‘Kalau saya Umno, saya akan gunakan PAS jadi talian hayat’ – Salahuddin
Timbalan presiden Amanah berkata beliau sendiri pun akan menjadikan PAS sebagai “alat talian hayat” sepenuhnya jika terlibat dalam parti seperti Umno.
Salahuddin Ayub berkata ini kerana kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyebabkan teras Umno pecah.
“Kalau saya jadi Umno, saya akan gunakan PAS sepenuhnya kerana itu talian hayat bagi Umno. Cuba bayangkan kalau hari ini PAS tidak berpecah, dah ada PPBM.
“PPBM akan ambil ‘hardcore’ Umno, kita perlukan 5% ke 7% dalam PRU13 saja. Kita tidak dapat kerana waktu itu Umno ada terasnya.
“Teras sudah pecah, Umno dah pecah, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pecahkan ‘hardcore’ Umno dan tubuhkan PPBM,” katanya dipetik daripada Sinar Harian.
Salahuddin berkata demikian dalam temu bual dengan akhbar itu sebagai mengulas kepercayaannya mengenai kesepakatan PAS dan Umno yang dilihat sebagai perkara baharu kerana ia tidak pernah terjadi dalam sejarah parti Islam itu sebelum ini.
“Tidak pernah berlaku dalam hayat PAS dulu bersama Nik Aziz dan Fadzil Noor bila berdepan dengan Umno.
“Ada batas dengan Umno, bukan tidak boleh minum kopi dan makan kenduri, itu silaturahim. Lawan atas dasar prinsip kezaliman yang kita tegur,” katanya.
Beliau berkata PAS pada hari ini dilihat tidak boleh menegur apa yang dilakukan Barisan Nasional (BN).
“Dalam Parlimen, hendak bantah bajet pun tidak boleh. Jadi ini jelas, signal yang PAS buat,” katanya.
Salahuddin berkata sudah ada 2 tanda besar ketika ini untuk PAS dan Umno berkawan, dan ia sama seperti tanda hari kiamat.
“Kalau kiamat ada 2 tanda, Kubra dan Sugra. Tanda besar (PAS dan BN) ialah kapal yang berlayar ke Myanmar, dah satu kapal. Alhamdulillah. Ini dah satu pentas. Biarlah rakyat tentukan, biarlah mereka berkawan.
“Kalau mereka sungguh berkawan, kita jelaslah. Jadi Pakatan Harapan, PPBM akan menentang BN, PAS. Itu mungkin kaedah dan mungkin mudah bagi rakyat buat pilihan,” katanya.
Salahuddin berkata PH akan mengadakan sidang akhbar besar-besaran bersama PPBM jika berakhirnya Februari ini dan PAS masih menunjukkan sikap tidak mahu bekerjasama.
“Meskipun PAS mengaku tidak bersama Umno, kita mahu beritahu rakyat, walaupun tidak mengaku, merekalah yang menolong Umno,” katanya kepada Sinar Harian.
PAS memutuskan hubungan dengan DAP apabila parti itu tidak sehaluan dengan hasrat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 355 berkaitan pemerkasaan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Tindakan itu sekali gus menyebabkan hubungan kerjasama parti komponen dalam Pakatan Rakyat berkecai dan akhirnya terbentuknya parti serpihan PAS, Amanah selepas