PRK Sungai Besar: 80% pengundi Cina tolak Pas
Berbeza dengan dua pilihan raya umum lalu (2008 dan 2013) masyarakat Cina memberikan sokongan padu kepada PAS, kali ini, dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar, masyarakat Cina bertekad tidak akan memberi PAS walaupun satu undi.
Tinjauan di Sungai Besar yang dilakukan oleh beberapa NGO dan DAP mendapati masyarakat Cina sudah tidak mempercayai PAS.
Tinjauan koresponden Suara pakatan daily di sana pula mengesahkan fenomena penolakan besar-besaran terhadap parti ‘mesra BN’ itu.
Seorang penjual buah-buahan, Michael Loh, 68, berkata, pendirian Pas tidak teguh dan kini semakin rapat kepada BN membuat beliau tidak akan lagi mengundi parti itu dalam PRK 18 Jun ini.
“Pendirian PAS tak teguh. Dulu kata ‘PAS Untuk Semua’ dan bercakap seperti pembangkang tegar tetapi kini sudah memihak kepada pihak lawan pula.
“Ini memberi kesan kepada masyarakat Cina. Kami tertanya-tanya sama ada PAS boleh dipercayai dalam pendiriannya berhubung isu-isu hangat dan kontroversi (penyelewengan BN) pada masa ini,” katanya.
Lebih 100 pengundi Cina yang ditinjau menyatakan dengan jelas bahawa mereka ‘tidak perlu pikir dua kali untuk menolak PAS’.
Sebab-sebab yang diberi kerana pemimpin PAS sudah melupakan isu-isu politik yang hangat seperti 1MDB, seolah-olah isu tersebut tidak penting lagi.
Sebab-sebab yang diberi kerana pemimpin PAS sudah melupakan isu-isu politik yang hangat seperti 1MDB, seolah-olah isu tersebut tidak penting lagi.
Manakala faktor yang paling penting mengapa masyarakat Cina menolak PAS kerana parti itu tidak langsung menumpukan isu ekonomi dan kedudukan kewangan negara yang tenat.
Seorang wargamas, pemandu teksi yang mahu dikenali sebagai Uncle Lum berkata, lebih 80 peratus pengundi Cina akan memilih Amanah pada PRK 18 Jun.
“Amanah hanya perlu berkempen yakinkan masyarakat Melayu untuk membuat pilihan bijak. Masyarakat Cina akan undi mereka,” katanya.