Subsidi petrol 30 sen untuk 100 liter motor, kereta kuasa rendah
Seramai empat juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal dijangka akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim subsidi bersasar yang akan dilaksanakan kerajaan tidak lama lagi.
Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng subsidi berkenaan akan diberikan kepada pemilik kereta 1500cc dan motosikal 125cc.
Katanya subsidi berkenaan ialah sebanyak 30 sen terhadap 100 liter sebulan untuk kereta, dan 40 liter untuk motosikal.
“Kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.
Bagi melaksanakan skim itu kata Lim kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM2 bilion