Projek pembanguan Perumahan DBKL telah di cadangkan sebelum PrU
2013. Di zaman YM Raja Nong Chik jadi Menteri Wilayah Persekutuan.
2. Pembangunan sama masa dengan cadangan pembangunan semula
Perumahan Awam Sri Melaka, Sri Johor, Ikan Emas dan Sri Pulau Pinang di
Parlimen Bdr Tun Razak.
3. Hari ini Menteri Tan Sri Anuar Musa mengumumkan secara rasmi
semua penduduk yang telah menerima tawaran membeli rumah PA Sri Labuan akan
berpindah kerumah baru di Razak Mas 2 secara percuma.
4. Ini di sebabkan kerana DBKL mengambil balik tanah Sri Labuan
yang dibangunkan sendiri oleh DBKL dan tidak cadangan asal, bekas kawasan
perumahan ini diberi pemaju sebagai timbal balas.
5. Beberapa masalah susulan yang lain, saperti kedudukan masa
depan penyewa yang tidak membeli. Dan generasi kedua yang hendak membeli. Akan
diatasi melalui perbincangan oleh satu jawatankuasa yang di Pengerusikan oleh
Datuk Rizalman Mokhtar selaku Ketua UMNO Bahagian.
6. Persoalannya kenapa Perumahan Sri Labuan berjaya dalam
pembangunan semula perumahan yang dibina hampir 40 tahun dahulu?
7. Pertama ialah tidak ada campur tangan politik. Di mana saya
selaku Ketua UMNO Cawangan tidak terlibat ke depan dalam jawatankuasa
pembangunannya. Tidak pernah hadir dalam perlbagai mesyuarat. Semua di serah
kepada
wakil Persatuan Penduduk untuk berbincang.
Kedua, saya meminta wakil penduduk jangan berbincang soal apa
rupa dan jumlah ruang meter persegi rumah hendak bangunkan.
Ketiga. Satelah dapat lukisan arkitek kaki meter perseginya baru
kita bahaskan dan bincang harga rumah.
Keempat. Saya tanamkan dalam minset penduduk. Jika anda
bersetuju membeli rumah ini dahulu soal pembiayaan bincang kemudiaan. Anda aka
punya aset bernilai 300 ribu sebelum duduk dan salepas duduk atau tinggal akan
berharga RM450 ribu.
8. Ini antara sebab kejayaan pembangunan Sri Labuan menjadi
kenyataan.
9. Berbeza di tempat perumahan lain gagal dan tidak berjaya
kerana campur tangan pemimpin politik dikawasan perumahan dalam perkara yang
bukan kaitan denganya. Sehingga pemaju lambat membuat keputusan.
Saya berterima kasih dengan semua pihak yang terlibat khasnya
Persatuan Penduduk. Ajk UMNO Cawangan Sri Labuan yang akur dengan pandangan
saya dalam isu Pembangunan ini selama lima tahun.
Selamat Hari Kebangsaan ke 63.
Sang Kelembai
August 30, 2020
Kuala Lumpur.