Ketidaktentuan
politik yang berterusan selepas Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim
mengumumkan telah mempunyai cukup majoriti untuk mengambilalih kuasa sebagai
Perdana Menteri (PM) ke 9 pada Selasa lalu menatijahkan satu persoalan,
mengapakah begitu sukar untuk menerima Anwar sebagai PM?
Persoalan
itu dilontarkan oleh Profesor Dr Razali Nawawi dalam forum anjuran Gabungan
Reformis Malaysia dari Kediaman Menteri Besar Negeri Sembilan, malam tadi.
Bekas
Presiden ABIM kedua dan merupakan teman rapat Anwar itu bertanya kepada
hadirin, adakah kerana Muhyiddin atau PM sebelum ini cemerlang menyebabkan
jawatan PM sukar diberi kepada Anwar?
"Apakah
PM sekarang ini Muhyididn cemerlang? Berapa bulan dia jadi PM? Saya tanya
rakyat adakah merasa tenang, yakin?
"Saya
di Bangi penuh dengan doktor, profesor, CEO. Bila saya tanya adakah Malaysia
selamat. Mereka kata tidak. (Malah) ada yang kata jangan esok kita (penjawat
awam) tidak dapat pencen (kerana negara kekurangan wang).
"Saya
nak tanya mengapa sekarang pelajar tak mahu masuk universiti? Mengapa?
"Masuk
universiti 3 tahun, kalau mereka ambil kursus (kemahiran) tiga bulan, keluar
dapat kerja.
"Golongan
belia tahu masa depan mereka sangat-sangat tidak jelas. Banyak syarikat
sekarang buang pekerja. Apakah nasib kita di bawah pimpinan sekarang?"
tanyanya.
Menurut
bekas Dekan Kulliah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
itu, sekiranya kerajaan yang ada tidak mampu memberi kemakmuran kepada rakyat
maka seharusnya jawatan PM diserahkan kepada Anwar bagi membina keyakinan
antarabangsa dan memulihkan ekonomi.
Beliau
menempelak sikap meneruskan amalan PM sebelum ini, Tun Mahathir yang tidak mahu
melantik Anwar sebagai penggantinya. Sebaliknya, Mahathir memilih Abdullah
Badawi kemudian menjatuhkannya, menaikkan Najib dan menjatuhkannya.
Dr Razali
menegaskan Anwar amat dikenali oleh musuh-musuh politiknya. Oleh sebab itu
beliau dikenakan pelbagai tuduhan di mahkamah dan dilabel dengan pelbagai label
yang merosakkan imej.
"Mahathir
tahu siapa Anwar, Abdullah Badawi tahu siapa Anwar. Mereka tahu kemampuan
Anwar.
"Tetapi
mengapa mereka nak sekat Anwar dari naik ke atas dengan melemparkan
bermacam-macam tohmahan. Tiada seorang yang lebih hebat dari Anwar yang
dikenakan tohmah yang pelbagai.
"Saya
kaji, kalau Presiden Jamal Abdel Nasir (Mesir) satu tuduhan saja terhadap dia.
Tuduhan Jamal ini seperti Firaun.
"Tetapi
Anwar bermacam-macam. Liberal, berbagai wajah (perisik Barat). Rakyat boleh
terimakah kalau dikatakan Anwar liberal. Liberal ini ketepikan agama.
"Saya
kagum dengan Anwar kerana dia bukan mengaji agama tetapi dia mampu bertahan di
dalam penjara ISA di Kamunting, 2 tahun. Saya hantar buku 'Learning Arabic'
masa tu. Dari situ dia boleh baca Ilhya Ulumuddin
dalam bahasa Arab.
"Kalau
kita kata Anwar liberal, maka ia tuduhan yang dibuat oleh orang yang jahil atau
jahat. Saya minta seluruh rakyat di luar berilah penilaian terhadap Anwar
secara adil, bandingkan dengan lain-lain (tokoh)," katanya lagi.