GOLONGAN MUDA WAJIB TOLAK BN DAN PENASIHAT BN – PEMUDA AMANAH

PRK SUNGAI BESAR: 80% PENGUNDI CINA TOLAK PAS

UGUTAN NAMPAKNYA SUDAH BERMULA



Menteri  di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, pengundi di Sungai Besar perlu memilih calon BN dalam pilihanraya kecil 18 Jun ini sekiranya mahu mendapatkan bantuan segera daripada kerajaan Pusat.

Sebaliknya, kata beliau, sekiranya wakil pembangkang yang menang, ia menyebabkan bantuan yang seharusnya sampai ke Sungai Besar akan lambat tiba.

Kalau Budiman tidak dipilih nanti, kadang-kadang bantuan agak lambat sampai kerana bukan sesama parti dalam kerajaan. Biasanya kalau sesama parti dalam kerajaan, ia lebih mudah dalam membantu dan memberi perkhidmatan kepada orangramai, katanya yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak.
Tidakkah ini sebenarnya suatu ugutan kepada pengundi?

Sejak bila bantuan kerajaan berdasarkan parti? Bukankah semua rakyat, tanpa mengira parti apa sekali pun, mereka membayar cukai yang sama kepada kerajaan?

Adakah BN sudah mula cemas dan terdesak di Sungai Besar sehingga terkeluar kata-kata berupa ugutan seperti itu?

Ini baru ugutan secara terbuka, belum lagi yang dilakukan secara tertutup, yang disampaikan kepada kumpulan kecil pengundi, dibisikkan dari telinga ke telinga dan pelbagai cara lainnya.

Ini juga baru seorang menteri yang dikesan melakukan ugutan, mungkin semua menteri yang datang ke Sungai Besar turut melakukan perkara yang sama.

Apakah menteri ini ingat sekarang seperti di zaman 60an atau 70an di mana segala-galanya mesti bergantung kepada kerajaan persekutuan?

Sedarkah beliau bahawa kerajaan negeri Selangor pun tidak lagi dipimpin oleh parti yang sama dengan kerajaan persekutuan dan banyak kerusi Parlimen di negeri itu juga adalah milik pembangkang?

Pernahkah kita dengar ada rakyat Selangor "mati tak makan" atau kebuluran semata-mata kerana bantuan kerajaan persekutuan lambat sampai?

Jika kerajaan persekutuan tidak mahu membantu, bukankah kerajaan negeri sentiasa ada sebagai galang gantinya?

Dengan ugutan terbuka Nancy yang mewakili kerajaan pimpinan Najib Razak itu, adalah penting untuk pengundi Sungai Besar membuktikan bahawa mereka ada maruah, harga diri dan bukan "pengemis"  yang segala-galanya mesti bergantung kepada kerajaan persekutuan.

Kalau pun kerajaan persekutuan memberi bantuan, bukankah ia sebenarnya sebagai balasan atas pelbagai cukai, sama ada secara langsung dan tidak langsung, yang dibayar oleh rakyat?

Jangan lupa juga, di sebalik kononnya kerajaan pusat sedia memberi bantuan, mereka sudah pun membebankan pengundi Sungai Besar dengan cukai GST, hutang 1MDB, beban hutang negara yang berkali ganda, penarikan subsidi serta membayar sebahagian kemewahan pemimpin, anak isteri dan keluarganya. ( SH 07/06/2016).

Bukan kejutan jika menang, tetapi kejutan kepada negara, kata calon Amanah


Calon Amanah Kuala KangsarCalon Amanah Kuala Kangsar
Calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli menganggap bukan satu kejutan jika beliau keluar sebagai pemenang dalam pilihan raya pada 18 Jun ini.
Namun katanya ia merupakan satu kejutan kepada negara kerana beliau yakin ramai yang tidak menjangka parti yang usianya belum sampai setahun mampu memenangi pilihan raya.
Justeru Ahmad Termizi berharap beliau yang mewakili Amanah dan Pakatan Harapan akan menang bergaya dalam PRK kali ini bagi memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat.
“Bukan kejutan kalau Amanah menang di Kuala Kangsar tapi akan memberi kejutan kepada negara kerana ramai yang tak menjangka parti lapan bulan boleh menang. Kita mahu menang besar, mengharapkan menang bergaya. Minta doa semua,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan risalah kepada pengundi di Jalan Kangsar, Pekan Kuala kangsar petang semalam.
Mengulas fasa awal kempen, beliau berkata majoriti penduduk yang ditemui memberikan respons yang positif namun tidak menafikan ada segelintir yang kurang senang apabila didekati.
“95 peratus penduduk yang saya temui di pasar menunjukkan respons yang sangat baik tapi adalah lima peratus lagi yang tidak menerima dan seumpamanya tapi secara keseluruhan mereka menunggu parti seperti ini (Amanah),” katanya yang tidak kekok beramah mesra dengan penduduk setempat kerana beliau merupakan anak jati Kuala Kangsar.
Termizi, 61, berasal dari Kampung Suak Petai di Manong, Kuala Kangsar lahir dalam satu keluarga besar dari keturunan Datuk Maharaja Lela dan mempunyai 9 anak hasil perkahwinannya dengan Kamaliah Binti Nordin.
Beliau pernah menjadi Dekan Fakulti Fizik, UTM di samping Ahli Senat universiti yang terkenal dengan teknologi itu.
Melihat komen kepada video KiniTV memaparkan Ahmad Termizi bertemu pengundi yang dimuat naik di facebook pula, seorang pembaca dengan nama Abu Bakar Az-Zubaidy berkata gaya pergaulan dan pertuturan Ahmad Termizi menyerupai bekas presiden Pas Datuk Fadzil Mohd Noor.
“Gaya pergaulan dan pertuturan prof saling tak tumpah iras Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Ditambah lagi wajah yang seakan-akan arwah. Bagus. Teruskan momentum ini. Semoga prof beroleh kemenangan dan suatu hari prof bakal memimpin AMANAH ini. Ketokohan prof amat terserlah. Syabas,” tulisnya.

