perkara tersebut.
”Akhir tahun tinggal tidak beberapa lama lagi, biar kita ikut jadual yang beliau telah syorkan.
“Saya rasa kita kena pastikan peralihan itu berjalan dengan teratur, tersusun dan tanpa sebarang kekecohan,” tambahnya lagi.
Sehubungan itu, Guan Eng penuh yakin Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri pada November nanti.
Meskipun demikian, pandangan Guan Eng itu mengundang rasa tidak senang hati banyak pihak terhadapnya.
Ehh…kenapa Guan Eng tiba-tiba setuju peralihan kuasa pada November?
Mereka melihat seolah-olah Guan Eng kini sudah nyata memihak kepada kehendak serta keinginan Tun Mahathir dalam soal melanjutkan tempohnya memegang kuasa di Putrajaya.
Ada juga yang mengaitkan tindakan Guan Eng itu kerana beliau dianggap terhutang budi atas perlantikannya sebagai Menteri Kewangan oleh Tun Mahathir serta pengguguran kes rasuahnya tidak lama selepas PH berjaya membentuk kerajaan pada Mei 2018 yang lalu.
Kata mereka, walau apa pun yang berlaku, Guan Eng sepatutnya konsisten berpegang kepada janji asal Tun Mahathir yang mahu melakukan peralihan kuasa pada Mei iaitu setelah dua tahun beliau memegang jawatan Perdana Menteri.
Tetapi, jika pun Guan Eng mahu bersetuju dengan keinginan baru Tun Mahathir mahu menganjakkan peralihan kuasa kepada Anwar sehingga November, beliau tidak sepatutnya terus bercakap begitu saja.
Sepatutnya perkara itu mesti diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH terlebih dahulu serta kemudian ditetapkan tarikhnya yang khusus bila peralihan kuasa itu hendak diadakan.
Ini kerana, jika tidak diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH dan tiada tarikh khusus ditetapkan, ia akan mengulangi bagaimana janji asal Tun Mahathir mahu menyerahkan kuasa pada Mei, akhirnya dengan mudah dimungkiri begitu saja.
Apa-apa pun, sama ada Mei atau November peralihan kuasa mahu dipersetujui, ia akhirnya terpulang kepada Majlis Presiden secara konsensus memutuskannya dan tidak harus ada mana-mana pihak secara sendirian mengeluarkan kenyataan di luar bilik mesyuarat.
Lantaran itu, mesyuarat Majlis Presiden amat penting diadakan dalam waktu terdekat ini dan tidak seperti mana tanggapan Guan Eng bahawa tiada keperluan diadakan mesyuarat.
Mesyuarat kali ini bukan saja perlu memutuskan sama ada peralihan kuasa hendak dipersetujui pada Mei atau November, tetapi juga menetapkan tarikh khusus pengunduran Tun Mahathir sekali.
Tanpa tarikh khusus ditetapkan dalam waktu terdekat ini, peralihan kuasa tidak lebih hanyalah fatamorgana. (ShahbudinHusin 16/01/2020)