Siapa komunis, siapa Yahudi sudah terdedah
Ipohmali
Dalam pendedahan dan keterangan dalam Mahkamah Israel baru baru ini Mahkamah Israel didedahkan, Datuk Seri Najib Razak telah menggunakan syarikat pembekal teknologi dari Israel untuk membuat intipan dan analisa terhadap sikap orang awam menjelang pilihan raya umum ke 14 yang lalu..
Menurut laman web Calcalistech. laporannya kelmarin , kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah membelanjakan $1.5 milion (RM6.5 juta) untuk membolehkan pasukan penyelidikan Malaysia menggunakan sistem intipan dan analisis Israel itu
Dan Ds Najib sendiri tak menafikan..Tiba tiba menyalahkan Kerajaan PH kononnya turut menggunakan perkhidmatan yg sama.. Sudah pasti kontrak itu untuk beberapa tahun sebab perjanjian itu dimetrai betul2 2 sebulan sebelum PRU 14..
Kalau sapa ikuti rentetan hubungan dan kaitan dengan Syarikat Israel ini bukan lah baru.. sebelum ini pemimpin Pakatan, hatta pemimpin PAS sendiri pernah mendedahkan kaitan APCO Worldwide yang dibayar berpuluh juta sebagai Perunding..
Ketika itu juga , Pemimpin Pakatan rakyat, Pemimpin PAS sendiri mengaitkan Syarikat Subkontraktor Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) berpengkalan di Israel.. Juga ada kaitannya dengan APCO..
Biarpun masa itu Kerajaan BN dan UMNO menafikan kononnya Robert M. Shrum, seorang warga negara Amerika Syarikat yang merupakan pakar strategi dan perunding dalam banyak kempen politik di pelbagai peringkat termasuk sebagai penasihat kanan pada 1999 dalam kempen Perdana Menteri Israel Ehud Barak.
Samaada ianya dirancang atau satu kebetulan.. Slogan Pilihanraya, Slogan Kerajaan Israel dengan One Israel sama dengan One 1 Malaysia.. Bukan saja kebetulan slogan One Israel dan 1 Malaysia tu sama, dalam sejarah Politik Israel ada Perdana Menteri mereka didakwa rasuah ,
kebetulan pula dengan seorang PM negara Islam juga didakwa rasuah oleh mahkamah negaranya.. Bukan takat Kes mereka hampir sama.. Muka pun nak dekat sama… Mungkin nya semua itu kebetulan.. Urusniaga itu menjadi dokumen Mahkamah..Bukan cakap cakap kosong di Media dan Blog hantu..
Apapun.. Pemimpin Pakatan jauh lebih bertanggung jawab.. Tidak mainkan sentimen kaum dan Agama menuduh pentadbiran UMNO dan Najib dengan Israel sebagaimana depa tuduh DAP dan Ds Anwar kaitannya denagn israel..
Pelik kan.. DAP yang dituduh sebagai agen komunis, Depa takda hubungan rasmi dengan parti Komunis China, Sedangkan UMNO dan BN ada hubungan rasmi antara dua parti, mereka pernah adakan sidang dan perjumpaan bersama…
Begitu juga Israel.. Mana mana Pemimpin DAP tak pernah anugerahkan Projek kepada mana mana Syarikat israel apalagi melibatkan badan keselamatan negara.. Perunding parti.. tapi depa yang dituduh agen Israel dan Agen Komunis China..
Tapi itulah Jahatnya Parti Perkauman…Kelompok Ashabiyah PAS dan UMNO..lebih teruk pemimpin itu datang dari PAS..sebab sebelum ini depa lah yg tuduh dan kaitkan APCO dan Syarikat Israel dengan UMNO.. dan akhirnya mereka pulak jadi dalang dan alat UMNO dan BN..
Ini bermakna perunding Israel itu cukup berkesan. Sebab UMNO berjaya mampu Perkudakan kelompok Khawarij dan takfiri seperti PAS, sebagaimana Israel menunggang Kelompok Jihadist Takfiri seperti ISIS dan Al Qaeda menghancurkan Kebangkitan dan Negara Negara Islam…
Bagaimana Negara Negara Islam ini hancur ? Sama seperti Khilafah Islam terkahir Saidina Ali dijatuhkan.. Melalui Slogan slogan Agama, daulah Islam yang kelompok Kahwarij.. Jadi slogan slogan yg sama Digunakan Sebagai negara Khalifah, Islamic State dan Hudud adalah senjata Ampuh kelompok ini..
Itu Sebabnya Nbai peringatkan berulang Kali.. Setiap Kali kamu jumpa Kelompok Khawarij (Takfiri dan Ashabiyah) ini.. Perangilah mereka..Sebab kelompok ini Nabi lebih takutkan berbanding Dajjal..