Mat Sabu org lama
tapi cara berfikir keanak anakan
PILIH LAH ANTARA
ANWAR ATAU MAHATHIR
Sebenarnya Mat Sabu
dah lama menolak Anwar sejak dia kehilangan jawatan sebagai Menteri Pertahanan.
Terhutang budi kpd Mahathir... menjadi Menteri di Kementerian yg mendapat
penghormatan yg cukup tinggi.
Sebelum ini Mat Sabu
mengakui mencalonkan Syafie Apdal sebagai PM. Kata2 Mat Sabu selalu tidak
sependapat dgn Anwar berbanding LGE. Pemikiran Mat Sabu tidak kritis.
Sepatutnya dia berfikir baru bertindak... bukan bertindak mahu mahu fikir baik
dan buruknya.
Jadi kita ingin
bertanya kpd Mat Sabu dan sila jawab kpd penyokong2 PH? Saya tidak mahu
bertanya kpd LGE kerana partinya besar... parti besar memang pemimpinnya besar
kepala. Apatah dia tahu org Cina tetap menyokong DAP walaupun LGE memilih utk
bersama Mahathir.
Soalan pertama buat
Mat Sabu...Siapakah calon yg layak di pemikiran Mat Sabu utk menggantikan
Anwar?...Jika mahu menyuruh seseorang itu turun dari jawatannya, Mat Sabu mesti
meletakkan dahulu siapa calon pengganti. Bukan main suruh begitu sahaja.
Perangai kekampungan itu jgn dibawa ke dlm PH.
Kedua apakah Mat Sabu
memilih hanya mahukan 11 ahli Parlimen bersamanya dan mahu meninggalkan 38 ahli
Parlimen yg lain? Adakah itu langkah yg bijak? Dlm perniagaan dianggap bodoh
dan dlm politik dianggap bangang. Apatah lagi 4 yg ada pada 'Pejuang' itu barangkali
hanya tinggal 1 atau telur ayam pada PRU15 nanti.
Ketiga jika Mat Sabu
ini bijak... dijangkakan jika Amanah memilih bersama Dap pasti org Melayu akn
menolak parti Amanah. Jika penyokong, ahli2 PKR mengadakan kempen secara
agresif menyerang DAP sebagai anti Melayu...
DAP mungkin selamat
di kawasan Cina tetapi Amanah akn hancur di semua kawasan Melayu yg mereka
bertanding. Berulang kali saya katakan yg pertahankan DAP adalah Melayu
intelektual yg rata2 adalah penyokong PKR.
Keempat... mahukah
Mat Sabu ( jika bersama PH ) akn kehilangan 2 juta pengundi ( pro Anwar )
kerana masih memilih Mahathir sebagai rakan politik yg dia khianati. Sdgkan di
Sabah sentimen kebencian org Sabah kpd Mahathir kerana projek IC masih menebal
sehingga Mahathir tidak berani turun berkempen di sana.
Sebab itu dulu
walaupun Mat Sabu berteriak sana sini di pentas politik, PAS tidak pernah
cemerlang. Menjerit sahaja tanpa menggunakan akal yg waras tidak cukup dlm
berpolitik. Ia mesti didokongi dgn tektikal politik. Mat Sabu mesti ingat Anwar
mungkin ada 2 juta pendokongnya tapi Mahathir barangkali hanya ada 100 ribu
pendokongnya.
Kelima khabarnya
ramai dlm Amanah yg ingin membubarkan Cawangan, keluar dari ahli, sabotaj
Amanah jika Mat Sabu masih mahu bekerjasama dgn Mahathir. Mat Sabu mesti
menjawab dahulu atas dasar apa dia masih mempercayai Mahathir yg terang2 mahu
menjatuhkan PH. Ingat ayat ini.." Saya tidak suka Anwar saya juga tidak
suka DAP".
Tubuh Mat Sabu
realitinya ramai melihat dia bagai dicucuk hidung oleh LGE dan sentimen itulah
yg membuatkan ramai pemimpin PAS dulu percaya kpd kata2 Hadi Awang bahawa
kelompok ini adalah 'barua' DAP. Ramai rakan2 politik saya mengatakan keputusan
Mat Sabu byk dipengaruhi LGE.... Walllahuallam.
Keenam tanggapan
Amanah mengatakan PKR jgn sombong seperti PAS yg mempunyai jutaan ahli. PAS
beranggapan mereka kuat dan lebih dari itu PAS mengatakan mereka akan menjadi
'King Maker'. Ia menjadi kenyataan dan PAS kini menjadi sebahagian dari
kerajaan yg sedia ada.
PAS mempunyai jutaan
ahli tetapi ia berselerak. Tiada kawasan fokus dan hanya di Kelantan dan
Terengganu dianggap kubu kuat. PKR mempunyai kekuatan di sesetengah kawasan
Parlimen terutama di sekitar Lembah Klang, PP, Melaka dan N9.
PKR jika berlaku PRU
akn dtg mereka mampu memenangi sekurang kurangnya 40-45 kerusi Parlimen jika
bersendirian. DAP juga mungkin mampu mengekalkan jumlah parlimen yg sedia ada.
Persoalannya Amanah mereka boleh menang di mana? PKR dgn 40-50 Kerusi Parlimen
mereka mampu menjadi King Maker.
Itu sahaja pesanan
saya kpd Mat Sabu. Bagi saya akalnya pendek. Apapun seperti yg difikirkan
rakan2 yg lain, ada pihak lain yg mempengaruhi Mat Sabu. Bukan lahir dari
dirinya sb kita tahu level Mat Sabu berfikir setakat mana.
Buat PKR sebagai
pengundi atas pagar... saya syorkan kalian ambil sikap tunggu dan lihat. Saya
yakin Anwar ada strategi. Mat Sabu mungkin ada arahan utk memainkan provokasi
agar Anwar melompat dan bertindak keluar PH agar mudah Mahathir mengambil alih
PH. Anwar nanti dilihat sebagai seorang yg sombong, penting diri sendiri,
bercita cita mahu menjadi PM...
Semalam saya
dihubungi seorang AMK PKR. Katanya dia yakin Anwar tahu apa yg akn dilakukan.
Mcm saya katakan di atas... beliau juga bersetuju bahawa Anwar tahu
implikasinya jika beliau bertindak keluar. Biar sahaja Mat Sabu menghalau Anwar
dari kerusinya....jika Mat Sabu betul2 berani berbuat demikian bermakna
semboyan telah dibunyikan.
Buat Mat Sabu sepatut
kamu duduk bersama Anwar utk mengatur langkah strategi PH utk menghadapai PRU
15. Anwar bukan Salahuddin Ayob atau Azmin Ali.... Anwar ini pendokongnya
ramai, dikenali dunia luar. Beliau seorang intelektual politik. Sebab itulah
dia boleh gabungkan PAS dan DAP. Pelik bila kerani Sekolah suruh Pengetua
ditukarkan ke sekolah lain kononnya tidak pandai menguruskan sekolah.
Yg salah dan tak
beradab Mat Sabu... ketua PH itu Anwar. Parti PKR itu lebih ramai ahli
Parlimennya dari Amanah. Tiba2 yg kecil nak nyahkan yg besar...heeee.