MENJAWAB DAKWAAN MAHAZALIM

 

MENJAWAB DAKWAAN MAHATHIR

Pada pendapat saya dakwaan Tun Mahathir itu tidak tepat.Fakta menunjukkan Parti Bersatu PPBM pimpinan Mahathir bertanding 52 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia terutama di kawasan majoriti Melayu.PPBM kalah teruk di tangan Umno khususnya.

2.Dari 52 kerusi yang ditandingi oleh PPBM atas nama PH hanya 13 kerusi sahaja PPBM pimpinan Mahathir menang.

3. Manakala Parti Keadilan Rakyat yang bertanding kurang dari PPBM iaitu hanya sebanyak 50 kerusi telah menang sebanyak 48 kerusi. Keadilan menjadi parti terbanyak menang dalam gabungan PH.

4.Umno yang bertanding di kawasan majoriti Melayu menang banyak kerusi, lebih 50 kerusi mengalahkan calon-calon parti pimpinan Mahathir. Mana kekuatan Mahathir?

5. Begitu juga di peringkat negeri atau DUN. Misalnya di Johor dari 56 kerusi DUN dalam Johor PPBM pimpinan Mahathir bertanding paling banyak kawasan sebanyak 18 kerusi khususnya di kawasan Melayu.Hasilnya apa?

6. PPBM kalah lebih separuh di tangan Umno di Johor.PPBM hanya menang 8 kerusi DUN sahaja.Mana kekuatan Mahathir di kalangan Melayu?

7.Yang sebenarnya Mahathir dan PPBM pimpinannya terhutang budi kepada parti pelbagai kaum iaitu Parti Keadilan Rakyat dan DAP, dua teras multiracial parti dalam PH untuk calon-calon PPBM memenangi pilihanraya.

8. PH (Keadilan, DAP dan Amanah)selain PPBM kebanyakannya bertanding di kawasan campuran.

9. Sokongan undi Melayu yang diterima oleh PH termasuk PPBM yang menggunakan logo Parti Keadilan tidak banyak beza dari apa yang mereka terima dalam PRU ke13 tahun 2013.

10.Pertambahan undi Melayu yang diterima oleh PH bukan kerana Mahathir tetapi kerana rakyat Melayu6 menolak kerajaan BN rasuah pimpinan Najib Razak dan juga simpati rakyat Melayu kepada Anwar Ibrahim Ketua Umum Keadilan dan Ketua Umum PH yang dizalimi oleh pemerintah BN yang memenjarakannya.

11. Cadangan untuk mengangkat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jika PH berjaya menumbangkan Najib dan BN telah mengembleng sokongan generasi pengundi muda Melayu dan kelas menengah terpelajar Melayu untuk menyokong PH.

12. Jelas pengaruh dan karisma kepimpinan Anwar Ibrahim di kalangan genersi muda dan terpelajar Melayu yang membantu PH, bukannya kerana pengaruh Mahathir.

13 Manakala Mahathir yang dikatakan popular dan disokong rakyat di luar bandar dan desa tidak menjadi kenyataan dan tidak membantu PH. Kawasan desa, kampung dan luar bandar, majoriti pengundi Melayu masih menyokong Umno dan menolak Mahathir, termasuk di kawasan-kawasan Felda.

14. Hampir semua di kawasan majoriti Melayu di luar bandar, calon-calon PPBM pimpinan Mahathir tewas.Jadi Tun Mahathir berhentilah bermimpi di siang hari.Janganlah membuat dakwaan-dakwaan palsu dan tidak berasas dari segi fakta.

Yang benar

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Bertarikh: 31 Disember 2020

 

Tahun Baru Menanti Bangsa Malaysia



Dua petanda baik mengakhiri tahun 2020, tahun yang sepatutnya menjulang legasi Wawasan 2020. 

Pertama kesediaan Umno untuk kembali menghayati perjuangan asal Allahyarham Onn Jaafar, pengasas dan Presiden Umno pertama yang kemundiannya menubuhkan Independence Malayan Party yang berasaskan penyertaan semua warga dalam satu parti pelbagai kaum. 

Kedua ialah gagasan Bangsa Malaysia yang semakin berani diungkap dan dibahaskan sebagai wacana yang bakal melakar naratif baru pembinaan negara dalam kekuatan satu kerangka.

Kesediaan hampir 150 Bahagian Umno menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional, gabungan yang berasaskan politik Melayu dan Islam, menunjukkan kesedaran baru betapa politik perkauman dan agama memecahbelahkan rakyat dan membantut kemajuan negara.

Bagaimanpun, sehingga kini belum  ada ahli politik yang menyahut seruan pembinaan Bangsa Malaysia yang 

dilontar oleh Presiden Abim, Muhammad Faizal Aziz dalam ucaptama beliau di Muktamar Abim baru baru ini. 

Setakat ini komentar Nathaniel Tan dalam The Star, satu satunya reaksi positif yang mewakili pandangan orang bukan Melayu. 

Faizal dan Nathaniel mewakili generasi pasca Mei 13 yang membesar dan matang dalam era globalisasi yang diwarnai oleh persaingan memperkasakan negara bangsa dari negara miskin menjadi negara membangun dan maju. 

Dalam perlumbaan ini muncullah pelbagai blok ekonomi, kesatuan ekonomi serantau dan wilayah dengan tujuan mengembleng kekuatan bersama mendepani cabaran Perang Dingin dan ancaman kuasa kuasa besar. 

