Hancur GLC bukan profesional urus
Via WhatsApp
Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC atau Govt Owned/Linked Company lebih kurang 100 syarikat dibawah MKD (Menteri Kewangan Diperbadankan) yg mana Menteri Kewangan memiliki melebihi 51%saham syarikat berkenaan.
Di zaman BN memerintah, majoriti Pengerusi dan beberapa Ahli Lembaga Pengarah GLC adalah ahli-ahli politik dari parti yang memerintah, yang tidak mendapat jawatan jadi Menteri atau Tim. Menteri. Apabila ahli politik menguasai GLC sudah tentu GLC tersebut akan dipolitikan termasuk aset-aset dan kakitangan nya.
Antaranya seperti berikut:
1. Apabila ada PRU atau PRK aset-aset dan kakitangan GLC akan dipergunakan dan dikerah untuk berkempen kepada parti yang memerintah.
2. Berapa kosnya semua akan ditanggong oleh GLC sepenuhnya. Elaun-elaun, hotel, kos perjalanan, buka booths, entah berapa ribu habis macam tu jea.
3. Melihat apa-apa geran kerajaan yang terdapat dalam GLC yang boleh dipergunakan untuk diri sendiri, adik beradik, sedara mara, kawan-kawan, kroni-kroni politik. Usahawan yang betul-betul memerlukan geran tak dapat, nak dapat kena ada sesuatu imbuhan dulu.
4. Anak sendiri, anak sedara, anak BOD, anak kawan-kawan politik, anak-anak kroni, akan mengisi jawatan kosong di GLC. Walaupun anak-anak tu tak ada kelulusan dan bodoh macam lembu boleh mendapat jawatan dlm GLC.
5. Lawatan ke luar negara dilakukan dan diatur atas dasar kononya nak BELAJAR teknologi baru. Hanya 30% masa lawatan tu nak belajar. Selebih nya 70% melawat tempat-tempat lain, ada yang lebih teruk lagi cari BETINA di luar negara.
6. Berapa kosnya jangan tanya, boleh beli sebijik rumah banglow mewah. Kos tiket kena ambil 1st Class atau Business Class, hotel luar negara mesti bertaraf 5 bintang, kos entrouge, kos transportation, elaun makan luar negara dan lain-lain lagi.
7. Bila buat program politik atau jamuan Hari Raya, sudah tentu dana GLC akan dipergunakan, program hendak lah dilakukan di kawasan politik Pengerusi sendiri. Walaupun jamuan hari raya lebih bersifat perbelanjaan peribadi bukan politik. Di mana mahu korek duit, kalau bukan duit GLC?
8. Berapa kos atau dana GLC hangus, jangan ditanya, kebajikan kakitangan GLC hancus. Ada dikalangan gaji kakitangan masih dibawah B40.
9. Ada yang lebih teruk dari itu, anak-anak dan bini-bini Pengerusi GLC juga mengambil kesempatan menggunakan driver pejabat untuk urusan persendirian. Driver pejabat digunakan untuk bini-bini shopping ke pasar, hantar anak sekolah dan urusan peribadi yang lain. Semua itu dibiayai oleh GLC sendiri.
10. Terlampau banyak penyalahgunaan kuasa dan dana oleh orang-orang politik dari parti yang memerintah ke atas GLC. Orang kampong dan pengundi-pengundi kampong tak tahu semua ini..
Apabila BN kalah PRU 14, Tun Mahathir telah membuang semua sampah-sampah ahli-ahli politik dalam GLC, dengan menggantikan orang koporate yang lebih telus dan tahu tentang tadbir urus koperate. Ini untuk menjamin tiada berlaku penyalah guna kuasa dan dana GLC sepert dulu.
Apabila Mahyuddin berkuasa ia mengembalikan sitiuasi dan suasana GLC seperti zaman BN berkuasa. Melantik kembali ahli-ahli politik jadi Pengerusi menerajui GLC, tunggu lah saat-saat kehancurannya.