1) Pertama sekali, diucapkan tahniah kpd UMNO BN kerana berjaya
mengekalkan DUN Slim dgn majoriti yg semakin baik. Tidaklah mengejutkan kerana
ia sudah dijangka. Ditambah pula calon Bebas bukanlah lawan sebenar di kubu BN.
tentang "kesan" PRK ini kpd persaingan akan datang,
rata2 saya bersetuju dgn pandangan beliau. TAPI utk artikel ini, saya hanya
ingin menarik perhatian pembaca tentang suatu "sisi" yg boleh memberi
kesan kpd PH.
3) Saya lebih berminat menumpukan pada satu sudut pandang atau
"school of thoughts" di mana rata2 anai2 PANtuk dan #K3 terlalu
percayakan TAHYUL dan DONGENG kununnya PH memerlukan OT95 dan PejuWANG utk
mendapat sokongan penyokong tegar mereka bg memenangi PRU15.
4) Saya tidak menolak sokongan mereka tapi masalahnya mereka yg
taksub kpd OT95 TIDAK MENYOKONG PH terutama DSAI dan PKR kerana OT95 dan
pejuWANG sendiri menolak DSAI dan PKR. Oleh itu tiada kerjasama. OK.. Iktiraf
dulu masalah itu wujud.
5) Calon Bebas berlogo pokok rimbun yg sejak awal saya gelarkan
THE KETAPANG gagal meraih undi yg memberangsangkan meskipun dia disokong allout
oleh OT95, pejuWANG dan SEBAHAGIAN dari pimpinan PH. Utk makluman...DSAI tidak
kelihatan berkempen utk calon ini.
6) Dengan THE KETAPANG hanya berjaya meraih 2,115 undi
berbanding calon BN 13,060 di PRK Slim 2020 berbanding PRU 2018 calon BN meraih
undi kurang dari itu, ini mencerminkan bahawa Tahyul dan Dongeng KUNUNnya PH
memerlukan sokongan penyokong2 tegar OT95 sudah menjadi KHURAFAT..!! Kenapa?
7) Meskipun kita menjangkakan BN akan menang tapi hakikat yg
ditunjukkan oleh pengundi terhadap kempen OT95, pejuWANG dan SEBAHAGIAN PH
langsung TIDAK memberangsangkan. Ia menandakan rakyat tidak teruja pun dgn OT95
dan pejuWANG bila mana mereka bukan sekutu PH walau disokong oleh SEBAHAGIAN PH
sekalipun.
8) Meskipun diheboh2kan dlm Page penyokong OT95 dan di wall
anai2 PANtuk konon OT95 sgt Legend dan "lautan Warga DUN Slim" hadir
bagi memberi sokongan sebenarnya ia "PLASTIK" dan "PELESU".
Tidak semestinya mereka itu pengundi tempatan tapi mungkin bercampur bersama
pelancong pilihanraya dan mereka yg curiga serta ingin tahu.
9) "Post Mortem" mungkin akan mereka lakukan nanti
tapi hakikat bhwa PH "menyekutukan diri" dgn OT95 dan pejuWANG tanpa
memperkuatkan kesatuan gabungan itu adalah sgt berisiko. Jika benar lebih ramai
pengundi Cina dan India menyebelahi BN, ia sesuatu yg perlu dipandang serious
oleh DAP dan PKR. Anai2 PANtuk juga gagal menginsafi bahawa amaran Ahli2
Akademik dan Penganalisa Politik bhwa OT95 sudah kurg popular perlu diberikan
perhatian.
10) Sbb itu saya telah berkali2 menyatakan pandangan bahawa PKR,
Amanah dan DAP perlu memperkukuhkan Muafakat dlm PH TERLEBIH DAHULU. Hanya
selepas itu baru boleh berbincang dan memutuskan kerjasama dgn sesiapa shj yg
berminat bersekutu atau adakan "Electoral Pack" dgn PH termasuklah
OT95 dan pejuWANG bg menentang lawan yg sama iaitu M(B)N. PN saya anggap bakal
terkubur bila Bersatu semakin mengecil angkara pejuWANG.
11) Tindakan "Desperado" dan "Desperate" #K3 mahu
bekerjasama dgn OT95 dan pejuWANG TANPA memperkukuhkan PH terlebih dahulu sdg
memberi kesan negatif kpd Muafakat PH. Ditambah pula masih ada PENGKHIANAT yg
bermuka2 dalam PH. Lebih ironinya ada di antara mereka yg diberikan jawatan dan
PH akan menghadapi pengkhianatan dari dalam. Pembersihan perlu dilakukan.
12) Masih percaya OT95 punya ramai sokongan dan tanpa dia PH
akan kalah? Itu adalah KHURAFAT. Tanpa OT95, dengan usaha keras, bertawakkal pd
Allah, PH masih mampu menang dgn izinNYA jika setiap parti anggotanya
memberikan kerjasama dan bergerak sebagai satu unit.
Wallahualam.
- Zus Din
29 Ogos 2020