Tentulah satu keanehan lagi ganjil bila  di pentas antarabangsa pemimpin kita menjadi juara memperjuangkan kerjasama blok Selatan dan maufakat negara miskin dan membangun, sedangkan di negara sendiri dasar pecah dan perintah masih berterusan. 

Kita sebenarnya tidak perlu menunggu Lee Kuan Yew untuk memberitahu  bahawa politik berasaskan bangsa dan agama akan membantut pembangunan negara.

Ramai nasionalis Melayu sebelum merdeka menjiwai aspirasi yang sama tetapi mereka di labelkan sebagai puak kiri kerana melawan rancangan penjajah Inggeris.

Perlembagaan Rakyat dalam kerangka kesepakatan rakyat pelbagai kaum tajaan Putera-AMCJA tahun 1947 dilebalkan sebagai agenda komunis. 

Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Muhamad, Burhanuddin Hilmey, Ahmad Boestamam, Abdullah CD dan ramai lagi tidak melihat kaum bukan Melayu sebagai musuh, sebaliknya satu kekuatan untuk membina negara Merdeka. Parti Rakyat Malaysia membuka keahliannya untuk semua rakyat Malaysia. 

Onn Jaafar menubuhkan Independence  Malaya Party, yang membuka keahlian untuk semua bangsa sebagai pilihan kepada Umno yang memperjuangkan Malay supremacy - ketuanan Melayu. 

Jadi aspirasi bangsa Malaysia bukanlah sesuatu yang baru, cuma tidak menjadi tajuk penting selepas merdeka kerana kemiskinan Melayu menyebabkan mereka mudah dihasut supaya bimbang malah takut kepada kaum Cina yang menguasai hampir segenap bidang ekonomi negara.

Lebih 60 tahun merdeka, isu perkauman sentiasa menghantui pelbagai dasar negara- pendidikan , ekonomi dan politik. Hasilnya regim kleptomaniac mengakhiri kerajaan ketuanan Melayu.

Atas kesedaran perlunya kesatuan dalam kepelbagaian Anwar Ibrahim menubuhkan parti pelbagai kaum. Parti Keadilan Rakyat tidak sama dengan parti serpihan Umno atau Pas sebaliknya sebuah parti baru untuk semua rakyat Malaysia. 

Selepas dibebaskan dari penjara, slogan yang selalu dilaungkan Anwar Ibrahim ialah “ anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Iban, Kadazan dan anak orang Asli adalah anak saya”. 

Orang politik mungkin melihat ini slogan mencari undi, tetapi hakikatnya Anwar mahu membina pemikiran generasi muda ke arah pembentukan Bangsa Malaysia. 

Anwar mengumumkan Dasar Ekonomi Malaysia (DEM) menggantikan Dasar Ekonomi Baru(DEB),  gagasan baru yang melawan arus. 

DEM berpaksikan keperluan bukan perkauman seperti DEB. Ketempangan DEB yang memperkayakan elit politik mesti dihentikan. 

Tentunya orang politik yang hanya melihat kerusi dan jawatan sebagai matlamat tidak gemar membicarakan tajuk yang merugikan mereka. Maka tidak hariranlah ada politikus tua masih mahu kembali berkuasa kerana kuasa itu harta. 

Pengaruh politik yang dibina dengan sentimen perkauman dan agama akan hilang sengatnya malah akan dihukum sebagai anti nasional. Ini kerana watak Bangsa Malaysia dan agenda pembangunan negara bangsa terletak di atas garis kaum dan agama.

Sebenarnya mereka yang menjadi jaguh perkauman dan politik agama pun, mengakui kewujudan Bangsa Malaysia bila berada di pentas antarabangsa.

Mustahil mereka yang mengakui “Saya Melayu first dan Malaysian second” akan memberitahu orang Amerika “ Saya Melayu Malaysia atau saya Muslim Malaysia”. Pastinya setiap kita akan memperkenalkan diri sebagai “Malaysian”. 

Bangsa Malaysia tidak akan menghilangkan identiti kaum dan status agama seseorang sebaliknya menjelmakan identiti kebangsaan dan kecintaan kepada negaranya. 

Dr Siddiq Fadzil, ilmuan dan sahabat karib Anwar membicarakan tajuk ini dengan cukup menyakinkan di Kongres Cendekiawan Melayu tahun 1995. 

Sebagai pemikir dan ilmuan Islam yang arif dalam bidang agama, budaya Melayu dan pemikiran Barat, penghujahan beliau cukup bernas dan melengkapi pelbagai sudut pandangan. 

Beliau yakin pembentukan Bangsa Malaysia berasaskan acuan Perlembagaan akan melahirkan negara bangsa yang membina idealisme dan maspirasi bersama. Kesatuan dalam kepelbagaian kaum akan memperjuangkan nilai nilai sejagat - kemanusiaan, keadilan, demokrasi dan dalam kerangka yang sama mereka menentang gejala kebejatan:- kezaliman, diskriminasi, kecurangan, rasuah, pembelotan dan pelbagai kefasadan yang merosakkan negara dan melemahkan bangsa. 

Dalam karyanya bertajuk “Budaya Takut” beliau menyindir kejumudan kaumnya dan mencabar mereka keluar daripada tempurung ketakutan untuk menjadi bangsa yang bermaruah.

