Tindakan
sitaan ke atas Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak dan DUN Gombak Setia
disokong oleh pengundi di Parlimen dan DUN tersebut.
Bagi
Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Gombak, Mohd Razali Yusof, sitaan
oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu merupakan tindakan wajar
memandangkan dewan yang dijadikan pusat khidmat berkenaan milik rakyat manakala
kedua-dua ahli politik, Azmin Ali dan Hilman Idham tidak lagi mewakili Kerajaan
Pakatan Harapan Selangor.
"Tular
di media sosial tindakan Majlis Perbandaran Selayang menyita Pusat Khidmat
Rakyat Parlimen Gombak dan DUN Gombak Setia. YB Hilman Idham melalui ciapan
peribadi beliau cuba menarik simpati orang ramai dan penjawat awam kononnya
beliau menjadi mangsa kerakusan politik Menteri Besar Selangor dan MPS.
"Ciapan
itu strategi lapuk dan cubaan meraih semula sokongan rakyat yang telah
‘membuang’ beliau akibat pengkhianatan yang beliau lakukan ke atas mandat
rakyat.
"Sukacita
dimaklumkan bahawa tindakan sitaan dan arahan pengosongan dewan tersebut
mendapat sokongan padu rakyat Gombak khususnya para pengundi yang telah memilih
KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
"Sokongan
rakyat terhadap tindakan MPS itu kerana pengundi Gombak tidak boleh menerima
sama sekali tindakan khianat yang telah dilakukan oleh Azmin Ali dan Hilman
Idham ke atas pengundi di Gombak," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut
Razali lagi, rakyat Gombak tidak boleh diperbodohkan, mereka maklum siapakah
yang bermain politik dan pihak mana pula yang selama ini menjalankan tugas
membantu rakyat.
"Kami
ingin menasihatkan Azmin dan Hilman supaya jangan menipu dengan ciapan simpati
yang cuba memperbodohkan rakyat Gombak.
"Rakyat
Gombak tidak pernah lupa dengan tindakan mengunci Dewan Gombak Setia sewaktu
program penyampaian sumbangan bantuan akibat Covid 19 yang lalu oleh Datuk
Menteri Besar Selangor. Dewan itu telah dikunci dan semua petugas tidak
dibenarkan masuk
Rakyat
miskin dan ibu mengandung terpaksa berdiri dan berpanas terik kerana dewan
dikunci. Tindakan MPS bukanlah tindakan balas dendam tetapi semata-mata atas
desakan rakyat dan pengundi Gombak yang tidak boleh menerima sama sekali
tindakan pengkhianatan yang dilakukan oleh Azmin dan Hilman ke atas mandat
serta amanah rakyat," katanya.
Razali, tindakan MPS tersebut dilakukan dengan prosedur sesuai dan tidak secara
zalim. Sehubungan itu, ujarnya, ahli politik yang terlibat tidak wajar
mempolitikkannya sebagai satu balas dendam dari Kerajaan Negeri dan sebagainya.
"Untuk
makluman semua juga, tindakan sitaan dan pengusiran MPS telah dilakukan dengan
penuh tertib dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Dewan ini akan dikembalikan
haknya untuk kegunaan orang ramai khususnya bagi warga Gombak Setia.
"Kepada
rakyat dan pengundi Gombak, Kerajaan Selangor sentiasa memastikan kebajikan,
keperluan dan bantuan buat rakyat dipenuhi dengan sempurna," katanya lagi.
Selain
itu, Razali juga menjelaskan tanpa Azmin dan Hilman perkhidmatan dari Kerajaan
Negeri tetap berjalan lancar. Di DUN Gombak Setia, Kerajaan Negeri telah
menubuhkan Pusat Khidmat Rakyat (Penyelaras) Gombak Setia.
Manakala
bagi warga Parlimen Gombak, Saari Sungib selaku ADUN Hulu Kelang dan Datuk Seri
Amirudin Shari sentiasa bersama rakyat bagi menyelesaikan isu penduduk dan
memenuhi harapan rakyat.
Tegas
Razali, dengan berkat sokongan semua rakyat, Gombak diramal akan terus kekal
sebagai kubu kuat KEADILAN dan Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke
15.