Bebaskan Rakyat, Selamatkan Malaysia: Pakatan Harapan sedia lakar naratif baru melawan BN



SUNGAI BESAR, 7 JUN: DAP hari ini menegaskan bahawa hanya Pakatan Harapan sebagai gabungan parti-parti pembangkang yang utuh, mampu untuk menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil di sini dan di Kuala Kangsar.
Setiausaha Publisitinya, Tony Pua berkata, ini kerana gabungan pembangkang itu mempunyai lebih kerusi (Parlimen dan DUN) berbanding parti atau gabungan parti pembangkang yang lain, sekaligus mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menumbangkan BN yang diterajui Datuk Seri Najib Razak.pc pakatan harapan
“Itu sebabnya adalah penting bahawa (PRK) ini merupakan satu pertarungan antara Pakatan Harapan melawan UMNO BN.
“Dan bagi rakyat tak kira UMNO atau PAS, atau rakyat yang sebelum ini sudah menentang BN, kita perlu bersama-sama berikan undi kepada Pakatan Harapan untuk (kita dapat) mencapai matlamat (itu),” katanya dalam sidang media Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Parti Amanah Negara (Amanah), di sini, semalam.
Selain Tony, turut hadir adalah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dan Ahli Jawatankuasa Amanah, Dr. Dzulkefly Ahmad.
 pc pakatanharapan2
Dalam sidang media yang sama, Dr. Dzulkefly mengumumkan slogan Pakatan Harapan sebagai “Bebaskan Rakyat, Selamatkan Malaysia”.
Slogan itu dipilih berdasarkan senario politik dan sosio-ekonomi semasa yang kian meruncing, antaranya skandal kewangan melibatkan 1MDB, kos sara hidup yang tinggi, konflik perkauman dan perbalahan agama, dan institusi-insitusi penting yang hilang wibawa.
“Pilihanraya Kecil ini merupakan pertarungan terakhir sebelum ‘perang besar’ PRU ke-14 akan datang,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menegaskan bahawa kemenangan buat Pakatan Harapan di kedua-dua kawasan Parlimen berkenaan akan memberikan mesej yang jelas bahawa pakatan pembangkang bersedia untuk menumbangkan UMNO-BN pada Pilihanraya Umum akan datang.
“Sebaliknya kekalahan kepada Pakatan Harapan akan membawa maksud dan persepsi bahawa pentadbiran Najib dan segala dasar-dasar buruknya seolab-olah dipersetujui rakyat,” tambah kenyataan itu lagi.
Sementara itu, Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, PKR sebagai sebuah parti komponen Pakatan Harapan menyokong penuh calon Amanah seperti yang telah dipersetujui.
Malah, katanya, sokongan itu jelas dengan kehadiran Menteri Besar Selangor yang juga Naib Pengerusi PKR, Azmin Ali pada penamaan calon Pakatan Harapan Sungai Besar, semalam.
“Dalam tema kita iaitu “Bebaskan rakyat, Selamatkan Malaysia” harus diingat, komitmen yang ditunjukkan Pakatan Harapan akan jadi pemangkin kepada kebolehan kita (Pakatan Harapan) melakar sebuah naratif melawan UMNO-Barisan Nasional,” katanya.

Bukan soal cabar PASpc pakatanharapan1

Selain itu, Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, setiap komponen parti dalam Pakatan Harapan akan melakukan sidang media bersama bagi memberikan gambaran yang jelas terhadap keutuhan kerjasama antara parti dalam pakatan berkenaan kepada rakyat.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada Amanah seolah-olah mencabar PAS apabila meletakkan calon di kedua-dua kawasan yang dipertandingkan, Khalid menafikan perkara tersebut dan menyifatkan ia hanya dalam ‘minda’ PAS sahaja.
“Kita lawan Barisan Nasional untuk kita kejutkan rakyat bahawa Pakatan Harapan ingin membawa perubahan terhadap negara,” tegasnya.
Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong setelah Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon, meninggal dunia dalam tragedi malang nahas helikopter di kawasan Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu yang turut melibatkan lima lagi individu, termasuk Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.
Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar di Perak juga akan diadakan pada tarikh yang sama, iaitu 18 Jun. – Roketkini.com

