Fitnah Guan Eng: Tantawi dibidas nitizen di facebook
Laman Facebook Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan hari ini dihujani kritikan ramai netizen yang mengaitkan gejala fitnah dengan kecenderungan Ahli Parlimen Temerloh itu menggunakan nama Allah dalam status di media sosial itu pagi tadi.
Ditulis kira-kira jam 10 pagi, beliau menulis, “Saya mula langkah dan tindakan serta sikap yang saya ambil untuk memulakannya hari ini dengan Nama Allah swt. Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ameen. Rahmaaaka Abghii Ya Ilaahi. Raadhian.”
Walaupun status berkenaan meraih lebih 380 ‘likes’ setakat pukul 3 petang tadi, majoriti komentar daripada 74 komentar berbaur sindiran dan kecaman daripada pengguna Facebook.
Reaksi netizen terbabit dipercayai ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang mengarahkan Nasrudin membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng gara-gara artikel kontroversinya, ‘Apa beza Kidex dan Penang tunnel?’ pada 6 Ogos 2014 lalu di Facebook beliau.
Aliff Ashraff secara menyindir berkata, jika dirinya di tempat Nasrudin, beliau akan bersara dan melepaskan semua jawatan politik sebaliknya menjadi penjual kitab sepenuh masa.
“Ostad (Ustaz) betulkah ostad telah
Amalan org berserban dalam politik kini:
Kafir sebaik mana pun adalah kafir yg mesti diperang
Islam berserban seburuk mana perangai pun mesti dibela
Islam berserban seburuk mana perangai pun mesti dibela
memfitnah LGE (Lim Guan Eng) dalam isu tender terbuka? Insaflah ostad. Jangan fitnah,” tegasnya lagi.
Bagi Azmawi Azizan, beliau mendoakan Parlimen Temerloh yang mempunya komposisi campuran Melayu, Cina dan India akan bertukar Ahli Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
Menghangatkan lagi situasi di ruangan komentar bagi status pemimpin Pas itu apabila terdapat sebahagian komentar menyebut lutut dan siku iaitu ungkapan popular dalam perbahasan Nasrudin pada Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-61 tahun lalu.
“Tarik ustaz tarik. Jangan lupa, bulan depan pertandingan tarik tali tu. Pastikan pingat emas di genggaman. Gunakan lutut dan siku tu baik-baik,” selar Faizzmeer Syafiq Ruslan.
Begitu juga Ahmad Nafiah yang berkata, “Mana siku, lutut? Mulut tak ada insurans terimalah padahnya. Malu cara ostaz bercakap suka fitnah orang walaupun beliau (Lim Guan Eng) kafir”
Manakala Ezany Elias membidas, “Apasal tarik balik? Teruskan sajalah. Lain kali jangan cakap pakai siku dan lutut.”
Nasrudin tarik semula kandungan artikel, bersetuju bayar RM10,000 kepada LGE
Posted by Buletinmutiara on Sunday, January 17, 2016
GEORGE TOWN - Ketua Penerangan Pas yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan at-Tantawi memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini bahawa beliau 'kesal' membuat kenyataan tidak berasas dalam akaun Facebooknya terhadap Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.
Nasrudin memberitahu Mahkamah Tinggi Pesuruhjaya Kehakiman, Lim Chong Fong bahawa beliau 'kesal' memuatnaik status di akaun Facebooknya pada 6 Ogos 2014.
"Setelah meneliti dokumen yang dikemukakan di mahkamah, saya kesal kerana artikel saya telah mencetus salah faham dan tidak mempunyai asas ke atas Ketua Menteri.
"(Oleh itu) kedua-dua pihak bersedia untuk tidak memanjangkan kes ini dan saya akan menarik balik artikel yang dibuat pada 6 Ogos 2014 yang tidak mempunyai asas terhadap Ketua Menteri," kata Nasrudin di hadapan hakim di sini, tadi.
Chong Fong kemudian memerintahkan kes itu ditolak dan mengarahkan defenden (Nasrudin) untuk membayar RM10,000 sebagai kos kepada plaintif (Guan Eng).
Nasrudin diwakili oleh Wan Rohimi Wan Daud manakala Guan Eng, Datuk N. Murali.
MALAM SEBELUM PERBICARAAN CERAMAH DI SG ACHEH