Dari nukilan Ahmad Sayuti Bashiron..
[ 'ibrah & perjuangan ]
Kebenaran yang Pahit.
Imam Ahmad ibnu Hambal menaqalkan;
إذا سكت العَالِم تقية فمتى يظهر الحق...
"Tatkala berdiamnya diri orang² yang tahu (menyembunyikan kebenaran dari pihak yang patut mengetahuinya) disebabkan" taqiyyah" (sebab takut atau sebab kepentingan tertentu), maka sampai bilakah akan terzahirnya sesuatu kebenaran?".
https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10157695423284876
Saya berpegang itu adalah satu dhawabit (atau asas) yang sangat penting dalam politik Islam. Mereka yang berada di jalan dakwah, khasnya yang bersangkutan dengan politik wajiblah menyatakan kebenaran dalam ucapan atau tindakan, sekalipun pahit.
Sebab selagi mana kesalahan atas nama ketua, ayatullah, ulamak, atau orang yg kita sayangi ditutup dan tak dibetulkan, maka kerosakan hasil daripada kesalahan atau pembohongan itu akan terus selamanya menutup kebenaran dan kerosakan pasti semakin bermaharajalela.
Itulah matlamat saya, walau "serangan" kebenciannya amat kuat diterima.
Kesimpulan awalnya (sebelum berpindah ke beberapa tuduhan lain);
1. Dulu guna nama Qaradhawi kata haram tubuh Amanah, haram keluar Pas.
Sekali jumpa Qardhawi dan Setiausahanya QarrahDaghi, keduanya nafikan. Nafikan sungguh² dan terkejut dgn tindakan bathil itu.
2. Dan baru ni kata lagi Raisuny tak sokong Anwar sebagai PM dan mahu Mahathir kekal sebagai PM.
Sekali jumpa Raisuny (tadi) dan tanya terus pada Syeikh, terus Syeikh nafikan dengan tegas, dan Syeikh nyatakan bahawa Syeikh tak tahu apa-apa langsung pasal perkara itu.
Tambahan Syeikh.
Selepas ucapan Syeikh beransur ke meja VIP, disampaikan lagi;
3. Raisuny tambah lagi - Aku dah sampaikan pada Anwar pesanan Qaradhawi melalui aku - Qaradhawi berkata walau pun agak uzur hari ini, tapi Qaradhawi sendiri berjanji akan datang ke Maly'sia ziarahi Anwar jika Anwar berjaya jadi PM nanti.
4. Dan Raisuny nyatakan lagi, aku sendiri berjanji pada Anwar, aku pun akan datang menemani Qaradhawi jika kamu jadi PM nanti...
Khallas... 👌
Moga kebenaran yang hadir, melenyapkan kebathilan.
Moga kita membebaskan diri-diri kita dari apa jua perbuatan mereka yang berbohong.
Ahmad Sayuti Bashiron