Bagi mereka yang mengetahui, wacana  Siddiq Fadzil itu sebenarnya mencerminkan perjuangan Anwar Ibrahim. Inilah nilai nilai sejagat yang cuba dicanai dan diadun oleh Anwar ketika menyertai Umno dan kerajaan dahulu. Malangnya beliau kemudian menjadi mangsa kediktatoran yang memperalatkan kaum dan agama untuk kekal dalam acuan lama. 

Anwar mengambil keputusan membina kekuatan dalam kepelbagaian dengan menubuhkan PKR- parti pelbagai kaum. 

Kejayaan Anwar dalam masa yang singkat membawa parti yang sama sekali bercanggah dari segi ideolgi politik- Pas dan DAP bergabung dalam Pakatan Rakyat adalah kerana ketokohannya sebagai pejuang rakyat yang tulen.

Kerjasama tiga parti yang mewakili identiti Bangsa Malaysia berjaya menawan lima negeri dalam PRU 2008. Sepuluh tahun kemudian Dr Mahathir terpaksa mengakui kekuatan ini bila Bersatu turut menyertai Pakatan Harapan dan sekaligus menjatuhkan kerajaan Umno/ BN. 

Seandainya Mahathir tidak belot kepada perjuangan rakyat yang dahagakan perubahan, barangkali naratif politik Bangsa Malaysia lebih cepat dicapai.

Apapun kesediaan Umno membantu Anwar merealisasikan aspirasi ini akan meniup gelombang baru yang akan menengelamkan suara sumbang dan kokokan lama yang ketinggalan zaman.

Gelombang ini akan melahirkan ramai pemimpin yang berjiwa bangsa Malaysia bagi menyelamatkan negara ini daripada belenggu  perkauman dan fahaman agama yang sempit. 

Membentuk bangsa baru tidaklah semudah menubuhkan Umno Baru atau parti baru. Pun begitu kita amat yakin generasi baru rakyat Malaysia akan bersama gelombang baru yang lebih menjaminkan masa depan mereka. 

Saya kagum dengan pendirian saudara Fuad Zarkashi Ahli MKT Umno yang gigih mengikis persepsi palsu kebencian kaum yang masih dianuti segelintir pemimpin Umno yang oportunis. 

Saudara Fuad pernah bersama jemaah Anwar dan pastinya beliau menghayati idealime Anwar. 

Mudah mudahan usaha Saudara Fuad akan melahirkan United Malaysian National Organisation [UMNO) yang benar benar baru sebagai wadah politik bangsa Malaysia yang betul betul bersatu dan berjiwa kebangsaan. 

Fikir dan tafakurlah hikmah yang menunggu kelahiran baru ini. 


A Nazri Abdullah



TOK USIN KISAHKAN TENTANG 22 KALI CABUTAN

 

Waktu BN kerajaan yg ditunjangi oleh parti Melayu Islam iaitu Amno dulu, parti tok batah keras apabila kerajaan BN benarkan cabutan no ekor sebanyak 22 kali.  Parti tok kata terang2 lawan hukum Islam.  


Kemudian, bila PH perintah, kerajaan PH yg ada Dap itu kurangkang cabutan hanya kepada 11 kali, yakni separuh hapuskan.  Parti tok terus bantah kerana kerajaan bawah PH yg ada Dap itu masih juga mahu kurangkan cabutan no ekor, haram tetap haram, kata lebai2 tok yg zuhud itu.  Akhirnya, kerajaan PH yg ada Dap itu kurangkan lagi kepada hanya lapan cabutan saja.


Lebai2 tok masih marah walaupun dah dikurangkan kepada lapan cabutan saja.  Lebai2 tok kata, walaupun lapan kali ianya tetap sama.  Apa beza berjimak 22 kali dengan lapan kali?, Soal guru tok.  Jimak tetap jimak, tambahnya lagi.


Tiba2 kerajaan tebuk atap yang ditunjangi oleh parti melayu dan parti Isle guru tok jadi kerajaan sekarang membuat keputusan bahawa cabutan no ekor balik kepada asal di zaman BN iaitu sebanyak 22 kali.  


Tok pun bertemu dengan guru tok bertanyakan tentang hukumnya.

Guru tok sambil sambil menggoyang2kan lutut dan jari jemarinya pun berkata, " Takdop masalah berape kali cabut pung.  Waktu dharurat PKP ini diharuskan cabut banyok kali.  Umpama kite berjimak dengan bini tua kite 10 kali, kemudiang dengang bini mude kite 12 kali, jumloh berjimak 22 kali.  Itu lebih baik dari kite berjimak lapang kali tapi dok klimek".  kata guru tok.


Baru la tok faham mengapa kerajaan tebuk atap sekarang terpaksa buat cabutan no ekor sebanyak 22 kali.



KENYATAAN MEDIA KETUA PEMBANGKANG

 KENYATAAN MEDIA

31 Disember 2020


Pertuduhan terbaru mengaitkan keluarga mantan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dalam kes 1MDB yang melibatkan transaksi dengan Jho Low dan bank-bank di negara jiran Singapura menampakkan Malaysia masih jauh dalam mencari jalan keluar dari skandal ini. Imej dan reputasi buruk kepada negara kesan dari skandal ini masih belum pulih sepenuhnya. 


Mereka yang mendapat faedah dan laba dari kes 1MDB ini mesti dibawa ke muka pengadilan. Mereka yang bersekongkol mesti juga bertanggungjawab kerana tidak mungkin skandal maha dahsyat ini terwujud tanpa persetujuan dari pelbagai lembaga kewangan dan peraturan.


