Calon PM yang realistik ialah Anwar
Tengok ramai yang share kenyataan LGE tentang calon PM yang dipetik dari temubual Malaysia-today.. ia bukanlah satu kenyataan rasmi DAP atau datang dari facebook LGE, hanya respon dari soalan temubual..
Apapun, aku rasa ketika PRN Sabah ni bukan lah waktu yang sesuai untuk respon isu sensitif begini.. kita kena bijak membaca perangkap wartawan.. biarpun banyak isu dibincangkan, akhirnya difokuskan isu calon PM..
Tapi aku faham lah..Samalah dulu ketika temubual Ds Anwar dulu..tak kira dari media tempatan atau luar negara, biarpun 90% temubual melibatkan isu Ekonomi, isu Kerajaan, akhirnya yang jadi tajuk besar.. adalah isu peralihan kuasa…
Aku Pada prinsipnya, Sebagai anggota gabungan PH.. dalam menghadapi PRU 15, Sudah tentu hanya satu calon bagi PH yang diketengahkan, iaitu Ds Anwar.. tidak ada keperluan dan realistik untuk meletakkan nama Shafie atau Tun Mahathir sebagai calon PM lagi….
Aku tetap berpandangan besar hikmahnya untuk Kerajaan PN kekal berkuasa sehingga tahun depan..Cumanya pada prinsip, Jika sebelum PRU 15.. jika gabungan pembangkang ada peluang untuk jatuhkan kerajaan PN.. tidak ada masalah untuk terima siapa saja sebagai Calon PM termasuk Shafie jika dia boleh mendapat sokongan terutama MP dari Borneo….
Dan dari temubual itu jelas LGE kata pilihan pertama adalah Ds Anwar Ibrahim.. dan tidak masalah menyokong Shafie jika dia boleh dapatkan sokongan.. dalam hal ini kita kena raikan perbezaan pandangan.. Mendapatkan mandat rakyat kembali kepada PH jauh lebih penting dari menentukan siapa layak jadi PM.. ada kepentingan lebih besar..
Samalah dengan perbezaan PN dan MN, biarpun UMNO tidak menyokong PN, geng kartel hatta Muhyidin..depa lebih pentingkan matlamat bersama iaitu jatuhkan Kerajaan PH…
Cuma dalam Soal PM ini..bagi aku ia cuma permainan media.. Bukan lah kenyataan rasmi dan isu besar, Takda kaitan dengan Setiakawan atau tidak.. jadi tak perlu kalut..Kita kekal bersama PH..