Ebit Liew Mart berniaga tanpa BMF?
Ipohmali
Semalam ramai sahabat yang share photo majlis perasmian Mart milik Ebit Liew.. Tengok gambar pakat beratur panjang bani melayu..makcik pakcik tengah panas.. baguslah, Moga maju jaya..
Antara produk yang dipopularkan dalam gambar adalah produk Nestle dan Unilever.. Maggie,Kit Kat, Nescafe dan Conneto.. ya bukan produk BMF, suatu masa dulu pernah dikempenkan bani melayu dan pejuang Islam sebagai produk Yahudi dan kaitannya dengan Israel.. Malang, kali ini pakat beratur bani Melayu hanya kerana murah sekupang dua..
Biarpun dalam banyak perkara ada yang aku setuju dengan Ebit Liew.. tapi dalam penubuhan Mart ini aku sokong Fikrah dia.. Kefahaman dia dalam Perniagaan betul.. Bila dia buka Mart atau Perniagaan..fokus dia bukan BMF, produk melayu atau Cina..tetapi adalah halal.. Inilah Kefahaman yang betul dalam Perniagaan.. inilah prinsip Islam..
Sedangkan cara kempen BMF dulu memburukkan produk yang pemiliknya bukan Islam walaupun halal..Itulah sebenarnya cara berfikir yang salah.. Bukan salah nak tolong Melayu..tapi cara kempen kebencian itu salah..
Sebelum ini banyak kali aku tegur kefahaman tentang produk Muslim, BMF mesti dari syarikat dan produk melayu muslim itu salah..
Tu sebab banyak perniagaan bani melayu lingkup..Sebab ramai yang Sokong BMF dengan cara Befikir tok Mufti dari Utara.. bayangkan Tok Mufti pernah ajak tukar produk Milo walaupun Milo itu halal.. Punya teruk cara dia Berfikir.. Tapi selalu berlagak pandai dalam segala hal..
Apapun tahniah Ebit Liew kerana mengajar kebanyakan Bani Melayu cara berfikir dan Berniaga dengan Betul.. Dan membetulkan salah faham cara berfikir Mufti Utara dan pentaksub kempen BMF..
Bayangkan kalau rangkaian Mart Ebit Liew tu berjaya.. Ia secara tak langsung membuka peluang kepada produk keluaran Muslim, Atau orang melayu tanpa perlu Memboikot produk milik bukan Islam.. Maknanya cara berfikir Ebit Liew berniaga jauh lebih tepat dari Mufti Utara.. mungkin sebab latar belakang dia dari bangsa Cina..
Cuma Satu lagi..Yang ni aku tak setuju..Ubah lah gaya berkempen cara Kapitalis yang banyak Membodohkan Ummat melayu.. Begitu juga cara berfikir ramai bani Melayu.. Dari beratur beli promosi Tudung..Dari beratur beli air Boba.. sampailah semalam beratur nak pergi Mart sebab nak berebut beli barang murah sekupang dua.. takda manfaat..
Kalau boleh peniaga Muslim tak payah tiru cara kempen mcm tu..Nak cari populariti pun buat cara lain.. Tu bukan cara Islam….Sebab propa macam ni lah ramai Melayu tak bertahan lama..tak kira jual tudung atau apapun..
Semoga dengan kewujudan Elewmart ni, Ebit Liew dapat manfaatkan program kebajikan dia dari keuntungan sebagaimana Tokoh tokoh hebat diluar sana… ini cara yang betul..tak perlu lagi letak no akaun kat bawah setiap kali buat rancangan bersama mu.