Wakil PKR dalam Majlis Presiden mesti sokong Anwar – Saifuddin
Menjelang tarikh peralihan kuasa antara PM Tun Mahathir dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi amaran bahawa wakil parti itu dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) wajib menyokong satu calon untuk menjadi perdana menteri, iaitu Anwar.
Beliau memberitahu pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa pimpinan pusat (MPP) PKR, bahawa enam wakil itu perlu berpegang teguh dengan keputusan parti dan menolak pilihan peribadi dalam isu pengganti Tun Mahathir.
“MPP mengesahkan semula keputusan biro politik, MPP (jawatankuasa kepimpinan pusat PKR) dan kongres parti berhubung kedudukan Anwar sebagai calon PKR untuk jawatan perdana menteri. Beliau juga calon perdana menteri PH yang diputuskan melalui konsensus pada 6 Januari, 2018
“MPP telah memutuskan bahawa semua wakil PH perlu memaparkan sikap sebulat suara sejajar dengan keputusan parti
“Mereka tidak boleh menyuarakan pandangan mereka sendiri kerana kami terikat dengan keputusan parti,” katanya dipetik The Malaysian Insight.
Untuk rekod, enam wakil PKR ialah Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mohamed Azmin Ali, Chua Tian Chang, Dr Xavier Jayakumar dan dirinya sendiri.