Kegagalan untuk menghadapkan mereka ke muka pengadilan juga akan meletakkan Malaysia dalam keadaan terdedah kepada skandal semacam 1MDB di masa hadapan. Ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai bahan gurau senda tatkala kita gah berbicara soal ketelusan, kebertanggungjawaban dan melawan rasuah.


Maklumat terkini berhubung kemungkinan keterlibatan Dr. Zeti dalam skandal 1MDB ini adalah berkait dengan pembekuan wang yang berasal dari dana haram 1MDB oleh pihak berkuasa di Singapura. Akaun-akaun luar pesisir yang berdaftar memberi petunjuk bahawa ia adalah milik ahli-ahli keluarga Dr. Zeti. 


Beliau yang kini menjawat jawatan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) harus segera mengesahkan kenyataan-kenyataan yang dibuat sebelum ini terkait pengetahuannya tentang aliran dana haram 1MDB, dan apakah atas kapasiti sebagai Gabenor BNM beliau telah dengan sedar membenarkan aliran dan transaksi masuk dan keluar dari akaun-akaun bank di Malaysia yang dimiliki oleh pemain-pemain politik. 


Beliau juga mesti memberi penjelasan tentang sebarang pengetahuan yang beliau ada saat kes 1MDB terdedah, dan apakah ahli-ahli keluarganya turut mendapat manfaat kewangan hasil dari kesepakatan dengan Jho Low. Kegagalan untuk menjawab persoalan-persoalan ini akan mewujudkan prasangka dan keraguan terhadap integriti pengawal selia kewangan di negara ini. 


Pemerintah Republik Singapura juga harus tampil dan memberi penjelasan kerana skandal ini akan memberi dampak buruk kepada reputasi republik itu sebagai pusat kewangan terkemuka. 


Sejak penyiasatan terhadap 1MDB bermula, banyak negara telah melakukan yang sepatutnya, termasuk mengenakan denda dan penalti ke atas bank-bank dan para eksekutif kewangan yang bersekongkol dalam skandal ini. Walhal di Malaysia, tempat asal dana haram ini, masih belum berbuat apa-apa yang ketara dan meyakinkan. 


ANWAR IBRAHIM



KANTOI!! | RAIHANAH TIADA DALAM LIST PENGIMPORT UTAMA DAGING, SIAPA KARTEL SEBENAR..??


Bob Kelanang

 

Nama Raihanah tiada dalam list Pengimport Daging Utama pun.

Mereka salah sebab lori mereka guna logo Halal bukan kelulusan JAKIM ja?

Apa benda yang Kerajaan nak TUTUP ni?

Logo Halal boleh guna dimana-mana pun, tapi untuk lebih diyakini ramai minta logo Halal Jakim.

Contoh; Ayam Radix FC, mereka guna logo halal mereka sendiri, saya dah pergi rumah sembelih mereka di Kokdiang masa mereka tengah naik dulu.

Petikan Berita;

Sebuah syarikat pembekal daging dan dua pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menggunakan logo halal tanpa diperakui pada lori milik mereka, awal Disember lalu.

 Johor Bahru: Syarikat pembekal daging, Raihanah Cold Storage Sdn Bhd dan dua pengarahnya didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini, atas pertuduhan menggunakan logo halal tanpa diperakui pada lori milik mereka, awal Disember lalu.

Rahman Sheikh Abdullah, 44, dan Raihanah Kassim, 42, yang juga pemilik Raihanah Cold Storage Sdn Bhd mengaku tidak bersalah atas kedua-dua kesalahan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.



TAJUDDIN RAHMAN & MAHDZIR KHALID KOCAK PRASARANA & TENAGA NASIONAL


BOB KELANANG


Newsbreak: Prasarana chairman Tajuddin exerting his authority


Malaysiakini - Sah Mahdzir terajui TNB, Tajuddin ketuai Prasarana

PELBAGAI cerita tersebar mengenai pertelingkahan di peringkat pengurusan Prasarana dan Tenaga Nasional.

Kedua-dua organisasi ini dipengerusikan oleh dua pemimpin Umno yang dikenali ramai.

Tajuddin Rahman, yang pernah ada isu di Felcra dan Mahdzir Khalid, saksi utama kes RASUAH Rosmah Mansor.

Di Prasarana, sebuah akhbar Inggeris melaporkan Tajuddin mahu Prasarana pindah pejabat dan akhbar tersebut mendedahkan mengenai PENGLIBATAN sebuah syarikat yang turut diMILIKI anak-anak dan BINI Tajuddin.

Baca disini: https://www.theedgemarkets.com/.../newsbreak-prasarana...

Sementara di TENAGA NASIONAL, katanya wujud usaha untuk TENDANG keluar Ketua Eksekutif Tenaga dan khabarnya ada perbalahan dengan Mahdzir.

Baca di sini: https://themalaysianreserve.com/.../tnb-unions-divided.../

Nampak di mana ada pemimpin Umno di situ ada masalah. Perangai tak berubah dan tidak mahu belajar dari bos mereka Najib Razak yang sudah bergelar banduan.

Sementara itu, Muhyiddin Yassin tetap bisu. Entah apa dibuatnya di pejabat.

 

Makin ramai mangsa seksual Ustaz Budak buat laporan

 


Makin ramai mangsa seksual Ustaz Budak buat laporan

Pengurus madrasah, Syamsul Zaman Sukri, 32, sekali lagi mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan jenayah seksual di Mahkamah Majistret Machang dan Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.

