OLEH : FBI
Saya ingin mengajak rakyat menilai seorang pemimpin berdasarkan prestasi bukan di atas pembunuhan karektor. Saudara Anwar mempunyai sejarah yang hebat sebagai seorang menteri kewangan. Tiada siapapun dapat menafikan perkara tersebut. Zaman saya sebagai pelajar dihiasi rekod pentadbiran dan kemajuan ekonomi yang diurus oleh saudara anwar. Semua golongan masyarakat mendapat bahagian mereka dari dasar fiskal dan kewangan yang diperkenalkan oleh beliau.
Malah, ramai yang lupa bahawa ekonomi malaysia muram sepanjang pemerintahan Tun Mahathir dan hanya menerima lonjakan ketika era 1991-1998 apabila Anwar menjadi menteri kewangan. Kejayaan Anwar mungkin juga disebabkan ASEAN ketika itu dikatakan bakal menjadi harimau Asia. BSKL ketika itu menjadi pasaran modal terbesar di ASEAN. Namun serangan penyangak matawang telah menghancurkan segala impian tersebut.
Mereka melihat pergerakan masuk modal secara besar-besaran di dalam pasaran ekuiti menjadikan nilai pasaran berbanding nilai perolehan dividen tidak seimbang dan terdapat unsur-unsur wang panas yang bertujuan untuk melakukan aktiviti appresiasi modal dan churning harga pasaran. Ia bukan untuk mengatakan kegagalan menteri kewangan tetapi aktiviti kewangan yang tidak terkawal menyebabkan pasaran sukar dikawal.
Namun dalam tempoh tersebut kita dapat melihat pasaran kita ditadbir secara berhemah dengan pengenalan beberapa Akta sekuriti seperti Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993.Akta Kewangan 1991, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 dan Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991. Akta ini ada kaitan usaha menteri kewangan untuk mengukuhkan dasar kewangan kita dan Akta terakhir yang cuba dibentangkan adalah Akta 575 iaitu Akta Pencegahan RAsuah 1997 yang akhirnya kita dapat lihat beliau dipecat.
Mungkin ia ada kaitan jerung-jerung besar yang berkeliaran di pasaran saham dan mereka ini juga terkesan kerana dasar kewangan Anwar dan serangan penyangak matawang sehingga mereka yang terlibat di dalam konspirasi menjatuhkan Anwar cuba mengunakan dana awam untuk menyelamatkan perniagaan mereka. Maka, Akta 575 tidak memihak kepada mereka.
Mereka itu juga saya lihat cuba membentuk satu usaha untuk membawa masuk dana mereka ke dalam negara dengan mencadangkan beberapa inisitif kewangan seperti mengambilalihan PLUS dari kerajaan Malaysia dan dikatakan juga sejumlah RM1 billion sudah berjaya dibawa masuk melalui mengambilalihan sebuah hotel bertaraf 6-7 bintang di Langkawi. Bagaimana mungkin Maju holdings cuba mencadangkan pengambilalihan PLUS dengan harga 36 billion. Hebat Maju Holdings ini, pada 2012 mereka cuba jual MEX Highway pada EP manufacturing berhad pada harga RM1.7 Billion. Bila Tun Mahathir menjadi semula PM mereka seperti mendapat suntikan dana yang sangat besar untuk mengambil satu konsesi lebuhraya terbesar di Malaysia.
Lebuhraya di Malaysia selalu dikaitkan dengan dana politik. Adakah pengambilalihan Plus oleh MEX Highway sebagai satu usaha mewujudkan satu dana politik oleh sebuah komponen parti di dalam PH atau satu usaha memindah asset-asset UMNO ke dalam sebuah entiti baru mirip UMNO di dalam PH. Saya menjangkakan jika usaha pengambilalihan itu berjkaya sebuah parti junior di dalam PH akan menjadi senior dengan pemindahan sejumlah ahli parti politik dan hasilnya sebuah parti yang kuat akan membentuk gabungan pakatan baru yang diketuai oleh seorang pemimpin yang selalunya terkenal dengan jalan belakang.
Saya juga merasakan kementerian ekonomi diwujudkan adalah satu kesilapan besar kerajaan PH kerana pemusatan kuasa akan menyebabkan banyak dasar PH tidak dapat dilaksanakan. Jika diamati, kementerian itu sebenarnya diwujudkan oleh jerung besar yang terlepas pada era kejatuhan ekonomi malaysia era 1998-1999. malah, jerung tersebut sudah melebarkan sayapnya secara legal di dalam pelbagai agensi kerajaan melalui kementerian ekonomi. Mana mungkin seorang menteri yang tiada dalam senarai PH menjadi menjadi menteri yang paling berkuasa dalam PH jika tiada tangan-tangan hitam jerung-jerung ini.
Saya tidak menyalahkan Tun Mahathir dalam kisah kembalinya jerung besar dalam politik Malaysia. Justeru, saya namakan era 2018-2023 adalah era “Mahaqarun” yang mentadbir melalui jalan belakang. Dalam keadaan fizikal beliau itu, beliau sudah tidak mampu menghalang era 1999 berulang kembali dan politik malaysia akan bergolak semula. Prophesy berkaitan kenaikan semula Anwar sebagai PM sangat berkait rapat dengan jerung-jerung ini. Selagi majlis PH tidak membuat satu keputusan yang tuntas dan tetap bahawa tempoh Tun Mahathir sebagai PM yang dua tahun. Selagi itu, rakyat dan masyarakat Malaysia akan bermain dengan politik kosong yang membuang banyak masa banyak ahli politik malaysia di sebalah PH dan PP (Pakatan Penyamun).
Kumpulan jerung disokong oleh sekumpulan sikitol yang tidak mengenang jasa. Mereka ni sebenarnya bukannya hendak membantu rakyatpun. Matlamat politik mereka hanyalah tembolok mereka sahaja. Tingkah laku mereka ini adalah seperti karakter “Scar” dan sekumpulan “Hiena” di dalam filem "Simba". Mereka sanggup membunuh individu yang memberi mereka peluang untuk hidup, apatah lagi membunuh cita-cita rakyat yang memberi mereka peluang untuk sebuah Negara Malaysia yang baru. Semoga, pelantikan Anwar sebagai PM8, karakter hiena dan scar dalam politik melayu dan malaysia akan lenyap. Kepada yang mengkagumi puppet si jerung dan hienanya. Lihatlah diri kembali dalam diri anda. adakah berbaloi memberi sokongan kepada Scar dan hiena ini.