ISLAM TERANCAM DIBAWAH BARISAN NASIONAL.INI BUKTINYA


Tiada penerangan foto disediakan.

DOKUMEN IKSIM MAKAN DUIT ZAKAT
oleh : Ustaz Abu Hafiz Salleh Hudin
Ketika ada sahabat menghantar laporan media berkenaan dengan IKSIM...saya agak emosi bila menerima salinan dokumen ini. Geram dan marah dahulu timbul kembali setelah berbulan dimaklumkan tentang mismanagement di agensi ini.
Agensi yang ditubuh melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapat tajaan penuh dari MAIWP melalui harta zakat.
Saya terkejut melihat surat yang berlegar ini (seperti dalam lampiran) iaitu satu surat kelulusan peruntukan tahunan sebanyak RM10 juta dengan 3 kali pembayaran (untuk 2018 sahaja) yang ditandatangi oleh CEO MAIWP pada 8 Januari 2018 kepada IKSIM.
Surat ini juga mensyaratkan agar IKSIM mengemukakan laporan perbelanjaan ke Bahagian Baitulmal MAIWP.
Disini timbul persoalan:
1. Sepengetahuan saya Baitulmal MAIWP adalah badan rasmi mengagih zakat yang dikumpulkan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan. Adakah ia membenarkan bawah IKSIM menerima bantuan zakat melalui Bahagian Baitumal MAIWP kerana laporan kewangan mesti diserahkan kepada Baitulmal?
2. Atas justifikasi apa IKSIM ‘dianugerahkan’ bantuan zakat tahunan mencecah jutaan ringgit?
3. Mengikut laporan media, IKSIM tidak membenarkan Pasukan Audit Dalaman MAIWP masuk mengaudit mereka. Bukankah pada point (3) disurat itu mensyaratkan penerimaan wang zakat tersebut: “hendaklah membenarkan pihak MAIWP membuat pemeriksaan terhadapa peruntukan yang telah diterima”?
4. Dengan segala gerak kerja dan tindakan IKSIM selama ini...adakah pihak MAIWP membenarkan sebuah polisi untuk ‘tajaan zakat’ untuk sebuah badan propaganda politik dan politik identiti? Adakah ia terbuka kepada umum untuk badan-badan seperti itu untuk memohon?
5. Saya baru sedar dan jelas...PPZ bakal terkesan dengan keadaan ini melalui defisit kepercayaan kepadanya. Namun, dengan jelas PPZ sama sekali tidak terlibat dengan kerja pengagihan zakat tetapi dibawah baitulmal dan agensi-agensi lain.
6. Maka, kenapa dipisahkan pihak yang memungut (PPZ) dan pihak yang mengagih? Bukankah pihak yang memungut perlu meyakinkan pembayar zakat akan kredibiliti mereka memungut dengan hasil usaha mengagih dengan sama cemerlang.
7. Dengan wujudnya polemik pemberian wang zakat kepada IKSIM melalui Baitulmal dengan kelulusan MAIWP, bukankah lebih baik dari segi kos dan pengurusan untuk disatukan Baitulmal dibawah PPZ sekaligus?
8. Mengapa (seperi yang dimaklumkan) kertas cadangan penubuhan badan kajian penggabungan PPZ dan Baitulmal dibantah dan ditolak mentah oleh pihak-pihak yang berkepentingan dalam MAIWP? Pelik juga...
Timbulnya laporan berkenaan IKSIM ini menimbulkan lebih banyak tanda tanya untuk dijawab yang bukan sahaja melibatkan IKSIM tetapi Baitulmal, PPZ dan MAIWP itu sendiri.
Kejadian ini adalah bukti terancamnya Islam dalam pemerintahan yang lalu...dan pihak-pihak yang bersekongkol melakukan tindakan ini yang masih didalam MAIWP dan kerajaan perlu segera berundur dengan hormat dan takutkan Allah SWT terutama dibulan Ramadhan ini.
Allah al-Mustaan.

Motif serangan Hadi terhadap Anwar



WAN HARON WAN HASSAN | 07 May 2019


BARU-baru ini akhbar The Malay Mail bertarikh 28 April 2019 telah melaporkan persoalan yang ditimbulkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentang kewajaran Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson.

Abdul Hadi mempersoalkan mengapa Anwar memilih untuk bertanding di kerusi majoriti pengundinya bukan daripada kalangan Melayu Islam.