Di Mahkamah Majistret Machang, tertuduh yang juga dikenali sebagai ‘Ustaz Budak’ didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang bekas pelajar lelaki berusia 22 tahun pada kejadian Mei 2018 di sebuah rumah di Kampung Awah, Machang.

Mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa memegang dan menggosok kemaluan mangsa.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan maksud seksual meraba seorang kanak-kanak dengan memegang kemaluan mangsa pada 22 Ogos 2018 kira-kira jam 10 pagi, di sebuah rumah di Kampung Awah, Machang.

Bagi pertuduhan kedua pada tarikh dan lokasi sama serta mangsa yang sama, tertuduh didakwa dengan maksud seksual membuatkan seorang kanak-kanak berumur memegang kemaluannya.

Pendakwaan juga dikendalikan Hajarul Falenna di hadapan hakim Shahrul Rizal Majid mengikut Seksyen 14 (a) dan 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dibacakan bersama Seksyen 16 Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan bernilai RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan tarikh 28 Januari bagi serahan dokumen.

Sebagai rekod pada 21 Disember lalu, Syamsul Zaman, pendakwah bebas berstatus duda itu, turut mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki.




Dr Zulkifli digesa jalankan tugas sebagai menteri bukan mufti lagi

 

Dr Zulkifli digesa jalankan tugas sebagai menteri bukan mufti lagi

Dr Zulkifli digesa jalankan tugas sebagai menteri bukan mufti lagi

Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri diminta berfikir dan bertindak sebagai seorang menteri sekarang bukannya sebagai seorang mufti lagi sebagaimana sebelum ini.

Ini berikutan kenyataan bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu selepas terdedahnya tragedi 40 tahun penduduk negara ini memakan daging import tanpa kesahihan status halal atau haramnya.

“Bila dah jadi menteri, orang tidak lagi bertanya tentang status halal atau haram. Itu kerja mufti.

“Sebagai menteri kena fikir tentang akauntabiliti, tentang ketelusan, tentang kebocoran sistem dan tentang rules of law,” kata Jamzuri Ardani, penulis dan aktivis politik ketika mengulas kenyataan Dr Zulkifli sebelum ini.

Bagi beliau, apabila menteri masih berfikir seperti seorang mufti pun masalah juga.

“Isunya bukan soal yakin atau tidak untuk makan daging import. Isunya bagaimana perkara itu boleh terjadi dan apa langkah pembaikan yang telah dilakukan.

Siapa yang harus dipertanggungjawabkan?” kata beliau menerusi facebook beliau.

Dr Zulkifi dalam satu laporan media semalam berkata, terserah kepada umat Islam untuk memakan daging import atau tidak selepas semua perkara telah dijelaskan oleh kerajaan menerusi Dewan Negara kelmarin.

“Bagaimanapun, sekiranya masih was-was, mereka perlu menghindarkan apa yang menjadi keraguan kepada apa yang tidak menjadi keraguan.

“Saya berdoa pada Allah SWT supaya isu ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya,” katanya selepas merasmikan Program Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu semalam.

Zulkifli mengulas kenyataan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yang menyarankan orang ramai menggunakan kuasa pengguna dengan tidak memakan daging import khususnya lembu buat sementara waktu sehingga keyakinan mengenai status halal daging terbabit diperakui sepenuhnya.



SEBAB TU NAK LANTIK MENTERI NI KENA YANG CERDIK

 

Sebab tu, nak lantik menteri bukan saja dia tak kaki rasuah, tetapi bijak itu juga 

penting. Tapi, nak buat macam mana, PM pun uzur, kabinet ramai menteri tapi 

rakyat  pun tak kenal menteri. Lagi ramai menteri, lagi ramai makan binatang tak 

sembelih. Lebai pulak sibuk tukar kereta.

W. FAUDZIN


Image may contain: 1 person, text that says "Kalau rakyat perlu bergantung pada keyakinan sendiri untuk makan daging import.. Q Bergantung kepada keyakinan sendiri untuk makan daging import [METROTV] MyMetro Mutakhir SR කy Menter Jabatan Perdana Menteri Hai Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Foto Bernama Apa fungsi adanya JAKIM?"

TUJUH FAKTA MENYANGGAH MAHATHIR YANG MAKIN TUA MAKIN KEMARUK KUASA

 

Kenyataan terbaru Tun Mahathir Mohamad bahawa PH tidak akan mendapat sokongan pengundi Melayu jika tanpa penyertaannya dalam gabungan itu memberi beberapa kesimpulan tentang watak dan hati perut bekas Perdana Menteri itu.

Pertama, ini memperlihatkan Tun Mahathir masih kemaruk untuk berkuasa semula, walaupun usianya sudah melebihi 95 tahun dan telah dua kali pernah menjadi Perdana Menteri.

Nampaknya, semakin tua dan semakin berusia, kemaruk kuasa makin meronta-ronta dalam dadanya.

Sebagaimana saya pernah sebut sebelum ini, inilah satu-satunya perangai manusia yang pelik pernah ada sejak zaman Nabi Adam lagi.

Kedua, dengan menawar dan mempromosi dirinya konon mampu menarik sokongan pengundi Melayu, ternyata Tun Mahathir seorang yang paling taksub kepada dirinya sendiri dan ingin kembali menyertai PH semula.

Sekaligus ini menggambarkan keyakinannya bahawa PH merupakan satu gabungan politik yang diterima pengundi.

