Datuk Seri Anwar Ibrahim
menyifatkan kenyataan Presiden Perancis, Emmanuel Macron bahawa Islam sedang
menghadapi krisis di seluruh dunia adalah satu penghinaan dan tidak masuk akal.
Malah, Presiden KEADILAN itu
menganggap Macron sengaja menyalahkan Islam sebagai punca segala masalah di
negaranya, berbanding melihat semula perspektif yang merosakkan tertanam dalam doktrin
sekularisme Perancis.
"Tidak ada yang akan
membela keganasan dan pembunuhan berdarah, serta mereka yang memesongkan Islam.
Macron sendiri, kadang-kadang, sedar betapa rumitnya isu ini.
"Ini adalah kejahatan yang
menimpa umat Islam dan Dunia Islam lebih dari sekadar tragedi yang menimpa
Perancis. Saya bersimpati di atas kematian Samuel Paty sama seperti mereka yang
terkorban dengan cara ini," katanya.
Beliau berkata demikian bagi
mengulas kenyataan Macron yang mengkritik Islam selepas seorang guru sejarah
dan geografi, Samuel Paty dipenggal kepala oleh pengganas ekoran tindakan guru
itu menunjukkan karikatur mempersenda Nabi Muhammad di hadapan murid-murid
dalam kelasnya.