Selagi Tun M ada, Muhyiddin susah menang?
Abdullah Hukum
Persoalan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersediakah Bersatu freksyen Tan Sri untuk menghadapi PRU15 yang sedang didesak secara bertubi-tubi oleh UMNO-BN?
YB Dr Maszlee sudah tulis dua tiga artikel mendedahkan macam mana Bersatu bakal jahanam sekiranya PRU-15 diadakan dalam masa terdekat. Soal pembahagian kerusi, soal idealisme parti, dan soal kesepakatan PN yang masih lagi goyah dan rapuh, semuanya data kukuh yang akan membawa Bersatu ke jalan yang mati, seperti Semangat 46 suatu ketika dahulu.
Dan UMNO-BN tak pernah peduli, apa lagi bergantung dengan PN. Mereka cukup dana. Tambah-tambah pula seorang MP yang pegang jawatan Pengerusi GLC banyak-banyak tu sumbang pula seorang sikit, makin kukuhlah dana UMNO lagi.
Buktinya ini. Zahid Hamidi sudah bagi ‘hint’ kepada semua penyokong UMNO dan rakyat Malaysia, bersedialah untuk PRU-15.
Kenapa beliau tak jemput sekali TSMY? Sebab UMNO tak hingin bertanding di bawah syiar PN, UMNO takkan senang-senang kongsi harta dengan Bersatu. Bersatu ialah musuh paling utama UMNO kerana Bersatulah yang telah menyebabkan undi Melayu kepada UMNO berpecah.
Baru-baru ini juga ada khabar angin, PAS menawarkan sokongan kepada Tun M dengan syarat Amanah diketepikan di dalam PH. Tapi tak ada persetujuan.
Maksudnya apa? PAS pun tahu, UMNO bukan sekutu yang baik. Ingat pesan TGNA dulu. Ingat track record UMNO kepada PAS di Kelantan. Silap hari bulan, PAS juga ditelan mentah-mentah oleh UMNO. Kalau ikut formula pembahagian kerusi, banyak gila kerusi hangat PAS juga merupakan kerusi hangat UMNO. Itu pun dah payah nak berkongsi.
Buktinya? Jelas, Zahid Hamidi tak jemput Haji Hadi pun nak bincang pasal PRU-15 ni.
Melalui ciapan Zahid Hamidi ini juga kita dapat hidu, telur PN benar-benar di hujung tanduk. Harus kita ingat semasa persidangan Dewan Rakyat hari tu, PN cuma ada 114.
Seorang MP kata tersalah duduk di barisan Kerajaan. Jadi 113. Baru Bian pula khabarnya tak menyokong pun PN dan cuma duduk di kerusi Bebas. Jadi 112.
YB Shahruddin Salleh pula umum sanggup letak jawatan Timbalan Menteri dan menyokong freksyen Tun M, jadi 111 dan sekaligus dah tak ada majoriti mudah.
Ini semua belum lagi kita sahkan dengan jumlah 129 setelah sokongan GPS kepada PH. Belum lagi dengan ura-ura ada yang akan melompat ‘last minute’.
Sekarang yang tinggal hanyalah Tun M diperkenan menghadap Istana bagi membuktikan jumlah ini.
Sekiranya hal ini tidak berlaku pun, persidangan Dewan Rakyat Julai masih ada untuk usul undi tidak percaya dibuat.
Sekiranya Kerajaan menunda persidangan Dewan Rakyat yang Julai, sehingga sampai bila-bila pun Kerajaan PN tak boleh tunda usul Belanjawan 2021 yang perlu dibentang untuk membiayai negara tahun hadapan. Ia mesti dibentang tahun ini juga.
PN tak boleh lari dari situasi yang mengerikan ini. Sekiranya Belanjawan tidak lulus kerana simple majoritiy tak ada, krisis perlembagaan akan berlaku dan negara tak boleh ditadbir lagi. PM perlu menghadap Agong segera untuk advise pembubaran Parlimen namun Agong perlu mengambil kira andai pembangkang cukup majority untuk bentuk Kerajaan.
Jadi kesimpulannya, Bersatu freksyen TSMY akan menghadapi dua jalan mati:
Sekiranya PRU-15 didesak oleh UMNO-BN, Bersatu is a dead end.
Sekiranya Kerajaan tidak bertukar dan TSMY main kotor dengan menunda Dewan Rakyat, sampai Belanjawan 2021 yang mesti dibentang, Bersatu also is a dead end.
Dan musuh yang paling menghantui hari-hari PN terutama TSMY bukan lagi PH, tetapi Tun M. Selagi mana Tun M hidup, selagi itulah beliau akan berjuang untuk mengembalikan Bersatu kepada asbab penubuhannya.
Dan kita semua harus ingat, Tun M ialah sejenis manusia yang tak pernah kalah dan tak mahu kalah.