Semakin ramai orang lain mahu melupa dan meminggirkannya, Tun Mahathir tetap berasakan hanya Tun Mahathir seorang saja yang mampu melakukan banyak perkara dalam negara ini.

Ketiga, kenyataan ini juga menunjukkan Tun Mahathir tetap ingin memintas dan menyekat peluang Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri.

Terlihat di sini, selagi nyawa belum terpisah daripada jasadnya, dendam dan dengkinya kepada Anwar tetap ingin ditunjukkannya kepada dunia.

Keempat, terbukti Tun Mahathir seorang pemimpin berdarah Melayu yang benar-benar pelupa sebagaimana ungkapan yang selalu disebutnya sebelum ini – Melayu Mudah Lupa.

Jika Tun Mahathir bukan seorang yang mudah lupa dan jika benar penyertaannya ke dalam PH mampu menarik sokongan pengundi Melayu, mengapakah daripada 52 kerusi yang ditandingi Bersatu pada PRU14 lalu, tetapi hanya 13 saja mampu dimenangi?

Di mana sokongan Melayu dibanggakannya?

Kelima, jika benar Tun Mahathir telah menarik pengundi Melayu ke dalam PH, bagaimana UMNO masih mampu menang 55 kerusi Parlimen iaitu terbanyak pada PRU14 itu?

Kalaulah benar pengundi Melayu sudah ditarik ke dalam PH dan Bersatu sendiri banyak berlawan dengan UMNO, bukankah sepatutnya Bersatu yang menang lebih banyak kerusi berbanding UMNO?

Keenam, Tun Mahathir memberi contoh sokongan Melayu yang dibawanya telah menyebabkan DAP yang sebelum ini tidak pernah menang lebih daripada 18 kerusi telah mampu menang 42 kerusi Parlimen pada PRU14 lalu.

Jika Tun Mahathir seorang yang tidak pelupa – sejak bila DAP bertanding di kerusi-kerusi Melayu dan apakah 42 kerusi yang dimenangi DAP itu kerusi Melayu?

Ketujuh, Tun Mahathir terbukti turut melakukan penipuan fakta dengan mengaitkan sokongan Melayu yang ditariknya dengan kemenangan PH di mana kemenangan PH pada PRU14 adalah bukti nyata kerana sokongan semua kelompok pengundi yang inginkan perubahan dan ia tidak semata-mata oleh satu kaum saja.

Tindakan ini tidak lain ialah untuk Tun Mahathir mewajarkan agar dirinya diterima semula ke dalam PH, menjadi Perdana Menteri sekali lagi, sekaligus menghalang peluang Anwar.

Kesiannya Tun Mahathir sekarang ini, makin tua makin menjadi-jadi kemaruk kuasanya yang disekalikan dengan dendam yang ada dalam dadanya. 


(Shahbudindotcom 31/12/2020)




NAK TANYA PARTI AGAMA PAS.

 

Mohd Asri Abu Bakar

Salam.


Dah nak masuk tahun baru 2021 dah kita ni. Dah hampir 11 bulan PN memerintah. Ingatkan bertambah baik rupa-rupanya, bertambah parah.

Pertanyaan ikhlas utk PAS..hudud mana hudud?. Dah selesai ker pembentangan RUU355?..Kes Adib, dah terbela?.Takde apa2  lagi..kan?.

Yang kita dengar..tahun ni banyak pulaklah kes-kes yang melibatkan 'sumbang haram' oleh lebai-lebai PAS. Kedai-kedai judi pun semakin kerap beroperasi dan di 'halalkan'. Daging import 'haram' pun...semakin berleluasa. Pihak berkuasa yg menerima rasuah pun semakin berlambak-lambak kes-kesnya. Jadi, apa yang bagus sangat tentang pentadbiran PN dan PAS?. Takde jugak, kan?!!!.

Yang kita dengar..lebai-lebai PASik di Kelantan beli kereta-kereta mewah. Yang kita dengar, MB Kedah duk perlekehkan orang-orang susah. Malah, dia sanggup untuk mengalihkan aliran Sg Muda kerana tamak, dengki dan ada sikap rasis yang melampau. Ada pulak Menteri dari PAS (Menteri MEWA).suruh penduduk-penduduk Kelantan tadah air hujan pastu mintak rakyat menderma RM10 setiap seorang. Dia bagitahu jugak "masalah air di Kelantan hanya boleh di selesaikan pada tahun 2045". Masa tu, dia pun dah mampus kojol dan sedang kena belasah ngan malaikat dalam kubur. Tapi, pertanyaan jgk, itu sahaja ker kebolehan lebai-lebai PAS?....dan pertanyaan sekali lagi... hudud mana hudud?.

Mereka hendak sangat berkuasa dan berpolitik..tetapi terus-menerus memainkan isu-isu kaum dan agama. Tapi, berjayakah mereka dalam merealisasikan segala fitnah dan tohmahan yang mereka lemparkan semasa mereka menjadi pembangkang? Yillek..zero dan hanya kebodohan sahaja yang kita nampak terhadap lebai-lebai ini yang telah di cop serta telah di sahkan sebagai pelacur dan pedagang agama. 

Tahun 2020 ini..tidak menunjukkan sebarang peningkatan hidup rohani, jasmani, fizikal dan mental kpd seluruh warga Malaysia. Ini, bukanlah salah rakyat..tetapi HUKUMAN kepada mereka-mereka yang tergila-gilakan kuasa dan merampas pimpinan pilihan rakyat melalui gabungan yang hina dan celaka. Kini...Allah tunjukkan kepada penjahat-penjahat ini, bahawa dia telah menghantar hanya sedikit virus yang di namakan covid-19 sebagai tanda KEMURKAANNYA!!!. 

