Kaunter sawit naik permainan pelabur saham?
Ipohmali
Nampak tak.. aku dah perasan kaunter FGV aktif dan ada volume minggu lepas.. Nampaknya ada orang nak main game lagi..Lepas kaunter berkaitan Getah seperti Top Glove, Super Max dan Kossan melonjak tinggi, Lepas ni depa nak main kaunter Plantations pulak..
Banker memang suka main game mcm ni..mcm aku sebut Semalam.. bagaimana sejarahnya Tabung Haji Rugi kerana memegang saham FGV pada harga yang tinggi dari penyeneraian..jadi sapa buat untung sebenarnya.. ?
Bila harga komoditi dalam kontrak bulan september pada nilaian RM 2600/tan.. ia tak lah sebenarnya menjadi faktor lonjakan Saham.. awal januari,zaman PH harga Sawit Rm 3000/tan mengikut ukuran MPOB..
Depa dok cuba main saham berkaitan getah dan Sawit.. tapi Nasib penoreh dikampung.. dan nasib peneroka Felda tetap sama..depa tak dapat manfaat apapun..Inilah mainan taikun dan Kapitalis..
jadi apa yg depa cuba buat.. Buat mcm ia satu berita baik.. seolah olah Insider trading untuk buat duit.. memang Bijak..Pelabur runcit memang boleh ambil peluang.. tapi Jangan lepas ni Pengurus Dana tempatan mcm KWSP dan PNB kena bull trap mcm nasib Tabung haji sudah lah..Penganalisis sudah bagi amaran untuk suku ke 3 tahun ini saham akan kembali kepada nilai dan asas sebenar..