Hudud: PAS akan berpatah arang dengan PR?
OLEH : AMIRULMUKMININ
Krisis perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan kini semakin meruncing. Golongan ulama PAS berkeras ingin melaksanakannya manakala golongan profesional parti itu berbelah pendapat.
Bagi golongan profesional, mereka masih melihat wujudnya keperluan menangguhkan Hudud sekiranya terdapat perbalahan hebat dalam kalangan anggota PR. Mereka berbalik kepada hujah perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad SAW dan kafir Quraisy.
Hudaibiyah sangat popular ketika Ustaz Fadzil Noor menjadi Presiden PAS. Tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR ketika itu membenarkan PAS menangguhkan sementara Hudud sehingga parti itu memenangi pilihan raya umum dan memerintah Malaysia bersama gabungan pembangkang.
Namun aliran keras dalam PAS hari ini tidak membenarkan hal itu berlaku. Dalam keadaan banjir besar di Kelantan sekali pun mereka tidak mahu bertangguh meluluskan pindaan ke atas enakmen Hudud.
Seolah-olah sokongan dari Umno Kelantan akan hilang jika Hudud tidak dipinda pada 29 Disember ini. Namun adakah Umno ikhlas menyokong Hudud?
Penganalisis politik melihat Umno hanya berhelah menyokong Hudud. Sokongan itu lebih kepada strategi politik dan bukannya sikap ikhlas dalam diri mereka. Umno sedar PAS gagal meraih sokongan mantap dalam PRU lalu berikutan kurangnya kemajuan ekonomi di Kelantan.
Undi popular PAS yang diraih dari pengundi tempatan tidak sampai 50 peratus. PAS hanya menang besar 2/3 majoriti akibat undi anak perantau yang pulang ke kampung. Mereka terpengaruh dengan slogan ‘Ini Kalilah’. Anak rantau amat teruja ingin melihat Anwar Ibrahim menjadi PM.
Kekalahan PAS terbukti tanpa undi anak rantau dalam pilihan raya Pengkalan Kubur pada September 2014. Anak rantau tidak mahu pulang kerana tidak puas hati terhadap sikap pemimpin PAS yang menghina Anwar dan PKR dalam krisis Menteri Besar Selangor. PAS kalah teruk dalam PRK itu.
Umno mencongak PAS tidak akan sehaluan bersama PR dalam PRU ke 14. Oleh itu berkemungkinan besar sebahagian anak rantau tidak akan pulang ke Kelantan. Dengan pengundi tempatan yang bosan menghadapi kelemahan pemimpin PAS, terutama menguruskan situasi mangsa banjir baru-baru ini, tentu sekali undi terhadap PAS merosot teruk.
Langkah PAS berdegil mahu meluluskan Hudud tanpa berunding dengan rakan politik dalam PR mungkin menempah nasib buruk. Tindakan yang sama pernah dilakukan Hadi Awang selaku MB Terengganu pada 2003 yang mengisytiharkan dokumen Negara Islam.
Pada pilihan raya 2004 PAS kalah teruk di Terengganu. PAS juga tidak begitu dipercayai oleh kaum Cina dan India di negeri-negeri lain. Hanya selepas pembebasan Anwar pada 2004 dan lagenda politik itu kembali aktif pada 2006, barulah kaum bukan Islam menerima PAS atas ‘magnet’ Anwar dan harapan mereka Anwar mampu melunakkan PAS.
Namun dengan sikap ‘tidak pedulikan Anwar’ dan komponen PR yang lain ditunjukkan ulama PAS maka sokongan terhadap PAS merosot ke tahap terendah. Nasib yang sama di Terengganu akan berulang di Kelantan sekiranya PAS tersilap langkah.