ABDULLAH KHAIRI DISARAN MASUK JADI CALON



MASUK POLITIK LEBIH BAIK BUAT ABDULLAH KHAIRI..KITA FAHAM DIA SEORANG YANG BIJAK DARI JURUTERA SAMPAI MENJADI USTAZ..BELAJAR BAHASA ARAB SENDIRI DAN MENDAPAT ANUGERAH DOKTOR FALSAFAH....NAMUN JANGAN MANJATUHKAN SEORANG PEJUANG RAKYAT JIKA NAK BANDINGKAN DENGAN MAT SABU MASIH JAUH. JAUH DARI SEGI PERJUANGAN MENENTANG UMNO/BN. MASING MASING PUNYA KELEBIHAN.... MASUK DULU PENJARA BUKAN SEKADAR KE PULAU KETAM DAN CABUT BALIK...ITU BELUM MERASAI TAHAP PERJUANGAN MENENTANG PEMERINTAH YANG ZALIM...BUKA PONDOK DENGAN WAKAF DARI BERBAGAI PIHAK TANPA FAHAMAN POLITIK DAN ADALAH LEBIH BAIK ABDULLAH SENDIRI MEMBINA KEKUATAN PONDOK BELIAU DENGAN KULIAH YANG  LEBIH MASYARAKAT HORMATI SEBAGAI SEORANG PENDAKWAH TANPA MEMPERKECILKAN ORANG LAIN...MAT SABU BERJUANG KETIKA ANDA MASIH DI BANGKU SEKOLAH.LAWAN BN/UMNO SEPATUTNYA TUJUAN UTAMA. DEDAHKAN 1MBD, DEDAHKAN RASUAH, LAWAN PENINDASAN DAN KEMAJUAN EKONOMI MELAYU...KUATNYA ORANG MELAYU ..KUATNYA HARAPAN UNTUK MEMBINA KEKUATAN AGAMA MELALUI AGENDA HUDUD...BUKAN BERSEKONGKOL DENGAN UMNO/BN YANG JELAS MENGAMALKAN RASUAH...




Mat Sabu tidak ambil hati ceramah menghina, anggap "adik-adik" berlatih ceramah


Kempen Amanah di Kuala Kangsar semakin diterima rakyatKempen Amanah di Kuala Kangsar semakin diterima rakyat
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu tidak ambil hati terhadap perbuatan menghina beliau dengan kata-kata buruk sebagaimana yang viral di media sosial.
"Ada yang kecam saya. Naik atas lori panggil saya dengan nama yang buruk.
"Saya tak marah. Saya rasa adik-adik itu berlatih berceramah. Saya faham sangat adik-adik saya dalam parti Islam itu," katanya.
Mengulas soal penghinaan salah seorang penceramah Pas terhadap namanya yang digelar 'Mata Sabun' pada hari penamaan calon semalam, Mohamad berkata beliau tidak mengambil hati soal itu.
Beliau sebaliknya menyeru "adik-adik dalam Pas" untuk mengundi calon Amanah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar kali ini.

Sambil membahasakan dironya sebagai "abang", bekas timbalan presiden Pas itu berkata, ahli Pas perlu sedar bahawa sejarah membuktikan parti Islam itu tidak pernah menang pilihan raya ketika bersorangan.

"Kepada saudaraku ahli Pas, adik-adikku yang ku kasihi. Kamu boleh terus undi calon Pas, tapi tak boleh menang pilihan raya. I'm sorry to say that.

"Oleh itu saudaraku, adik-adik yang berada dalam parti Islam, nak kekal dalam parti itu silakan, tapi tolong undi parti Amanahmewakili Pakatan Harapan. Ini sahaja yang boleh mencabar Barisan Nasional," katanya pada ceramah kelompok di Lembah Sayong malam tadi.

Mohamad berkata, hanya selepas mengadakan tahaluf dengan parti lain, barulah Pas menang termasuk di Kelantan selepas bersama Semangat 46 dan di Kedah dan Perak pada 2008 ketika bersama dalam Pakatan Rakyat.

Lonjakan paling ketara katanya pada pilihan raya umum 2013 apabila Pakatan Rakyat mendapat 52 peratus undi popular berbanding BN.

"Formula inilah ditakuti oleh BN. Tapi sayang Pakatan Rakyat telah berpecah. Dan yang paling gembira adalah BN.
"Sebab itu dengan cepat kita tubuhkan Amanah dan mengusahakan bersama dengan rakan-rakan lain tubuhkan Pakatan Harapan" katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, beliau tidak pelik dengan jumlah ahli Pas yang ramai hadir semasa hari penamaan semalam kerana ahli parti itu memang terkenal dengan sikap taat dan sukarela bekerja.

Namun katanya, pilihan raya adalah soal jumlah undi dan bukan soal kekuatan anggota parti semata-mata.

"Sebab itu bila setiap kali pilihan raya kita tak dapat capai kemenangan," katanya merujuk kepada parti yang pernah disertainya lebih 36 tahun itu.