Apa faedah boikot perniagaan muslim?
Kempen boikot EZ Qurban bermula hari Isnin yg lalu. Saya tidak terlalu melatah utk mnjawab segera. Takut terpengaruh dengan emosi. Saya tidak menghalang para walaun utk mengecam di posting2 saya. Beribu serangan yg adakalanya orang yg sama dan berulang. Saya buka satu-satu… bukan ada kerja pun nak buat semasa PKP ini.
Kempen memboikot EZ Qurban ini dimulakan oleh sahabat saya sendiri. Ust Kamalulhysham bin Mohd Suhut.. Presiden Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak Malaysia ( Geng Ustaz). Beliau juga merupakan pimpinan PAS yg aktif.
Siapakah Ust Kamalulhysham?
Saya mula mengenali beliau melalui adiknya, Sdra Kamalulnizam. Kamalulnizam adalah sahabat saya ketika kami sama-sama mengajar di Sek Men Islam Puchong pada tahun 1999. Dari situ terbina ukhuwwah… dan sikap saya… saya akan membina ukhuwwah melibatkan seluruh keluarga. Ekoran dari itu, kerap saya mnziarahi rumahnya di Muar. Emak Kamalulnizam/ Ust Kamalulhysam seolah olah telah mnjadi emak angkat saya… begitu juga adik beradiknya.
Tahun 2003, saya berangkat ke Kemboja. Brtugas sebagai Pembantu Khas Mufti Kemboja. 2 tahun bersama keluarga saya menetap di Phnom Penh. Walaupun terpisah tetapi ikatan ukhuwwah tetap terbina. Masing masing membawa haluan sendiri. Tahun 2007, saya mula membina EZ Qurban dan Kamalulnizam selepas itu membuka sekolah agama Tanweeriah di Muar, Johor. Beliau mnjadi Mudir Am dan Ust Kamalulhysham mnjadi Penasihat Kehormat. Ust Kamalulhysham bertugas di Selangor/ Kuala Lumpur.
Dalam PAS
Sehingga tahun 2016, saya menjadi ahli PAS sebelum berpindah ke AMANAH. Semasa dalam PAS, selaku orang yg sedikit berada, Ust Kamalulhysham dan adiknya Kamalulnizam sentiasa memberi peluang kepada saya utk membuat kebaikan. Saya tidak aktif dari sudut parti tetapi melalui Ust Kamalulhysham, dapatlah saya menyumbang sedikit sebanyak ke parti. Sekiranya ada pilihanraya kecil, saya memberi kereta dan kad kredit saya utk digunakan sepenuhnya. Begitu juga bila ada keperluan utk pejabat parti di Gombak… dimana yg boleh, saya akan membantu. Terima Kasih Ust Kamalulhysham kerana memberi peluang pada saya untuk membantu parti yg saya sayangi.
PENDIDIKAN
Adapun dari sudut pendidikan, saya amat berbangga dengan usaha Sdra Kamalulnizam yg membuka sekolah agama Tanweeriah. Bukan mudah… saya amat memahami. Ketika di awal pembinaan, melalui EZ Qurban, kami dapat membantu sedikit sebanyak yg mana boleh. Diantaranya, peringkat pertama ketika waktu korban, anjuran Sek Agama Tanweeriah, EZ Qurban yg uruskan. Kami hanya ambil nama peserta dan laksanakan korbannya. Adapun duit pelaksanaan keseluruhannya… diambil oleh sekolah untuk pembinaan sekolah. Satu sen pun EZ Qurban tak ambil. Selain dari bantuan2 kewangan peribadi yg lain yg terlalu sedikit untuk disebut berbanding usaha yg mereka lakukan utk ummah. Setinggi tinggi terima kasih kepada Sdra Kamalulnizam kerana memberi peluang pada kami utk membuat kebaikan.
