PAKAR "ZOOLOGIST" KATA KEMENANGAN PH MACAM DURIAN MENTAH

Kemenangan PH umpama durian mentah, kera pun tak mahu makan, kata Hadi
"Beginilah nasib negara ketika PRU-14 dan pascanya sehingga negara terpaksa diselamatkan kerana mentahnya kemenangan yang tidak berkesudahan dengan krisis yang berlaku dan menyusahkan rakyat," kata Hadi.

Kemenangan PH umpama durian mentah, kera pun tak mahu makan, kata Hadi


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu tidak matang umpama durian gugur yang mentah hatta ditolak oleh tupai dan kera.
Hadi berkata demikian ketika memberikan buah fikiran beliau melalui ‘Minda Presiden’ yang mengulas kegagalan PH mempertahankan kemenangan pilihan raya tersebut.
“Walaupun rakyat tertipu dengan media upahan yang beroperasi tanpa batas sempadan yang disalah gunakan keramatnya, demi mencapai kemenangan di atas pentas demokrasi, sehingga kemenangan itu rapuh dan mentah.
“laksana mengait buah durian kerana tidak sabar menunggu sehingga masak dan matang, maka gugurlah dalam keadaan mentah yang ditolak oleh tupai dan kera, apatah lagi manusia.
Sebelum ini Hadi mengingatkan ahli Pas agar jangan menjadi kera.
“Malangnya mereka berkelahi untuk membuka buah yang gugur itu dan memarahi orang lain kerana buahnya yang masih mentah.
“Beginilah nasib negara ketika PRU-14 dan pascanya sehingga negara terpaksa diselamatkan kerana mentahnya kemenangan yang tidak berkesudahan dengan krisis yang berlaku dan menyusahkan rakyat,” kata beliau dalam tulisan itu.
Menurut Hadi, negara terpaksa diselamatkan dengan diambil alih oleh Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini disebut beliau sebagai ‘secara menebuk atap’.
“Beginilah nasib negara ketika PRU-14 dan pascanya sehingga negara terpaksa diselamatkan kerana mentahnya kemenangan yang tidak berkesudahan dengan krisis yang berlaku dan menyusahkan rakyat.
“Langkah menyelamatkan negara yang diambil dengan cara yang baik telah bertambah berat tanggungjawabnya akibat wabak Covid-19 yang menimpa seluruh dunia.
“Jadilah kita semua laksana dalam satu bahtera, kalau terus dibiarkan akan tenggelam, termasuk mereka yang tidak bersetuju disegerakan. Jika ditangguhkan langkah menyelamatkan negara kerana mengikut kemahuan demokrasi yang bernafsu itu, Allah SWT sahaja yang mengetahui apa akan terjadi.
“Kini seluruh dunia dalam keadaan darurat wabak Covid-19. Setiap negara melihat menjaga nyawa manusia dalam menghadapi bahaya wabak Covid-19 hendaklah diutamakan daripada segala perkara yang lain,” kata Hadi.
Dalam tulisan itu, beliau menyindirkan bekas rakan-rakannya yang kini menyertai AMANAH dengan berkata “Allah SWT mengurniakan rahmat dalam perkara yang menjadi rukun Islam seperti ibadat solat, haji dan puasa Ramadhan yang boleh untuk ditangguh jika ada sebarang keuzuran.
“Namun manusia tidak boleh bertangguh melaksanakan perintah rukun-rukun Islam disebabkan nafsu serakah yang berkehendak, sekalipun lidahnya menyebutkan konsep Rahmatan Lil ‘Aalamin.
“Khususnya apabila manusia itu bersifat rakus kepada kuasa sehingga melampaui batas kemanusiaan dan hukum nafsunya tidak mahu diubah,” kata beliau.