BENARKAH KATA MAHATHIR ORANG TAK TERIMA ANWAR?




Kami tahu siapa yang menentang dan tak boleh terima rancangan utk menjadikan kamu sebagai PM sebelum PRU 14 yg mana kamu cakap kononnya mereka ini yg didalam PKR tidak boleh terima DSAI menjadi TPM,bagaimana jika dilantik anwar sebagai TPM kepada kamu PH tidak akan menang keranan Azmin tidak sokong jika kamu pon dia tidak menyokong sebagai calon PM?.




KALAU MEREKA TIDAK BOLEH TERIMA ANWAR SEBAGAI TIMBALAN PERDANA METERI,BAGAIMANA BOLEH KAMU SENDIRI SETUJU DIA BAKAL PERDANA MENTERI DAN KAMU SENDIRI AKAN MENYERAHKA KUASA ITU KEPADANYA yang mana perjanjian itu melibatkan parti kamu keseluruhannya?

Jika kenyataan tidak menyokong Anwar sebagai TPM itu dibuat oleh Azmin Ali selepas kamu menang PRU dan ketika kamu menjadi PM,sepatutnya kamu boleh menilai harga dirinya dan kini terbukti kamu SILAP jika benar kamu mengikuti nasihat dia. jika Azmin tidak bersetuju Anwar jadi TPM dan seterusnya menjadi PM dan kamu terima penolakan Azmin itu kerana risaukan sokongan dari MP PKR, hanya 9 orang yang mengikutinya untuk menubuhkan kerajaan tebuk atap. Orang yang bawa malapetaka kepada PH adalah dari parti kamu sendiri.
 PAS dari dulu tidak boleh terima kamu,kamu juga tidak boleh terima PAS dari dulu lagi. jadi atas sebab apa hendak diikutkan pandangan PAS berkenaan Anwar?

Kamu yang mencipta masalah sendiri dengan keegoan dan keangkuhan kamu hingga terhasil desakkan dari "orang orang" Anwar. Kami hanya mahu kamu nyatakan TARIKH penyerahan kuasa,itu sahaja. Itu pun selepas apa yang kami lihat kami kenyataan kamu mula berputar putar dan berbelit belit atas PERJANJIAN yang kamu sendiri setujui.

Akhirnya,kamu sendiri yang dikhianati dan di game oleh orang yang tidak mahu DSAI menjadi TPM kini mereka yang menyebabkan kabinet dan kerajaan yang kamu menjadi PM runtuang orang kepercayaan kamu baik didalam parti kamu dan mereka "pembodek" yang sanggup jadi menteri pengiring kepada kamu.

Kamu terima MP bekas UMNO yang akhirnya kini mereka ini lari dari kamu dan memusnahkan usaha kamu sebelum ini. Kamu terima nasihat dari ahli parti lain yg menentang presidennya sendiri hanya untuk kamu kekal menjadi perdana menteri. 
Kamu seronok dengan kenyataan "tidak menyokong pintu belakang" dan memberi kepercayaan sepenuhnya dengan andaian kenyataan itu ikhlas,akhirnya siapa yang masih berada didalam PH dan setia kepada perjuangan ini?

Kamu PM dan selepas kerajaan kamu dijatuhkan,yang naik menjadi PM adalah orang dari parti kamu. siapa pembawa bencana sebenarnya?perancangan atau strategi siapa yang salah?

Kamu membuat andaian Anwar tidak diterima oleh orang Melayu,berapa banyak kerusi yang UMNO tewas dalam PRU lepas,dan berapa banyak juga kerusi calon kamu tewas?. hentikan membuat andaian dan persepsi,terima kenyataan.

Apa yang tinggal pada kamu sekarang?hanya sebilangan kecil dari parti kamu yang masih mendokong kamu dengan kedudukkan kamu sebagai negarawan.