1)
Penyakit angkuh sombong ini telah berjangkit kepada sebahagian pimpinan Amanah dan DAP umpama COVID-19 di ketika ini. Bertahun sebelum PRU14
saya sering menulis tentang sikap Denial Syndrome PA$ dan Najib UMNO BN. Ia
juga pernah saya sebut dan tulis mengenainya ketika kekalahan moral UMNO BN di
PRU10 1999.
2)
Penulisan saya di era Reformasi dalam hal Denial Syndrome
memfokuskan sikap UMNO BN yang sentiasa menafikan kekuatan PKR, PA$ dan DAP dlm
BA sehinggakan lama kelamaan mereka kehilangan Pulau Pinang dan Selangor. Siapa
sangka? Begitu sekali gerakan Reformasi digagaskan oleh DSAI berjaya sedikit
demi sedikit merobek ego UMNO BN dan PM4 ketika itu?
3)
Ia tidak pernah termimpikan kerana dulu BN dianggap kebal.
Berterusan BN pernah hilang negeri-negeri seperti Kedah, Perak dan Terengganu. Penyakit
Denial Syndrome menyebabkan mereka memproses maklumat tidak tepat dan tindakan
mereka bukan yang terbaik sehingga akhirnya BN hilang undi majoriti kepada PR yang
mendapat lebih kurang 51.8% undi pada PRU13 tahun 2013. Tahun 2018 di PRU14
UMNO BN akhirnya tumbang.
4)
Itu pun mereka (UMNO BN) masih angkuh dan sombong. Masih dalam
Denial Syndrome. Mereka nafikan juga kekuatan Media Alternatif ketika era
1998-2004 dan membiarkan kami para netizen Pro PEMBANGKANG memenangi Perang
Siber di era Reformasi. Selain blog dan Laman-laman web pro Reformasi, antara
platform debat paling popular waktu itu ialah Forum Gerak Reformasi (FGR).
Sahabat-sahabat alam maya di situ adalah antara hero-hero yang tidak didendang dan
dilupakan sedangkan mereka lah perintis kepada penguasaan media atas talian bagi
BA, PR dan kemudiannya PH.
5)
Pentadbiran PM4 tersilap catur apabila terus berada dalam Denial
Syndrome dan cuba mempertikaikan Media Alternatif. Hanya apabila Pak Lah
mengambil alih jawatan PM, UMNO BN mengakui akan bahaya Media Alternatif
dikuasai pembangkang.
6)
Bermula dari situ seorang rakan sekolah saya yang merupakan salah
seorg Exco Pemuda UMNO ketika itu mula mencatur gerakan media maya bagi UMNO BN.
Bermulalah Perang Siber yang lebih sengit dan complex termasuk penggunaan pelbagai
platform Social Media (SocMed) yang mula popular di Malaysia.
7)
Saya menulis semula berkaitan Denial Syndrome bermula 2015
sehingga ke PRU14 kerana sikap PA$ yang terus menafikan kekuatan PH dan kemampuan
Amanah menggarap sokongan kerana secara bijak mengukuhkan Muafakat PH.
8)
Manakala UMNO BN pula ketika itu masih belum belajar dari
kesilapan lalu, masih turut berada dalam Denial Syndrome menafikan kekuatan PH
dengan penyertaan OT95 dan Bersatu. Bagi menjelaskan situasi ini tentang PA$ dan
UMNO saya pernah menulis dan menyebut "DENIAL SYNDROME" AKAN MEMBUNUH
SOKONGAN.
9)
Ternyata Najib dan UMNO BN tergamam menerima kekalahan pada 10 Mei
2018 yang setelah lama kita menunggu akhirnya beliau naik ke pentas dan akui
bahawa tiada pihak mendapat majoriti jelas (masih dlm DENIAL SYNDROME) maka
pihak BN akan memberi laluan bagi YDPA melantik PM seterusnya.
10)
Hari ini, selepas kekalahan calon Bebas THE KETAPANG yang disokong
OT95 dan pejuWANG, sebahagian pemimpin #K3 Amanah
(belum nampak komen DAP) DIJANGKITI penyakit "DENIAL SYNDROME".
Mereka masih tidak mahu mengakui bahawa OT95 sudah tidak relevan lagi dan
sokongan kepada beliau tidak lagi se "gah" sebelum PRU14.
11)
Para Ahli Akademik dan Penganalisis Politik telah beberapa kali
memberi amaran tentang masalah populariti OT95 ini. Ilham Centre mengingatkan
PH bahawa mereka perlu mengambilkira kemerosotan populariti Org Tua itu jika
mahu terus bersekutu dengannya. Hari ini Prof. Madya Dr. Kartini Aboo Talib dari
UKM turut beri komen mengenainya. UUM sudah, UTM sudah, UKM sudah beri
pandangan yang sama, tapi ada dlm PH yang masih "ignore" maklumat itu,
natijah dari DENIAL SYNDROME. Link berita :
12) Tak perlu saya sebutkan kajian dalaman PKR yang memberikan
nasihat kepada DSAI mengenai Approval Rating terhadap Abah Yiddin, OT95 dan DSAI
sendiri. Menjelang PRU15 nanti kita akan tahu. Diharapkan sewaktu itu Sdr
Rafizi Ramli dan INVOKE akan muncul semula dengan kajian-kajian yang lebih terkini dan
meyakinkan. Doakanlah.
13) Sekali lagi...saya ingin ingatkan kepada Anai-anai PANtuk dan #K3...bahawa
sesungguhnya DENIAL SYNDROME AKAN #MEMBUNUH_SOKONGAN...!!
Wallahualam.
- Zus Din
30 Ogos 2020