Gugur talak ke pemimpin Pas kerjasama dengan Umno?
Nyamuk Menggigit
Tulisan ambo ini mengambil kira apa yang didakwa oleh Datuk Takiyuddin bahawa usaha penyatuan Umno dan PAS telah beliau usahakan dari dari 2015 atas arahan Hj Hadi
Beberapa persoalan yang melibatkan hukum hakam yang melibatkan perkahwinan ingin ambo TANYAKAN….!
Dari tahun 2015,apakah bai’ah yang diucapkan oleh mereka yang bergelar ADUN atau MP dari PAS yang melafazkan bai’ah ketka itu termasuk Hj Hadi dan Taki telah gugur talaknya terhadap isteri-isteri mereka setelah pengakuan Takiyuddin bahawa Hj Hadi menyuruhnya menyatukan Umno dan PAS?
Dari tahun 2015,apakah bai’ah yang diucapkan oleh mereka yang bergelar ADUN atau MP dari PAS yang melafazkan bai’ah ketka itu termasuk Hj Hadi dan Taki telah gugur talaknya terhadap isteri-isteri mereka setelah pengakuan Takiyuddin bahawa Hj Hadi menyuruhnya menyatukan Umno dan PAS?
Ketika tugas itu dilaksanakan,apa kesan dari Bai’ah yang mereka ucapkan? Dengan kata mudah,Hj Hadi tahu PAS berusaha ke UMNO tetapi bai’ah tetap dibuat!
Tujuannya jelas kearah penyatuan UMNO dan PAS. Ambo penuh yakin bai’ah dibuat pada ketika itu kerana mengelakkan ADUN dan MP PAS ke Umno.
Sejarah bagaimana isu baiah PAS digunakan untuk memisahkan perkhawinan Datuk Husam Musa,YB Khalid Samad dan Dr Hatta telah riuh satu Malaysia dimainkan oleh PAS kononnya melanggar baiah. Walhal mereka tidak pun melompat untuk ke UMNO .
Bahkan apa yang mereka dakwakan kini terbukti adalah BETUL!
Sekadar keluar parti atas alasan PAS yang mereka sertai tidak lagi PAS yang seperti yang mereka matlamatkan dari awal penyertaan iaitu TIDAK BERSETONGKOL DENGAN UMNO.
SEWAKTU MEREKA KELUAR PAS TERBUKTI DARI PENGAKUAN TAKI ,PAS MEMANG DIUSHAKAN UNTUK BERSETONGKOL DENGAN UMNO…!
Kini alasan mereka meninggalkan PAS terbukti benar dan jelas PAS bersentongkol dengan UMNO sejak dari 2015 usaha dijalankan atas arahan Hj Hj Hadi (dakwaan Taki)
Bagaimana kedudukan perkhawinan Hj Hadi dan Taki serta yang ada dalam PAS berbaiah tetapi CENDERUNG kepada UMNO dengan berusaha menyatukan PAS dengan UMNO,apakah sama seperti pimpinan PAS sebut CENDERUNG sahaja kepada yang zalim tak bau syurga?
PAS baru batalkan bai’ah baru-baru ini ditahun 2020.PAS bersama UMNO dulu baru batalkan ba’ah,jadi tak gugurkah talaq mereka yang berba’ah sebelum itu?
Ambo mengambil pendekatan dan alasan yang sama….CENDERUNG kepada yang zalim