Beliau menyebut bahawa pecahan pengundi Port Dickson ialah Melayu 43 peratus, Cina 33 peratus, India 22 peratus dan lain-lain 2 peratus tidak mencerminkan komposisi bangsa di Malaysia. Jadi, kata Abdul Hadi, kemenangan Anwar tidak boleh menjadi ukuran populariti beliau dalam kalangan Melayu Islam yang merupakan kumpulan majoriti di Malaysia.Persoalan terbaru yang ditimbulkan oleh Abdul Hadi ke atas Anwar itu pada umumnya boleh kita terima sebagai perbezaan pendapat antara dua tokoh pemimpin politik.

Pandangan yang berbeza itu juga boleh kita terima sebagai satu lumrah politik dan fitrah manusia yang mengejar matlamat masing-masing.

Tetapi oleh kerana kedua-dua tokoh politik tersebut berjuang di atas landasan agama, maka kita berhak untuk mengharapkan satu persaingan yang sihat yang bersandarkan kepada prinsip dan hukum-hakam agama. Satu persaingan yang sewajarnya mengangkat martabat dan kehebatan Islam sebagai rahmatan lil alamin, yang mampu membawa dan menzahirkan sifat dan ciri yang murni seorang pejuang Islam.

Namun dalam konteks persaingan di antara Abdul Hadi dan Anwar, ia tidak begitu jadi. Bagi kita yang mengikuti sejarah, kita tahu Abdul Hadi tidak lagi rasional dalam kritikan dan serangannya ke atas Anwar. Sehingga ramai pemerhati politik berpendapat bahawa Abdul Hadi banyak dipengaruhi oleh rasa benci, cemburu dan iri hati kepada Anwar, bukan lagi kerana perbezaan prinsip perjuangan di antara mereka, sebaliknya berbentuk peribadi. Kadang-kadang serangan Abdul Hadi melangkawi norma, batasan dan sempadan biasa.Kenapa sekarang Abdul Hadi mahu pertikaikan keputusan Anwar bertanding di Port Dickson? Lupakah Abdul Hadi bahawa Anwar menang dengan majoriti yang besar kerana sokongan padu daripada pengundi Melayu? Anwar sebelum ini menang besar di Permatang Pauh, kerusi majoriti Melayu.

Anwar telah dinobat sebagai bakal Perdana Menteri yang akan menggantikan Tun Mahathir. Dia perlu menjadi Perdana Menteri untuk rakyat Malaysia. Bukan hanya menjadi Perdana Menteri kepada Melayu Islam. Anwar sudah membuktikan bahawa dia berani berpindah negeri bertanding dari tempat selamatnya di Permatang Pauh ke kerusi campuran Port Dickson di negeri Sembilan. Beranikah Abdul Hadi keluar dari Terengganu bertanding di pantai barat? Beranikah Hadi pindah ke kerusi campuran?

Hairannya kenapa Abdul Hadi terlalu benci, dengki dan marah kepada Anwar sedangkan Anwar tidak pernah derhaka kepada wadah perjuanganya? Abdul Hadi sudah berulangkali berubah dalam pendirian politiknya sehingga Pas berpecah-belah. Kita mendapat gambaran seolah-olah Abdul Hadi amat takut kepada ketokohan Anwar sebagai pemimpin umat Islam.

Dahulu Abdul Hadi pernah mengkafirkan UMNO tetapi sanggup berpelukan dengan pemimpin UMNO. Abdul Hadi pernah berpelukan dengan Kit Siang dan Guan Eng tetapi kini memusuhi DAP.

Perjuangan Anwar atas manhaj Islam rahmat seluruh alam, inklusif, keadilan dan kemanusiaan sejagat meninggalkan Abdul Hadi jauh ke belakang dari segi kosep kenegaraan, pengisian dan maqasid siayasah Islamiah.
Abdul Hadi berjuang untuk Islam mengikut tafsir dan takrifnya yang berbeza-beza dari satu masa ke satu masa mengikut kemahuan politiknya. Maka fatwa tentang hukum-hakam, hudud, halal haram, bohong dan benar, kafir mengkafir sering berubah-berubah.

Anwar pula berjuang untuk ummah yang dahagakan keadilan dan kesejahteraan. Sebelum tangan mereka dipotong, Anwar mahu pastikan mereka cukup makan untuk keluarga, punya kerja tetap dengan pulangan yang mencukupi, kediaman, pakaian dan hak-hak asasi yang lain.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya mengapa Hadi jadi begitu?

