Mohd Nizam
Mari kita tonton perangai lebai. Sejak dulu kononnya perjuangkan tidak mahu orang politik kuasai GLC, upah politik katanya. Tapi.....bila dia dok dlm kerajaan pintu belakang skrg, jawatan apa yg dia tolak? Kalau ada tukang cuci tandas pejabat menteri pun lebai akan letak puak-puak dia.
Menurut Takiyuddin Hassan semua MP kerajaan akan dilantik menjadi pengerusi GLC. Ertinya semua 113 orang MP yang mendokong kerajaan PN mendapat habuan berupakan jawatan menteri, timbalan menteri, duta khas dan pengerusi GLC.
Dulu kalau lantik MP dari PH ke GLC depa kata tak layak sebab orang politik walau pun MP dari PH ramai di kalangan profesional.
So..dulu PH bagi keutamaan kepada profesional ketuai GLC. Mai tang PN-UMPA$ depa bagi semua MP sebab dikira layak, layak untuk faraid ghanimah pada MP depa. Cara ni depa sentiasa ada duit nak sumbang untuk program parti dan masyarakat.
Lantikan Politik Dalam GLC: Ketelusan Malaysia Baru Versi PH … Berbohong, Mungkir Janji
Hebat. Inilah kerajaan yang prihatin kepada nasib MP, tidak pernah berlaku pada kerajaan sebelum ini baik zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Hussein Onn, Mahathir, Abdullah Badawi ataupun Najib Razak, dimana semua MP diberikan jawatan GLC selepas mereka kehabisan kouta jawatan menteri, timbalan menteridan duta khas.
Jelas pembahagian atau pelantikan MP itu menggambarkan kerajaan PN kini khasnya Muhyiddin terdesak untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Demikianlah kalau sesuatu jawatan itu diambil dengan cara mencuri, maka ia perlu dijaga serapi mungkin, seperti mana pencuri menyembunyikan bahan curi daripada polis.
Hidup pencuri senantiasa diburu dan tidak selamat. Apakah polis (rakyat) tidak menyedari apa yang berlaku? Apapun didoakan semoga kerajaan Muhyiddin dan dengan caranya itu diselamatkan Allah. Jangan hendaknya kerajaan PN jadi kerajaan lebih pendek daripada kerajaan PH.
Ini pengajaran pada PH. JIKA menang PRU15 nanti, lantik semua MP dan penyokong-penyokong yang profesional ke GLC. Jangan dok sembang deraih bab telus, integriti, akauntabiliti kepala bapak bagai...
Sebab itu hanya alasan yang membuatkan akar umbi PH jadi lemah dan tak berkemampuan dari segi ekonomi untuk bantu PH semula. Malah tak mampu nak bantu rakyat yg susah, sehingga yang kecik-kecik pun terpaksa mengemis bantuan kerajaan untuk rakyat. PH tengok apa yang PN-UMPA$ ni buat. Jangan buat pekak dan buta..!! -