Punca Hutang 1MDB Malaysia Bernilai
RM22.25 Bilion Meningkat Mendadak RM25.7++ Bilion Dalam Tempoh Hanya 9
Bulan? : Ringgit Malaysia semakin lemah di pasaran sekarang memberikan
beban besar kepada 1MDB. Masakan tidak sebahagian besar hutang 1MDB
adalah terdiri daripada matawang dolar Amerika.
Sekarang ini, 1MDB dibebankan hutang
sejumlah RM42 bilion yang mana pecahannya anda boleh semak seperti di
bawah ini berdasarkan laporan kewangan 1MDB yang berakhir pada 31 Mac
2014 lalu :
KLIK SINI : 1MDB Berbelanja Mewah. 1MDB Berjudi di Pulau Cayman Island? Jaminan Keuntungan Lebih 30%!
Daripada hutang berjumlah RM42 bilion,
Pecahan hutang dalam matawang dolar Amerika bernilai RM22.25 bilion
bersamaan US$7.4 bilion telah meningkat sebanyak RM3.96 bilion menjadi
lebih RM25.7 bilion gara-gara kejatuhan mendadak ringgit Malaysia pada
ketika ini sejak 9 bulan yang lalu pada kadar 6.5%.
Ini bermakna 1MDB berada dalam risiko
yang cukup besar apabila kejatuhan nilai ringgit yang bakal menghampiri
RM3.50 bersamaan US$1 menjelang akhir tahun 2015 ini sepertimana yang
dijangkakan oleh kalangan pakar-pakar ekonomi telah memberikan tekanan
kepada beban hutang 1MDB. Dek kerana, kejatuhan ringgit Malaysia tidak
semena-mena 1MDB telah menambah nilai hutang mereka sejumlah RM3.96
bilion sekaligus menambah tekanan 1MDB untuk menjelaskan hutang tersebut
kelak.
Kenaikan Hutang 1MDB Dalam Dolar Amerika Naik?
- Malah pada ketika tukaran dolar Amerika kepada ringgit Malaysia pada kadar RM3.00 dan RM3.20 pun telah menyebabkan hutang 1MDB telah bertambah RM2.4 bilion
- Angka hutang terus bertambah secara tiba-tiba dek kerana kejatuhan ringgit menjadi RM3.96 ketika nilai matawang Ringgit Malaysia terhadap Dolar Amerika pada paras RM3.40 untuk setiap dolar Amerika selepas terbeban dengan kerugian berjumlah RM663 juta melalui laporan kewangan 1MDB yang berakhir 31 Mac 2014.
Pinjaman 1MDB dengan Maybank Investmant
Bank pada tahun 2012 juga telah beberapa kali distruktur semula
dek kerana berhadapan masalah untuk menjelaskan hutang tersebut.