ISLAM TERANCAM DIBAWAH BARISAN NASIONAL.INI BUKTINYA


Tiada penerangan foto disediakan.

DOKUMEN IKSIM MAKAN DUIT ZAKAT
oleh : Ustaz Abu Hafiz Salleh Hudin
Ketika ada sahabat menghantar laporan media berkenaan dengan IKSIM...saya agak emosi bila menerima salinan dokumen ini. Geram dan marah dahulu timbul kembali setelah berbulan dimaklumkan tentang mismanagement di agensi ini.
Agensi yang ditubuh melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapat tajaan penuh dari MAIWP melalui harta zakat.
Saya terkejut melihat surat yang berlegar ini (seperti dalam lampiran) iaitu satu surat kelulusan peruntukan tahunan sebanyak RM10 juta dengan 3 kali pembayaran (untuk 2018 sahaja) yang ditandatangi oleh CEO MAIWP pada 8 Januari 2018 kepada IKSIM.
Surat ini juga mensyaratkan agar IKSIM mengemukakan laporan perbelanjaan ke Bahagian Baitulmal MAIWP.
Disini timbul persoalan:
1. Sepengetahuan saya Baitulmal MAIWP adalah badan rasmi mengagih zakat yang dikumpulkan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan. Adakah ia membenarkan bawah IKSIM menerima bantuan zakat melalui Bahagian Baitumal MAIWP kerana laporan kewangan mesti diserahkan kepada Baitulmal?
2. Atas justifikasi apa IKSIM ‘dianugerahkan’ bantuan zakat tahunan mencecah jutaan ringgit?
3. Mengikut laporan media, IKSIM tidak membenarkan Pasukan Audit Dalaman MAIWP masuk mengaudit mereka. Bukankah pada point (3) disurat itu mensyaratkan penerimaan wang zakat tersebut: “hendaklah membenarkan pihak MAIWP membuat pemeriksaan terhadapa peruntukan yang telah diterima”?
4. Dengan segala gerak kerja dan tindakan IKSIM selama ini...adakah pihak MAIWP membenarkan sebuah polisi untuk ‘tajaan zakat’ untuk sebuah badan propaganda politik dan politik identiti? Adakah ia terbuka kepada umum untuk badan-badan seperti itu untuk memohon?
5. Saya baru sedar dan jelas...PPZ bakal terkesan dengan keadaan ini melalui defisit kepercayaan kepadanya. Namun, dengan jelas PPZ sama sekali tidak terlibat dengan kerja pengagihan zakat tetapi dibawah baitulmal dan agensi-agensi lain.
6. Maka, kenapa dipisahkan pihak yang memungut (PPZ) dan pihak yang mengagih? Bukankah pihak yang memungut perlu meyakinkan pembayar zakat akan kredibiliti mereka memungut dengan hasil usaha mengagih dengan sama cemerlang.
7. Dengan wujudnya polemik pemberian wang zakat kepada IKSIM melalui Baitulmal dengan kelulusan MAIWP, bukankah lebih baik dari segi kos dan pengurusan untuk disatukan Baitulmal dibawah PPZ sekaligus?
8. Mengapa (seperi yang dimaklumkan) kertas cadangan penubuhan badan kajian penggabungan PPZ dan Baitulmal dibantah dan ditolak mentah oleh pihak-pihak yang berkepentingan dalam MAIWP? Pelik juga...
Timbulnya laporan berkenaan IKSIM ini menimbulkan lebih banyak tanda tanya untuk dijawab yang bukan sahaja melibatkan IKSIM tetapi Baitulmal, PPZ dan MAIWP itu sendiri.
Kejadian ini adalah bukti terancamnya Islam dalam pemerintahan yang lalu...dan pihak-pihak yang bersekongkol melakukan tindakan ini yang masih didalam MAIWP dan kerajaan perlu segera berundur dengan hormat dan takutkan Allah SWT terutama dibulan Ramadhan ini.
Allah al-Mustaan.