Sumber dalaman PKR, Pak Abu yang juga bekas Presiden JIM berpendapat bahawa saingan Abdul Hadi dan Anwar bukan saingan biasa. Mereka bersaing sejak dari muda sehingga di umur senja. Mereka bersaing untuk menampilkan siapakah di antara mereka yang lebih terampil dan hebat dalam gerakan Islam.

Menurut Pak Abu lagi, Anwar berjaya membina imaginasi gerakan Islam dunia sehingga dia yang tidak mampu bercakap Arab pun terlebih dahulu berkawan rapat dengan tokoh-tokoh hebat gerakan Islam seluruh dunia berbanding Abdul Hadi.

Malahan, semasa Abdul Hadi dilantik menjadi salah seorang yang berjawatan dalam kesatuan ulama antarabangsa pun, Yusof Al-Qaradawi meminta pandangan daripada Anwar terlebih dahulu.

Bagi penyokong dan pengkritik tegar Abdul Hadi dan Anwar, mungkin apa pun penilaian yang dibuat oleh orang lain yang berbeza dengan kepercayaan mereka tidak akan membawa apa-apa kesan kepada mereka.

Tetapi bagi rakyat biasa yang neutral dan mahu mencari kebenaran, mereka perlu berlapang dada, menilai secara objektif dan rasional agar mereka dapat membuat pilihan yang adil dan bijak nanti. Siapakah yang lebih layak diberi kepercayaan di antara kedua-dua tokoh tersebut.

Tepuk dada tanya selera tapi jangan ikut sentimen kepartian. Kita guna akal fikiran secara logik bersandarkan kepada kenyataan dan kebenaran.

Jika boleh kita mahu melihat penyatuan diantara kedua-dua tokoh tersebut untuk agenda Islam yang lebih besar.

*** Wan Haron Wan Hassan ialah seorang peguam.

ANWAR RASMI ART OF FREEDOM ZUNAR

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk, bermain alatan muzikal dan skrin

Menghadiri dan merasmikan pameran galeri 'Art of Freedom' oleh kartunis politik, Zunar di Penang State Art Gallery siang tadi (SEMALAM). Pameran yang bagi saya amat menyentuh emosi dan sanubari mereka yang cintakan perubahan kerana ia menjadi pencetus dan sebahagian dari proses perubahan negara melalui ilustrasi komik. Insyallah kita harus terus galak dan dukung kritikan terbuka yang membina dari para karyawan dan budayawan.
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman

