Via WhatsApp
Dalam layman terms, tugas pendakwa adalah membuktikan kes tersebut lebih dari keraguan munasabah. Dan tugas peguambela pula ialah hendak membuktikan yang kes tersebut banyak keraguan.
Kes Najib sebagai contoh klasik, PH menang May 2018, kenapa pada Ogos 2018 baru Najib kena panggil polis / SPRM dan Jan 2019 baru mula pendakwaan.
Nak main tuduh bukan semudah tuduh mencuri lepas tu tangkap. Semua bukti kena lengkap, baru lah AG boleh dakwa. Kalau contoh AG tengok charge sheet silap titik perpuluhan contoh 42 juta, jadi 420 ribu. Kalau benda ni masuk mahkamah lepas tu peguambela boleh buktikan yang 420K tu ragu, silap2 kes kena tolak di mahkamah.
Lepas tu orang yang sama tak boleh di charge semula atas kesalahan yang sama; contoh AG silap nak betulkan kertas pertuduhan lepas tu dakwa semua, kalau tak jadi double jeoperdy la.
Ambil kes SRC Najib, sebelum masuk mahkamah bukan main lagi nafi duit masuk, siap tak kenal Jho Low. Bila masuk court tahu tak apa hujah balas peguam dia?
“Deposit berjumlah RM 42 juta yang dimasukkan dalam akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2014 dan 2015 adalah atas arahan ahli perniagaan dikehendaki pihak berkuasa, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low”
Inilah dia penyamun kleptokrat yang dikatakan hebat mentadbir negara dengan mudah berlepas diri dan tunding jari kata duit tu masuk sebab Jho Low, bukan sebab dia.
Kes pecah amanah dan pengubahan wang haram ini pun sama. Ingat, NASHA MASIH LAGI AHLI PAS, bila tahun 2013 ATGNA keluar dari mesyuarat sebab usul pecat Nasha tak dibincang.
Gegak gempita kongsi post dari Dr Kamarul kata PAS tak ada kaitan dengan RM 90 juta dan 1MBD tapi ramai tak faham pun apa yang berlaku. Setakat ini SPRM dakwa 3 pertuduhan wang haram pemindahan duit dari MoF ke GMFF milik Nasha lepas PRU-14 hujung 2018.
Tapi ingat masa ini si Nasha masih lagi jadi penasihat bebas SPRM yang dilantik dari 2016 – awal 2019 (tak silap). SPRM dakwa atas apa yang boleh di trace dari paper trail. Jumlah sebenar mungkin lagi besar tapi kalau dapat tangkap RM 200K satu transaksi pun cukup. Kalau nak tunggu RM 90 juta sekali transfer memang tak dapat laa.
Akta wang haram ni senang aje, pendakwaan kena bukti yang duit tu masuk ke dalam akaun, dan suspek kena bagi alasan yang duit tu digunakan untuk apa. Masa ini semuanya akan terbongkar. Time ini lah suspek akan keluar semua hujah kata duit ini digunakan untuk beli kereta, biayai muktamar etc. Lepas tu mesti kena ada resit etc. Bila dah kena panggil nanti ramai lah yang akan sangkut.
Kenapa nak sangkut orang lain?
Sebab 15 tahun penjara dan denda RM 5 juta, kalau 3 kesalahan tak ke 45 tahun penjara dan RM 15 juta denda. Silap-silap rayuan nak kurangkan hukuman, dia akan jual nama orang lain macam mana Najib jual nama Jho Low sekarang (yang dulu bersumpah tak kenal).
Saya tengok kes ini macam pesakit siplis yang dah menderita sangat-sangat nak jumpa doktor tapi cuba cover line sebab ramai awek lawa di klinik. Jadi terpaksa maintain poker face. Bila dalam bilik doktor baru tahu yang siplis dah bernanah tak boleh diubati dah.
Jadikan kes interlokturi Sarawak Report sebagai pengajaran. Siap dah bersorak berpesta kata menang, last-last tarik balik saman, hilang RM 1.4 juta. Juga kes UG, dulu duk ratib bila nak UG, bila dah UG 14 Sept lepas, terus senyap.
Untuk menjawap hujah ‘Dr Palsu Tanaka’ kata kes ini sebab PRK Tanjung Piai, takkan la kes DAP LTTE pun sebab Tanjung Piai juga kan?
Lagi satu kes gubah wang haram Nasha pasca PRU-14 ni sama dengan kes jual IC di Penang. Benda tu dah buat lama, cuma baru kantoi dengan kerajaan sekarang.
Dah 30 kes pecah amanah 2015-2018 lagi tu mirip kes Yayasan Akal Budi Zahid Hamidi lah. Nanti masuk bicara kita tahu laa details apa dibuatnya dengan duit tu, macam si Zahid buat bayar kad kredit sendiri dan Najib beli beg mewah Birkin.
Sebagai orang awam kita just sit back dan relaks, kebenaran itu tidak akan lari. Kalau betul mereka benar, Husam, Mahfuz, Rafizi dan Claire Brown semua dah kena saman. Saya rasa yang lebih tertekan sekarang ialah nama-nama sampingan dalam audio ana tahu termasuk la agen CIA; mereka tahu masa mereka akan tiba tapi bila? Masa yang tak pasti itu boleh jadi elemen kejutan dan asbab kemurungan.
Wallualam
Mohd Mukhlis Mohd Sharif