Muka2 mcm LGE, Tony Pua, 3 Mak Dara Pingitan DAP, Kulasegaran,
LCT, Anthony Loke, puak DAPsy yg anti Anwar dan mereka2 yg sama waktu dgnnya yg
pernah menjawat jawatan di bawah AtokSakaTua terlalu kurap dan korup MINDA
mereka utk diharap meneruskan perjuangan REFORM.
Puak tu masih melambung2kan AtokSakaTua sambil menggesa
perubahan berani mati ke atas PH (Baca : tukar kepimpinan). Nasib baiklah LKS
pi "potong stim" dgn menziarahi DSAI. Hebat taktik
"Supremo" DAP ni.
Puak DAP ni seteruk Oren Masam jugak cuma pandai PELIRsafe. Cuba
kita pancing....akan nampak tembelang. Hari tu Tony Pua dah tunjuk belang dia.
Sape lagi dlm DAP yg berani...?? SILA.
- Zus Din
21 Disember 2020
********************************
Ronnie Liu pertahankan Anwar, enggan PH berbalah soal kepimpinan
ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu menganggap tindakan sesetengah
pihak yang mempersoalkan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua
Pembangkang dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan mahu pemimpin baharu
menerajui blok pembangkang tidak akan dapat mengubah landskap politik negara
ketika ini.
Beliau berkata, walaupun ada keperluan untuk PH mengatur semula
politik dan melaksanakan reformasi, mandat yang diberikan kepada Anwar untuk
menerajui pembangkang perlu dihormati.
"PH telah memberikan mandat kepada Anwar untuk berunding
dan mengatur semula dengan semua pihak tanpa prejudis. Hanya pemimpin yang
berwibawa dan dihormati yang dapat melaksanakan tugas yang mencabar ini.
"Pada masa kritikal ini, PH perlu bekerjasama dengan
golongan konservatif selain memanfaatkan semua kekuatan progresif untuk
menyelamatkan negara ini. Sudah tiba masanya untuk semua ahli politik BERHENTI
tuduh-menuduh satu sama lain demi perpaduan dan keharmonian yang lebih utama
untuk semua rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan.
Pada masa sama, Ronnie berkata kejayaan PH membentuk kerajaan
pada 2018 banyak dibantu oleh gerakan Reformasi.
Beliau juga berkata Anwar sanggup bekerjasama dengan seteru
lamanya, Tun Dr Mahathir Mohamad demi kepentingan negara.
"Kita tidak boleh lupa bahawa kejayaan PH sebagai barisan
yang boleh dipercayai sejak tahun 1998 untuk mengambil alih Putrajaya selama 22
bulan dari kleptokrat selama ini didasarkan oleh gerakan Reformasi yang
dilancarkan oleh Anwar.
"Ketidakadilan yang dilakukan terhadap Anwar adalah sebab
utama mengapa orang ramai menyokong PH. Walaupun Mahathir sendiri dan
orang-orang seperti Azmin Ali dan Muhyiddin Yassin hanya mengambil kesempatan,
Anwar masih bersedia bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri untuk kepentingan
rakyat yang lebih besar.
"Pada pandangan saya, Anwar telah menggunakan kaedah
pendamaian untuk berusaha menyatukan negara. Sebenarnya, dengan restu PH, dia
berusaha keras untuk mendapatkan sokongan dari Ahli Parlimen yang tidak puas
hati, janganlah kita lupa bahawa pihak lain mungkin tidak begitu serius
mengenai perubahan politik.
"Oleh itu, PH harus lebih bersatu seperti yang telah kita
lalui selama ini. Usahlah kita membiarkan isu ‘Tok Dalang’ ini menimbulkan
perselisihan antara semua rakan sebaliknya menarik lebih ramai lagi untuk
bergabung dengan kami sekiranya mereka ingin bekerjasama," katanya.
Begitupun, Ronnie menganggap penstrukturan semula politik dapat
dilakukan secara dalaman dalam gabungan PH.
"Walau bagaimanapun, melainkan jika terdapat perubahan
semula politik dalam lanskap politik secara keseluruhan, kita masih akan
kembali ke titik awal.
"Negara akan terus mundur apabila ada pemimpin politik yang
masih berusaha melepaskan diri dari undang-undang. Kita telah melihat dalam dua
kes bagaimana pejabat Peguam Negara boleh menangani kes-kes tersebut dengan
lebih agresif, tetapi tidak.
"Pada pendapat saya, pengaturan semula politik hanya dapat
membantu menyelamatkan negara jika ia juga dilaksanakan oleh pihak-pihak yang
menggelar diri mereka Perikatan Nasional, Muafakat Nasional dan Barisan
Nasional.
"Tekanan ini harus datang dari masyarakat umum, dan suara
mereka akhirnya akan mengatur irama yang diikuti oleh para pemimpin politik di
negara ini.
"Marilah kita meletakkan kepentingan rakyat biasa dalam
pemikiran kita," katanya.
https://www.suarakeadilan.com.my/.../ronnie-liu...