Media jangan 'syok' sendiri

 

NORMAN RADZUAN

Image may contain: 1 person, standing

Media jangan 'syok' sendiri

ASTRO AWANI DAH MCM BULETIN TV3

Dahulu bila Buletin TV3 dah jadi Tiga Suku saya beralih kpd Astro Awani selain Malaysiakini utk mendapatkan berita yg agak adil sepertimana akhbar Sinar Harian.

Sebagai rakyat merdeka yg mencari 'freedom' dlm kebebasan membaca dan berfikir kita akn sentiasa mencari sumber media yg bebas dan telus tanpa dipengaruhi oleh mana2 pihak. Kita bukan di zaman penjajahan Inggeris atau Jepun hingga radio pun dihalang utk mendengarnya.

Sewaktu bertugas di majalah dan akhbar saya terbatas dgn garisan panduan dan kemahuan syarikat atau pun kerajaan. Kini saya boleh menulis penulisan santai dan mudah.

Kebebasannya bukan sahaja tidak perlu berhadapan dgn bos yg sentiasa memberi tekanan mahu jualan akhbar laris tetapi kebebasan menulis apa sahaja yg difikirkan. Namun tetap ada batas2nya dan perlu 'research' sebagai sumber fakta.

Dulu Astro Awani adalah media elektronik yg saya anggap sedikit harapan dlm keadilan menyampaikan berita atau maklumat. Nampak lebih berilmiah dan bertanggungjawab. Namun sejak 2 tahun ini Astro Awani dari padangan peribadi saya lebih sudu dari kuah.

Antaranya saya ingin memberi teguran sewaktu PRN Sabah. Wakil Astro Awani bila ditanya dari Bilik Berita mengenai perkembangan atau pandangan masyarakat Sabah, wartawannya seolah olah menjadi suara kpd wakil rakyat yg berkenan di hati mereka.

Contoh apabila wakil2 dari bandar terpilih memberitahu rakyat Sabah mahu begini begitu... saya nak tanya rakyat Sabah mahukan atau kau ( wartawan ) mahukan. Mana rakaman interviewnya? Jika setakat ulasan sendiri baik buat live di lobby hotel saja. Nampak tidak profesional.

Selepas itu seperti sudah menjadi 'trend' di Astro Awani dari Bilik Berita bertanya mengenai kesukaran wakilnya menjalankan tugasan. Tolonglah adik2 semua jgn lah syok sendiri jika ingin berbuat demikian dlm slot berita. Buatlah rancangan khas 'Wartawan Syok Sendiri' dan sebagainya.

Semalam saya ada mendengar liputan antara Pembaca Berita dgn wakil mereka di Terengganu. Bila ditanya kpd wartawan tersebut dkt 5 minit dia menceritakan kisah ' syok sendiri' utk bos tahu dia lah wartawan yg berdedikasi agaknya.

Ujarnya dia sudah keluar ke kawasan banjir sejak 6 pagi dan pulang 12 malam. Jika berlaku emergency kononnya jam 3 pagi pun sanggup keluar semula. Alahai manjanya... adik org ramai nak tahu nasib mangsa banjir bukannya nak tahu bagaimana hebatnya kamu bekerja. Kalau nak cerita juga tulis dkt akaun FB sendiri. Tulislah bila masa kau makan, bila masa kau minum dan terkucil.

Otai2 wartawan dulu pun byk kesukaran mereka. Kes Memali, Kes Adam, Komunis, Reformasi 1998, rusuhan Kg Medan dan byk lagi tak pernah mereka nak ceritakan kisah tugasan mereka di akhbar. Kadang2 menahan kencing, kadang ditembak sekali dgn gas pemedih mata...siapa yg tahu.

Abg pun waktu bom di selatan Thai sampai bini menangis, Ketua Pengarang tak mahu bertanggungjawab risiko saya ambil... tak adalah nak cerita dkt akhbar. Sebab ia tanggungjawab kita.

Kalau nak cerita juga tunggu lah ada slot atau ruang khas yg diberikan editor. Ini baru cover kisah banjir nak riuh sekampung.... org kampung tu tiap2 tahun alami banjir.

Begitulah juga sedikit teguran kpd Tuan Kamarul Bahrin. Anda seorang pengamal media atau pengacara yg hebat dan berpengalaman.... cuma tolonglah jgn bertanya soalan tu jgn ambil masa terlalu panjang. Kadang2 soalan tu sama panjang dgn jawapan tetamu jemputan. Penonton nak dgr pandangan dan ulasan tetamu. Kita wartawan diajar utk ringkaskan soalan....

Antara lagi teguran yg ingin saya sampaikan kpd team Astro Awani ketika belanjawan. Jika mahu bodek kerajaan sekalipun jgn lah melampau. Saya masih ingat budak sekolah rendah, boleh wartawan itu temubual tentang belanjawan. Budak umur 9-10 tahun silap2 semasa pembentangan belanjawan mereka sibuk main game.

Selepas itu ingin saya menegur jika menjemput Profesor jgn lah jemput yg jenis Prof Kangkung sahaja. Adil lah sb masyarakat mahu melihat pandangan berbeza secara ilmiah. Kadang2 pengacara Awani pun kena adil,bijak bertanya soalan dgn soalan2 perangkap.

Contoh soalan..." Jika Prof kata org politik jgn bermain politik kenapa sebelum ini ketika PN merampas Perak, Kedah, Johor, Melaka dan Sabah Prof tidak bersuara mengenainya sdgkan ia berlaku di kala Covid19 sdg melanda?"

Berita Astro Awani kena berhati hati2. Bila rakyat bosan dgn cara kita menyampaikan berita.. takut mereka tak mahu menonton lagi. Astro Awani kena ingat kalian syarikat swasta dan jika rakyat beralih kerana tidak mempercayai berita kalian... siapa yg rugi.

Jadilah pengamal media yg adil dan bertanggungjawab. Maklumat yg kita sampaikan ini akn dipertanggungjawab suatu hari nanti. Politikus bertukar ganti...