BOB KELANANG
Dengaq kata yang DAP hanya bagi sokongan tapi tak menyertai
kabinet... kalu gitu ada lagikah suara sasau nak ratib kerajaan DAP? Kabinet
tanpa DAP! DAP dah sedia berkorban demi negara lebih cemerlang!
Kononya ada dua MP dari parti agama bulan tak purnama akan
lompat dan menyokong kerajaan baru, pihak ibu pejabat parti itu yang beralamat
di Jalan Raja Sungai telah mengeluarkan amaran keras. Sesiapa yang melompat,
hukumnya kapiaq dan kalu mati, tidak lagi sekadar ditanam di jirat, sebaliknya
akan dibakaq. "Terbakaq dihutan nampak apinya, terbakaq dihati tak sapapun
yang tahu..."
KOH KOH KOH…
Ramai orang khuatir Anwar dah berjinak-jinak dengan UMNO dan silap
haribulan dia pulak ditelan oleh geng penyangak dalam parti penyamun itu. Walau
bagaimana pun soal baik atau buruk UMNO tak payah cakap kat Anwar. Dia lebih
kenai UMNO dari orang UMNO sendiri...
LANDSKAP POLITIK NEGARA PASCA 1310…
Hantu-hantu mengarang senarai palsu mengenai siapa sokong Anwar dan
edarkan di medsos.
Walaun pun ramai percaya tapi MP yang sertai semua diam membisu.
Atuk mati kutu. Pok lebai bengang nak sokong 'side' mana. Dan pok lebai pun
tertanya-tanya siapa di kalangan pok lebai yang sign SD sokong Anwar. Boleh
jadi senarai itu palsu atau wakil rakyat Umno itu main wayang. Depan kata palsu
tapi diam-diam setuju sebab habuan menunggu.
Semua jadi celaru DAN buntu kerana Anwar buat kerja dalam diam-diam,
tiba-tiba terus umumkan semasa kempen di PRN Sabah. "Saya dah ada cukup
majoriti untuk bentuk kembali kerajaan PH bersama sokongan MP lain" kata
Anwar. Yang mula-mula meloncat ialah Atuk95. Agaknya beliau itu kalau tengah nak
nazak pun boleh meloncat bila terdengar Anwar nak jadi Menteri Perdana!
UMNO
UMNO dijangka akan berpecah kepada 3 kumpulan. Satu yang ikut
DSAI secara terang-terang… satu lagi kumpulan lalang yang mengambil sikap 'tunggu dan
lihat' perkembangan dan satu kumpulan lagi kekal dengan BN yang asal bersama
MCA dan MIC.
#Bersatu :
Bersatu dijangka akan berpecah kepada 2 kumpulan. Satu akan kekal setia dengan
Muhyiddin DAN satu kumpulan lagi, terutama majoriti kumpulan yang melompat dari
UMNO pasca PRU14 akan menjadi lalang. Kumpulan ini secara senyap-senyap akan
menyokong kerajaan PH 2.0 dari belakang.
#PAS : PAS
seperti dijangka... akan kekal BANGANG sampai kiamat. - Muhammad Yahaya
KOH KOH KOH… jilaker!!