TUN MAHATHIR SALAH, ANWAR BETUL

Kenyataan Tun Mahathir Mohamad bahawa terdapat kalangan rakyat, termasuk penjawat awam yang mahu kerajaan PH tidak diteruskan mentadbir negara ini selepas PRU akan datang kerana kelantangannya mengekang rasuah, adalah sesuatu yang salah dan tidak benar sama sekali.
Kata Perdana Menteri lagi, oleh kerana kerajaan yang mengekang rasuah ini tidak menguntungkan mereka, maka ia dianggap tidak sebaik kerajaan yang lepas.
“Ada yang anggap kerajaan hari ini tidak harus diteruskan tetapi kembali kepada kerajaan rasuah yang akan menguntungkan mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Townhall Bersama Penjawat Awam Negeri Perak di Ipoh.
Tanggapan Tun Mahathir ini benar-benar salah dan tidak benar kerana siapa jua rakyat yang waras, termasuk penjawat awam, mereka pasti mahukan kerajaan yang baik untuk mentadbir negara dan menolak kerajaan yang rasuah.
Inilah juga sebabnya mengapa BN ditumbangkan dalam PRU14 lalu kerana mereka percaya kerajaan yang ada ketika itu terdedah dengan begitu banyak elemen rasuah sehingga membuatkan mereka meluat dengannya.
Setelah rakyat, termasuk penjawat awam mengundi menolak BN, di mana logiknya mereka tidak suka kepada kerajaan PH yang berusaha gigih mengekang rasuah?
Sementara kita selalu mendengar banyak kerajaan yang rasuah telah tumbang di dunia ini, pernahkah kita mendengar sesebuah kerajaan itu dijatuhkan hanya disebabkan ketegasannya memerangi rasuah?
Yang lebih menyedihkan tanggapan Tun Mahathir ini memperlihatkan seolah-olah dalam pemikirannya bahawa majoriti rakyat dan penjawat awam adalah golongan yang suka kepada rasuah belaka.
Sudah tentu perkara ini adalah tidak benar kerana jika betul majoriti rakyat dan penjawat awam suka kepada rasuah, pastinya BN tidak kalah dalam PRU14 yang lepas.
Apa yang betul sebenarnya mengapa rakyat mula menolak PH dan sudah terdengar cakap-cakap bahawa PH hanya sepenggal saja memerintah negara ialah kerana kegagalannya menunaikan janji manifesto serta beberapa faktor yang lain lagi.
Saya sendiri awal sebelum ini sudah menulis tentang PH kerajaan sepenggal ini – http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/pakatan-harapan-kerajaan-sepenggal.html?m=1
Jika janji-janji manifesto ditunaikan yang secara tidak langsung akan memberi penurunan kepada kos sara hidup dan menjadikan rakyat memiliki lebih banyak wang dalam poket mereka, tidak ada sebab untuk rakyat ada perasaan tidak puas hati kepada PH yang menjadi pilihan mereka dalam PRU14 yang lepas.
Yang lebih membuatkan rakyat sakit hati ialah bilamana Tun Mahathir sendiri, setelah dapat kuasa dan menjadi Perdana Menteri, tergamak mengatakan Buku Harapan bukanlah sebuah kitab suci.
Mengapa hanya setelah menang baru mengatakan Buku Harapan yang mengandungi janji-janji kepada rakyat bukan sebuah kitab suci?
Kenapa tidak mengatakan demikian sebelum rakyat membuang undi lagi?
Lebih daripada itu, Tun Mahathir sendiri sejak kebelakangan ini tidak banyak lagi menyentuh tentang janji-janji manifesto, walhal ia adalah sesuatu yang amat penting serta dinanti-nantikan oleh rakyat.
Apakah beliau sudah lupa?
Hanya Anwar dan beberapa pemimpin lain yang terus bercakap agar PH sentiasa ingat untuk menunaikan janji-janji manifesto kepada rakyat.
Terbaru, kata Anwar, PH perlu berusaha menunaikan janji-janji manifestonya demi memastikan sokongan kepada gabungan itu berterusan sampai bila-bila.
Makanya, jangan salahkan perkara lain yang menyebabkan sokongan rakyat kian menurun,
Ia bukan sama sekali disebabkan rakyat mahu kerajaan rasuah kembali memerintah negara ini, tetapi kerana kegagalan PH sendiri dalam menunaikan janji manifestonya.
Dalam hal ini, Anwar adalah betul apabila meminta kerajaan berusaha sedaya mungkin serta tidak tunduk kepada sebarang tekanan dalam menunaikan janji-janji manifesto itu.

ADA LARANGAN...JANGAN BUKA KEDAI MASA TARAWEH.....

Kena faham hukum solat taraweh..Solat taraweh hukum sunat..Solat sunat siapa yang buat dapt pahala,yang tak buat tidak berdosa tapi jangan sesekali memandang solat sunat sesuatu yang rendah..Lagipun ianya boleh dilakukan di rumah dan Nabi sendiri banyak melakukan di rumah..Org berniaga kedai makan,mereka mencari rezeki untuk sara keluarga dan anak-anak  sekolah..Jika tiada pendapatan,siapa yang susah?

Ada wakil rakyat pasmno yang nk turun bantu?Adakah kerajaan Pas kelantan ni faham mana yang wajib yang perlu diutamakan dan yang mandub(sunat yg dianjurkan)?Inilah yang dipanggil siasah..

Kenapa hanya kedai makan sahaja yang perlu ditutup waktu itu?kenapa tak tutup sama pasaraya dan shopping complex? Sebab di sini lebih ramai orang waktu ini..tutuplah kb mall,aeon,mydin mall,giant,jusco,kfc,mcd,7 eleven..Apa pula nasib kdai jual colek?


Pukul 10 baru nak buka,siapa yang nak masak? Senang-senang kejaan negeri buat aje rush rumah ke rumah..paksa semua penghuni-penghuni rumah ke masjid dan jangan tinggalkan masjid di antara pukul 8.30 hingga 10.00 malam..Boleh macam tu?

Sekali tengok dah benar-benar macam TALIBAN..Bgaimana pula dengan musafir yang nak cari makanan waktu itu?Peniaga ada yang kena bayar pekerja,siapa yang nak bayar gaji mereka?Dah siang hari tak berniaga..Inilah jadinya kalau buat sesuatu tak guna kepala otak,...

kiriman: mat Awang Ori


Tiada penerangan foto disediakan.