TQ.

Yang ikhlas, jujur dan benar.

Mohd Asri Bakar.


Selamat menyambut tahun 2021.




BAIK JUAL SAJA LOGO HALAL JAKIM.DUIT PUN MASYUK.APA LA MENTERI AGAMA ..


 

Rina Hamzah

SENANG BUKAN bila dah jadi menteri.. terserah pada rakyat nak makan atau tidak.

Jual jer logo HALAL-JAKIM tu. Tiap-tiap tahun berjuta-juta premis atau syarikat mohon sbb nak logo HALAL-JAKIM.. Ratusan jutaan ringgit masuk kantong JAKIM..

Tapi keyakinan rakyat tanggung sendiri..

Berjuta-juta kerajaan peruntukan untuk JAKIM tu untuk apa ya?


#LepasTangan


SR





SAKA TUA TERUS MEROYAN MENYERANG ANWAR. MASIH ADA LAGI YANG BERSELERA MAHU BAWA MASUK BERSAMA PH?




Saka tua ini terus meroyan dan mengata kat Anwar.  Berterusan menyerang Anwar dan sentiasa salahkan Anwar.  Ada pernah Anwar respon kepada orang tua keparat ini?  Anwar tidak perlu respon kepada orang tua nyanyuk bahkan perlu simpati kepadanya.


Simpati kepada si saka tua ini adalah dengan melarangnya samasekali berjuang bersama kita.  Kita tidak mahu dia menambah dosa di ujung2 nyawanya apabila nanti dia berterusan merosakkan PH dengan agenda peribadi dan dendam kesumatnya terhadap Anwar.  Memberikan ruang kepada si tua kutuk ini untuk berpolitik, bermaksud kita mengizinkannya untuk terus menjadi munafik.  Apakah kita sanggup?  Biarkan kerja membawa masuk orang tua seperti ini ke dalam gabungan PH dibuat oleh puaka-puaka lain, bukan dari kita yang mahukan reform.  


Dulu, kita didendangkan kononnya tanpa Umno, melayu mati.  Apakah benar?  Tidak.  Umno tiada kuasa pun melayu masih wujud.  Melayu yg baik berada di dalam PH.  Melayu yg hipokrit dan menjual agama berada dalam parti lebai.  Melayu yang khianat berada dalam kerajaan pintu belakang.  Bukankah masih ada melayu?


Sekarang, Mahathir sebut PH tidak boleh dapat sokongan melayu jika tidak bawa dia masuk.  Dia lupa ke asal usul dia?  Dia melayu tulen ke sibuk cakap pasal melayu?  Dia lupa ke berapa kerusi parlimen melayu yang dia dapat dalam PRU14 yang lalu?  Dia tidak ingatkah, dia yang kuburkan dan haramkan parti umno, parti keramat orang2 melayu, kemudian buat parti Umno baru suatu ketika dahulu?  Bukan orang melayu tulen yang musnahkan parti melayu.  Habis siapa?  Karala? 


Terutamanya warga Keadilan, marilah kita bersama menjadi benteng mempertahankan sebarang bentuk serangan dari si tua kutuk ini terhadap Presiden dan parti kita.  Kepada para pemimpin dan penyokong harapan yang tidak pernah termakan 'nasi kangkang' atau terminum air tapak kaki si tua saka ini, teruskan, kita pertahankan PH ini dari dimusnahkan sekali lagi oleh si keparat ini.  Biarkan dua tiga ekor yang telah menjadi khadam kepada si tua kutuk ini untuk terus bekerja dan mempertahankannya.  


WFAUZDIN NS

SESUAI DENGAN PERANGAI KEBINATANGAN...DOK LOKAP DULU..


 Kami pencinta haiwan mengucapkan tahniah kepada pihak penguatkuasa undang-undang yang telah bertindak keatas pelaku tersebut.

Sakai punya rang..negeri tu dah maju kot...sampai ada group atau orang persendirian yang bantu kucing jalanan bagi makan...

Kau ni apa hal..ambik ais kot...



Kenapa tidak manfaatkaan SIP tangani pemberhentian pekerja


Saya akan turun ke Port Dickson - Abdullah Sani


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak perlu memberi bantuan one off kepada golongan pekerja di Malaysia, terutama kepada yang diberhentikan kerana Skim Insurans Pekerja (SIP) telah melindungi mereka.

Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, akibat SIP tidak digunakan sepenuhnya maka berlaku permintaan mengeluarkan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 dan sebagainya daripada pekerja yang kehilangan pekerjaan.

“SIP ini ada dalam akta tetapi tidak diguna sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan sanggup memberikan pemberian one off yang difikirkan boleh dimanfaatkan pekerja.

“Sedangkan dalam SIP itu ada aturcata atau peraturan-peraturan yang boleh kita pohon apabila kita dibuang kerja, sama ada akibat bencana, malapetaka (Covid 19) dan sebagainya, layak mendapat peruntukan SIP .

“Apa yang saya lihat ialah berlaku ketidakpantasan oleh kerajaan dalam isu ini. Sepatutnya mereka dalam bajet yang baru (2021) memberikan satu dana khas kepada SIP dan selepas itu boleh diambil kembali dalam proses pengumpulan pencarum selepas pandemik Covid,” katanya.