Dalam AMANAH
Selepas berpindah parti (ada yg kata murtad ), bagaimana pula perhubungan kami? Perhubungan saya dengan adik Ust Kamalulhysham, iaitu Kamalulnizam berjalan seperti biasa. Dimana bantuan yg boleh diberi… tetap diteruskan… dan bagi mnjaga ‘maruah’ mereka dikalangan sahabat2 PAS, bantuan dirahsiakan. Ianya lebih pada ke’ukhuwwah’an. Suatu ketika dalam keadaan trdesak, pihak sekolah telah menjual sebuah rumah yang diderma untuk sekolah kepada saya bagi mendapatkan duit segera. Apabila ada pembeli yg lebih baik, rumah itu saya pulangkan balik ke pihak sekolah dan duit diberikan semula tanpa sebarang keuntungan atau faedah yg saya ambil (maaf kerana bercerita … sedih pula rasanya). Malah sebenarnya, salah seorang anak Kamalulnizam adalah anak susuan kami (isteri muda)…. rapatkan? Apa hal pun.. tidak boleh tidak kerana perbezaan politik… sedikit sebanyak perhubungan ini ada sedikit terganggu . Memang budaya melayu
Boikot EZ Qurban
Apabila Ust Kamalulhysham memulakan kempen boikot EZ Qurban atas alasan saya menghina ulama… memang saya amat terkejut. Kecaman saya yg bersifat politik terhadap pimpinan mereka atas dasar politik dianggap menghina ulama… ok… fine. Terpulang pada dia utk mentafsir sebegitu…. hak masing masing .
Adapun saya… sekadar nak mnjelaskan… walaupun EZ Qurban itu dianggap hak peribadi saya tetapi jauh disana.. ianya hak masyarakat. Sejak dari hari pertama penubuhan EZ Qurban… ketika saya diminta utk menerajuinya… dengan tegas saya beritahu pada lembaga pengarah ‘ SEBARANG KEUNTUNGAN SYARIKAT, SEBAHAGIANNYA PERLU DIBERI KEPADA BANTUAN PENDIDIKAN. JIKA TERIMA, SAYA AKAN TERAJUI’ Alhamdu lillah, berjalan lancar.
Malah mana-mana syarikat yg lain pun… samada rugi atau untung, tetap akan membantu masyarakat, EZ KEMBARA contohnya, walaupun perolehannya belum lagi mampu menanggung kos yg ada tetapi ramai yg telah mndapat faedah… dengan umrah percuma setiap tahun samada dari kalangan rakanstaff atau orang luar. Begitu juga dengan pakej2 kembara korban ke negara2 miskin.
Saudara2 kami diluar dari umat Islam Mindanao, Kemboja, Thailand malah hampir lebih 30 buah negara yg lain menganggap EZ QURBAN adalah hak mereka juga.
Terpulang pada Ust Kamalulhysham untuk meneruskan kempen boikot ini. Macam dalam cerita P. Ramlee… ‘kalau aku dah tak suka engko…. seluruh keturunan engko aku benci!!!!’.
Dalam masa yg sama… sebenarnya setiap kali saya berkempen… akan saya sebut ‘Laksanakan korban.. bukan semestinya dengan EZ Qurban. Buatlah dengan mana mana pihak pun… yg penting buat korban. Pahala tetap sama… malah yg paling baik… buat di depan mata sendiri’. Pernah sahaja satu tahun tu, salah satu institusi yg melaksanakan perkhidmatan korban dibawah parti mereka… menggunakan link ‘ezqurban.com’, tidaklah saya kecam. Adapun link EZ Qurban yang sebenar adalah ezqurban.org. Akhirnya mereka sendiri terpaksa tutup link tersebut kerana netizen yg membantah.
Dalam perkhidmatan ini, selalu saya menawarkan diri utk membantu sahabat2 yg lain dengan saya meninggalkan ‘pakaian ezqurban’. Kalau mereka ingin saya berkempen utk mereka… saya akan bantu. Pada saya yg penting…. umat Islam di Malaysia dapat kesedaran utk melaksanakan korban dengan mana2 pihak pun.
Berbalik kepada kempen ‘BOIKOT EZ QURBAN’, saya terbuka menerimanya. Utk saya…. sampai mati pun saya tak akan kempen boikot mana2 pihak yg lain atau memburukkan perkhidmatan mereka walaupun dari pihak yg bertentangan. BUKAN PRINSIP SAYA. TERIMA KASIH
Posting ini berstatus ‘friend’ sehingga ke pukul 08.00 mlm ini. Saya yakin Ust Kamalulhysham akan membacanya walaupun tidak dibuka public. Sekurang2nya Ust Kamalulhysham dapat menyediakan ‘peluru’ utk membuat sebarang serangan balas. Saya kena berlaku adil. Cerita dari pihak sana pun kita kena dengar.
In sya Allah… pukul 08.00 malam ini, baru di ‘public’kan. Para ‘friend’ posting ini… kalau nak share…. selepas 08.00 malam. Atau kalau nak post segera…. copy paste aje. Saya izinkan..
Kredit bapa mertua angkatku – Ab Shukur Azhar