Pas sokong Muhyiddin bawa rebah?
Tok Aji 24
Sokongan PAS kepada Muhyiddin membawa rebah sebuah kerajaan yang asalnya diharapkan untuk terus berkuasa sehingga habis penggal. Namun PAS telah dilihat mewarna imej buruk kepada kerajaan Muhyiddin yang sedang menunggu saat kejatuhannya kini.
Beberapa peristiwa yang berlaku membuktikan PAS adalah dalang sebenar menjatuhkan imej baik Muhyiddin dan sekaligus menjadi pentadbiran kerajaan PN dalam kucar kacir. 9 bukti dikemukakan menjelaskan fakta yang sahih ini :
1) Isu Menteri Perusahaan Utama, Dato Dr Khairuddin At-Takiri yang tidak kuarantin apabila balik berniaga dan makan angin di Turki dikira asas kejatuhan kerajaan Muhyidin. Sehingga sekarang tidak ada pendakwaan dibuat ke atas kesalahan tidak kuarantin ini. Istilah double standard dipopularkan kerana isu ini akibat wujud golongan elit politik diberi keistimewaan dengan tidak didakwa di mahkamah sedangkan rakyat marhain didenda sehingga RM puluhan ribu dan dipenjara atas dakwaan di mahkamah.
2) Usul tidak percaya di Parlimen sepatutnya dibenarkan oleh Yang Dipertua Parlimen tetapi atas nasihat yang salah oleh Menteri Undang-Undang merangkap SU Agung PAS, Dato Takiyuddin, maka usul undi tidak percaya ini tidak diteruskan dalam sidang Parlimen lepas sehingga menjejaskan imej Muhyiddin sebagai PM yang tidak cukup majoriti.
3) Lantikan Presiden PAS, Haji Hadi sebagai Duta Khas Timur Tengah bertaraf Menteri yang tiada apa-apa peranan untuk menaikkan imej kerajaan PN menjatuhkan lagi imej Malaysia di mata dunia apabila tiada apa-apa usaha dilakukannya untuk menaikkan imej Muhyiddin di mata negara Timur Tengah. Istilah Duta makan gaji buta lebih dikenali oleh rakyat atas lantikan jawatan seperti ini yang menghabiskan wang rakyat puluhan ribu sebulan tanpa menjalankan tugas sebenar seorang duta khas.
4) Imej Muhyiddin bertambah teruk apabila Menteri Alam Sekitar, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang beri cadangan yang tidak masuk akal dan diperlekeh oleh rakyat seperti tadah air hujan untuk selesai masalah air di Kelantan yang dikatakan terpaksa memakan masa puluhan tahun untuk diselesaikan.
5) PAS menarik balik perjuangan untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah dalam isu RUU 355 menjadikan imej menjaga agama dan Mahkamah Syariah di bawah kerajaan PN bertambah teruk. Rakyat melihat PAS menipu penyokongnya dalam memperjuangkan RUU 355 yang sepatutnya dibentangkan ketika Menteri Undang-undang dipegang oleh SUA PAS Pusat.
6) Sikap Menteri Besar PAS Kedah yang menggunakan kereta mewah Velfire dengan duit syaikat SADA turut mejejaskan imej berjimat cermat yang sepatutnya ditonjolkan ketika musim ekonomi merudum ini sekaligus menjejaskan imej Muhyiddin sebagai PM yang meminta rakyat bersabar dalam suasana mencabar kini. Perangai suka bermewah-mewah dengan wang rakyat dengan pembelian kereta Mercedes untuk kegunaan MB dan exco kerajaan negeri Kelantan kini diikuti oleh MB Kedah.
7) Pelantikan ADUN PAS Sabah telah mendapat reaksi negatif di kalangan pimpinan parti bukan Islam di Sabah menjadikan watak Muhyiddin tercalar di kalangan pimpinan dan rakyat bukan Islam di Sabah dan Sarawak. Imej PAS yang ekstrim dan anti bukan Islam akan menjejaskan imej kerajaan PN dan kemungkinan akan kehilangan undi di kalangan masyarkat bukan Islam pada PRU atau PRN Sarawak akan datang.
8) Sikap PAS yang berubah-ubah dalam isu-isu agama dan Melayu sejak menjadi kerajaan menjadikan rakyat tidak lagi percaya kepada kerajaan PN untuk memperjuangan isu agama dan Melayu. Isu Adib, Buy Muslim First (BMF), judi, arak, LGBT dan sebagainya sudah disenyapkan kerana ia nya hanya dilihat sebagai modal politik untuk menjatuhkan imej kerajaan PH dahulu.
9) Kelemahan pemerintahan kerajaan PAS Kelantan, Terengganu dan Kedah menjadi contoh kerajaan negeri yang tidak baik kepada rakyat berpandukan prestasi ekonomi dan sosial di negeri tersebut. Kerajaan PN peringkat pusat tidak lagi mampu untuk menyuntik dana termasuk Royalti dalam suasana harga minyak dunia turun kini. Namun PAS tetap menggunakan hujah kerajaan pusat menganak tirikan Kelantan dan Terengganu dalam pembangunan demi meraih undi rakyat negeri tersebut. Sikap ini sekaligus membebankan kerajaan Muhyiddin yang sudah terbeban dengan prestasi ekonomi yang merosot teruk.
Berdasarkan 9 bukti ini jelas PAS dilihat hanya berjuang untuk kepentingan peribadi dan habuan keduniaan semata-mata dan bukan berperanan untuk menguatkan agama dan Melayu. Maka amat wajarlah rombakan kabinet yang dijangka akan dibuat oleh Muhyiddin dalam masa terdekat untuk mengurangkan bilangan Menteri di kalangan PAS khususnya yang bukan sahaja tidak berfungsi tetapi menjatuhkan imej Muhyiddin dan kerajaan PN yang dipimpin.
Selagi Menteri-Menteri PAS ini ada dalam kabinet Muhyiddin maka pengaruh PN akan terus merosot. Oleh itu sesuai dengan syarat tuntutan UMNO untuk mengisi jawatan-jawatan Menteri penting untuk memperkuatkan kerajaan PN di bawah Muhyiddin.