(Dari Mohd Sayuti Omar)
Salam buat sdr Anwar Ibrahim semoga Jumaat ini memberi
keberkatan kepada kita semua. Saya nak sebutkan sesuatu hakikat yang mungkin
sdr lupa atau tidak mengenangnya kerana berjiwa besar.
Sdr kena sedar bahawa mereka yang bermuafakat politik dengan sdr
asalnya mereka yang melawan dan mencemuhi sdr. Semasa sdr berada dalam Umno
jadi TPM sdr dikecam dan dilawan. Mereka asalnya dari rahang parti² yang
menentang sdr.
Mereka hanya menunjukkan sikap menyokong sdr apabila sdr tidak
bersama Umno lagi.
Kenapa mereka menyokong sdr kerana mengharap kepentingan
politik. Itu sahaja. Sejuring keikhlasan pun tidak ada pada mereka buat sdr.
Kesengsaraan sdr telah dijadi modal untuk mereka memperolehi
sedikit kemenangan. Penderitaan sdr ada sumber rezeki yang tak diterima kasih.
Lanjutan itu sdr dilupakan diperlecehkan dan tetap mempersoalkan peribadi sdr
walaupun peribadi mereka juga cabuk dan boleh dipertikaikan.
Apabila sdr tidak dapat melantik mereka sebagai menteri, tidak
dapat memberi "genak beras" maka sdr tidak dilihat berguna oleh
mereka. Mereka adalah pempelahap material.
La Tahzan..sdr ada kekuatan dan prinsip diri. Kuasa bukan segala
galanya. Kalau mereka sudah ada pilihan lain dan tidak lagi menjadikan
kesengsaraan sdr selama ini modal politik mereka, biarkan saja. Rela dan izin
tengok sekuat mana kehebatan sang kerbau menanduk bukit.
Sdr masih ada orang² yang empati dengan sdr yang mengkagumi
idealisme perjuangan dan terhimbau dengan gaya dan sosok sdr sebagai pemimpin
ada kelas. Sdr jangan mengalah dan menyesali kepada sesiapa pun kerana itu
sesuatu yang tidak wajar. Jabgan lagi sdr meminta² sebab telah lama tangan sdr
terhukur mahukan kuasa.
Berada dipihak kalah bersama orang ikhlas dan komited lebih baik
berada di garis menang bersama orang yang khianat dan terus mengeji. Trims.
- MSO