Tik Tok taraf pemikiran menteri PN?
Sebelum ini Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pernah mengadakan satu pertandingan karangan cerita-cerita Pendek atau kontot (certot).
Bertalu-talu beliau dihentam, dikritik, di ‘troll’ dan pelbagai lagi tohmahan yang beliau terima. Sedangkan itulah satu usaha untuk menjana daya fikir masyarakat ke arah minat membaca dan menulis.
Certot menurut beliau ;
“tidak membawa sebarang konotasi tidak baik. Penggunaan akronim ini juga tidak menjadi kesalahan. Akronim ini saya ambil hasil bacaan saya melalui karya-karya sasterawan, khususnya Othman Puteh dalam bukunya Teori Penulisan Kreatif”
Secara tidak langsung, Yb Maszlee Malik ketika itu berusaha menggalakkan rakyat Malaysia agar membaca dengan #malaysiamembaca dan seterusnya menzahirkan dalam bentuk tulisan pendek.
Inilah usaha yang sangat baik bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai daya fikir yang tinggi demi meningkatkan tahap kematangan dan kemajuan sesuatu masyarakat dan negara.
Terkejutnya kita semalam, Tik tok dijadikan bahan mempromosi suatu aktiviti semasa musim PKP dengan menggunakan aplikasi Tik Tok.
Sebelum ini Menteri Hal Ehwal Agama telah mengeluarkan kenyataan fatwanya di dalam Al Irsyad mengenai aplikasi Tik Tok. Dalam kenyataan itu jelas lagi nyata, aplikasi Tik Tok ini membuka lebih banyak pintu keburukan.
Ini linknya
https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4380-irsyad-al-fatwa-siri-ke-472-hukum-bermain-tiktok?fbclid=IwAR1P_rBCaeCu5E3PTjnrGIlGAd49ryz1-rp0khse1-Rm5MTuB7mwEQj2P-A
Bagus ke tak bagus tik tok ini hingga dipilih sebagai aktiviti mengisi masa lapang ?
1. TikTok pernah disaman.
Kerana didakwa melanggar Children’s Online Privacy Protection Act (COPPA) di Amerika Syarikat pada tahun lalu.
Kerana didakwa melanggar Children’s Online Privacy Protection Act (COPPA) di Amerika Syarikat pada tahun lalu.
2. Pada awal tahun ini, TikTok diharamkan dari dimuat turun dan digunakan oleh tentera AS. Beberapa pemimpin dan ahli politik di AS kemudian menggesa agar aplikasi ini diharamkan terus dari pasaran AS kerana ia mengundang masalah data privasi. India juga pernah mengharamkan aplikasi ini.
3.Pada tahun lalu, media BuzzFeed membuat tinjauan dan melaporkan bahawa TikTok menjadi ’lubuk’ kepada pemangsa mencari perempuan bawah umur dan mengambil kesempatan ke atas mereka.
4. Forbes juga melaporkan bahawa aplikasi ini telah dipenuhi dengan kandungan lucah membabitkan remaja perempuan dan memberi amaran kepada ibu bapa agar memantau anak-anak mereka yang memuat turun aplikasi ini.
Secara tak langsung aplikasi Tik tok mendedahkan anak-anak kita dengan pemangsa Pedofilia di luar sana atau mana-mana pemangsa yang ingin mencari mangsa untuk diambil kesempatan.
Apakah kita sebagai ibu ayah, guru dan masyarakat ingin terus membenarkan anak-anak terkinja-kinja, menggedik, berjoget dan menjadi tatapan ramai ?
Virus Tik tok sebenarnya bukan berjangkit kalangan mahasiswa dan belia sahaja. Sebenarnya dikalangan murid pra sekolah juga telah serius. Apakah corak sebegini ingin kita terapkan ?
Bahana ini semakin serius. Bukan main-main lagi. Semua pihak dari ibu ayah sampailah pihal berwajib perlu ambil perhatian.
Banyak lagi aktiviti yang boleh dibina bagi mengisi ruang masa mahasiswa dan belia Malaysia. Masa depan Malaysia terletak di tangan Belia dan Mahasiswa hari ini.
Selain tik tok apakah yang boleh kita sediakan untuk mahasiswa dan belia?
1. Bantu, sedia dan ajar belia dan mahasiswa bagaimana ingin dirikan platform menjana kewangan secara talian. Tak kisahlah jualan online ke, youtuber ke, janji dapat jana kewangan dan cara berfikir yang kreatif
2. Buat kelas atas talian percuma bagaimana nak dapat atau menjana kewangan atau apa apa kemahiran.
3. Buat satu pertandingan selepas kursus itu, siapa yang dapat keuntungan atau kemajuan setelah mengikuti sesuatu kursus atau bengkel.
4. Bantu atau tolong mahasiswa sediakan platform e-pembelajaran dan membantu budak sekolah rendah. Cuba pertandingkan. Mahasiswa kita ramai yang kreatif. Paling kurang dapat membantu para guru dan ibu bapa
Saya bukan orang yang penting atau angkat menteri. Walaupun ada cita-cita nak jadi menteri. Hehe. Namun saya lihat, masa PKP inilah yang paling tepat untuk melahirkan generasi yang hebat.
Namun jika Tik Tok dan seangkatannya menjadi pilihan, apakah mungkin agaknya masa depan Malaysia ini akan terbentuk.
Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah melalui Jibril kepada Rasulullah ialah
‘Iqra’ ‘ (Bacalah). Dengan membaca generasi Malaysia akan terus maju kehadapan.
‘Iqra’ ‘ (Bacalah). Dengan membaca generasi Malaysia akan terus maju kehadapan.
Antara Certot dan Tik Tok, apakah pilihan kita untuk generasi Malaysia ?
Mohd Fadhli bin Othman
#anekdotgurusekolahrendah
#anekdotgurusekolahrendah