K A S I H A N

 


W.FAUDZIN


Orang yang kencing atas kepala Mahafiraun sanggup jumpa Mahafiraun untuk mintak nyawa. Mahafiraun pun tak kisah kepalanya kena kencing, asalkan Anwar tak jadi PM.

Mencuri hak dan mandat rakyat itu haram. Menuntut dan berusaha mengembalikan mandat rakyat itu wajib. Allah tuntut kita berusaha, berjaya atau tidak, itu urusan Allah. Kalau kita berjaya, kita dapat dua iaitu pahala dan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Kalau kita gagal, kita dapat satu iaitu pahala. Bagi puak pengkhianat, jika mereka berjaya atau gagal, mereka tetap menanggung dosa.


Kesihan Anuar Musa. Cepat sangat melatah. Anwar baru nak jumpa Agong, bukan angkat sumpah lagi. Relaks la bro.

Minta Anwar dedahkan senarai? Waktu Muhyidin persembah nama kepada Agong waktu merampas mandat rakyat dulu, adakah Muhyidin dedahkan nama? Itu pun diragui siapa yang sokong Muhyidin kerana waktu itu 5 ke 6 orang MP Bersatu nyatakan sokongan pada Mahathir, sedangkan Muhyidin beritahu semua MP Bersatu sokong beliau. Tapi kita orang tidak kisah pun walaupun SD yang ada pada PH waktu itu ada 14. Muhyidin kata dia pun ada 14 MP termasuk kumpulan Mahathir kononnya menyokong beliau. Siapa tipu siapa?

So, Anuar Musa jangan panik. Umno pun dah tidak percaya kepada kamu kerana kuat sangat membodek Muhyidin.Makan ubat.....