Kami faham, tidak mudah untuk kamu melepaskan jawatan dan
kedudukan sebagai menteri, timbalan menteri, duta khas, pengarah, pengerusi GLC
dan macam-macam lagi habuan dunia yang kamu miliki sekarang hasil kerja buat kamu
bersekongkol dengan pengkhianat. Memang tidak mudah untuk melawan nafsu.
Ye lah, kamu sendiri sedar jika harapkan Pas berjuang ikut cara
Islam betul2, entah bila akan dapat berada dalam kerajaan dan dapat jadi
menteri. Paling kuat dapat jaga negeri Kelantan dan Terengganu. Maka, untuk
merasa berada dalam kerajaan Pusat dengan mudah, caranya adalah jual agama.
Bikin hukum sesuka hati ikut kepentingan parti.
Ikut cara Pas, boleh menipu demi parti. Hukum haram jatuhkan
kerajaan yang Pas pimpin dengan cara khianat atau lompat parti macam kes
jatuhnya kerajaan Nizar di Perak dulu. Waktu itu lebai-lebai berguling di tengah
jalan raya depan istana untuk halang MB baru angkat sumpah. Haram rampas kalau
itu kerajaan yang lebai perintah.
Tapi hukumnya wajib rampas kalau boleh menguntungkan lebai. Bila
pengkhianat Muhyidin dan Azmin khianat PH untuk jatuhkan kerajaan PH yang
diberi mandat oleh rakyat, tiba-tiba parti lebai ini tumpang sekaki untuk jadi
pengkhianat asalkan dapat jadi menteri Mewa jaga kumbahan. Dapat jadi duta khas
timur tengah bertaraf menteri yang beribu pejabat rasanya di Rusila kerana duta
khas tu tak bergerak-gerak dari kampungnya. Makan gaji buta.
Bila ada usaha dari PH untuk mengambil kembali mandat rakyat itu
melalui Anwar Ibrahim, mengapa lebai merasa sakit hati sehingga mahu libatkan
PDRM? Nama pun dah usaha, setiap usaha belum tentu berjaya atau tidak. Tawakkal
Alallah. Takkan usaha untuk dapatkan kembali hak rakyat yang dirampas oleh
pengkhianat yang lebai sendiri bantu itu satu dosa besar atau jenayah?
Mengapa takut sangat? Takut kerajaan yang kamu makan gaji buta
itu jatuh? Sepatutnya kamu dari parti Islam adalah pihak yang pertama bantu
mereka yang mahukan kembali haknya. Merampas hak orang itu berdosa besar.
Bayangkan kalau Adun-Adun Pas di Kelantan khianat dan kami dari Keadilan atau
Amanah turut bantu yang khianat itu sehingga tumbang kerajaan Pas Kelantan, apa
kamu rasa? Mesti berbakul-bakul kamu maki hamun dan kapirkan mereka, bukan?
Sudah-sudah la Pas. Ingat-ingatlah pada Tuhan. Ingatilah pesanan Almarhum
Tok Guru Nik Aziz. Jangan termakan hasutan syaitan. Syaitan memang tidak suka
pemimpin yang baik. Syaitan bertepuk tangan bila kamu bersama pengkhianat.
WFAUZDIN NS