Kredit: Ustaz Zola
Ketua Pemuda MCA seorang kafirah secara terang-terang telah mengkritik seorang Timbalan Menteri Muslimah daripada parti Islam. [Khabarnya kiriman itu sudah dipadam].
Saya bukan nak laga-lagakan antara kafirah dengan Muslimah sebab semenjak sekian lama pendekatan dakwah saya ialah berbaik-baik tanpa mengira agama. Cuma saya sekadar nak bagi balik paku buah keras saja.
Kritikan itu bukan biasa-biasa, tapi mempersoalkan kelayakan Muslimah berkenaan untuk berada di jawatannya sekarang. Begini saya nak kata:
1. Saya tak dapat bayangkan jika kritikan ini datang daripada DAP. Kalimah popularnya ialah, Tengok DAP hina Islam dan orang Islam.
2. Sukar untuk dibayang jika kejadian ini berlaku ketika PH memerintah. Ungkapan popularnya ialah, Tengok Islam semakin terancam di bawah PH.
3. Jika Menteri Agama ketika ini adalah Mujahid, saya tak boleh nak gambarkan cemuhan yang dia bakal terima. Tentu dia akan dikata, Apa Menteri Agama buat? Kafir hina Islam pun diam saja?
4. Jika Amanah masih dalam kerajaan, saya sukar gambarkan tuduhan kepada kami. Tuduhan popularnya ialah, Inilah Amanah sebuah parti sekular liberal membiarkan orang bukan Islam naik tocang.
5. Jika PAS masih pembangkang, saya tak boleh fikir macam mana mereka akan hentam kerajaan. Tentu PAS akan kata, Inilah perjuangan kami. Memartabatkan Islam, membela Islam dalam sebuah negara yang diperintah oleh sebuah kerajaan yang tidak membela Islam.
6. Kata parti itu lagi, tunggu, kita beri amaran kepada penghina Islam dan orang Islam, jangan cabar kami…! Jangan cabar Islam…! Kami rela mati daripada melihat Islam dan orang Islam dihina.
8. Ya, sekarang bagaimana? Seorang kafirah mempersoalkan kelayakan seorang Muslimah, Islam tak dihina? Islam tak terancam? Bila nak bela Islam? Tak mahu mati syahid?
9. Bak kata Pak Pandir, Andeh, di tengah jalan tadi aku dengar kambing kata nasi yang kamu masak lembik… lembik…! Betulkah begitu Andeh?