Abdullah yang memperjuangkan SIP sejak bertahun-tahun lalu sehingga wujudnya akta insurans tersebut pada 2018 tidak faham mengapakah kerajaan gagal menggunakan sepenuhnya SIP dalam waktu pemberhentian pekerjaan besar-besaran ekoran pandemik Covid 19.

Katanya, SIP yang memotong wang caruman pekerja sebanyak 0.2% dan majikan 0.2% telah mengumpul dana sekitar RM2 bilion, cukup untuk menangani keperluan pekerja bagi mendapatkan pinjaman modal dan sebagainya tanpa melibatkan dana KWSP.

“Apa yang saya lihat ialah tidak ada penampungan daripada pemberian atau pinjaman sementara daripada SIP. Dia (pencarum) boleh bayar dalam masa 5 tahun, 7 tahun,” ujarnya.

Dana SIP juga, kata mantan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu, boleh digunakan untuk melatih pekerja dalam bidang kemahiran lain dan menceburi pekerjaan baharu selepas bersedia.

“Pekerja boleh mengambil kemahiran yang lain. dan membolehkan dia merujuk kepada TVET atau kementerian-kementerian yang bersangkutan untuk penambahan kemahiran,” katanya lagi.



MANTIK SUNGGUH GURU TOK

 

Terharu sungguh tok membaca amanat guru tok yg menyebut umpama " Lesung dan alu berlaga, ayam pula yang kenyang". Tok tanya guru tok, apakah ada lagi kiasan mantik yg lebih syarie?

Guru tok jawab, " Na'am. " Umpama si Zakar dan si Rahim berlaga, telor hanya menjadi saksi".

Lama tok mikir...baru tok faham dan tertawa sendirian. Teeheheheeee...

Hebat  mantik guru tok..


Image may contain: 1 person, text




 

SABARLAH UMNO, PAS SEKARANG BUKAN LAGI PAS YANG DULU

 

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, mana-mana pihak tidak perlu meminta parti itu “memilih sama ada hendak bersama Muafakat Nasional (MN) atau tidak.”

Ini kerana, katanya, PAS adalah antara watak utama yang merangka dan berusaha menubuhkan MN atas dasar penyatuan ummah di negara ini.

“Justeru, PAS berpandangan MN bukanlah milik eksklusif sesuatu parti atau kelompok, sebaliknya harus dibuka kepada semua kalangan yang cintakan perpaduan, keharmonian dan keadilan,” jelasnya pada satu kenyataan.

Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata, PAS tetap mengekalkan komitmen yang mantap dalam “agenda besar MN.”

“Adalah jelas dari sudut pendekatan dan strategi politik tiada suatu pun halangan yang dikenakan untuk UMNO daripada kekal bersama BN mahupun untuk PAS dari menyertai manamana gabungan atau kerjasama politik yang lain.

“Apa yang penting adalah gabungan UMNO dan PAS boleh malah perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai cita-cita yang sama untuk menghadapi PRU15 dengan suatu persefahaman yang jitu khususnya tiada pertembungan sesama sendiri yang menguntungkan pihak lain.

“PAS amat yakin bagi mencapai cita-cita dan hasrat ini semua pihak perlu meneroka jalan damai dan saling menerima serta hormat menghormati, bukan sebaliknya,” katanya lagi.

Inilah reaksi Pas terhadap desakan UMNO agar parti itu membuat pilihan sama ada mahu kekal dengan MN atau ingin bersama PN.

Apa yang nyada, nada Pas dalam soal hubungan dengan UMNO sudah berbeza antara sebelum menjadi kerajaan dengan setelah berada dalam kerajaan sekarang.

Dulu, komitmen Pas untuk bersama UMNO terlihat amat tinggi, tetapi sejak berada dalam kerajaan, pendirian Pas terhadap UMNO ialah “jangan desak-desak kami membuat pilihan”.

Bahkan, Pas juga sudah berani berkata kepada UMNO agar jangan menganggap MN hak eksklusif mereka semata-mata.

Sementara UMNO ingin kembali menjadi kuasa yang dominan, antaranya melalui MN, Pas sebaliknya lebih ingin mempertahankan Bersatu sebagai pemegang kuasa di negara ini.

Hakikat bahawa Bersatu hanya parti kecil dan serpihan tidak diambil kira oleh Pas, yang mereka nampak ialah melalui Bersatu dan sokongan kepada Muhyiddin Yassin, banyak nikmat dunia, nikmat jawatan dan nikmat kedudukan dapat diraihnya.

Itulah Pas….dulu lain sekarang lain.

Kepada UMNO, janganlah berasa hairan dan banyak-banyaklah bersabar jika Pas didapati bersikap dulu lain sekarang lain kerana dalam perjuangannya pun, Pas sudah jadi dulu lain sekarang lain juga.

Sebab itu, apa yang diperjuangkan Pas ketika menjadi pembangkang dulu, bukan saja tidak lagi menjadi keutamaannya, bahkan disebutnya pun tidak lagi.

Lebih daripada itu, banyak pula benda-benda baik yang diperjuangkan dulu dan boleh dibaca di media rasminya turut sudah pun “didelete” sekarang ini.

Nampaknya, ulama, lebai, mereka yang berkopiah dan selalu bercakap dengan selang seli ayat Al-Quran serta Hadis di bibir lebih dulu tumbang dengan godaan dunia ini. 


(Shahbudindotcom 31/12/2020)