Memang semenjak dua menjak ini kita lihat bagaimana PAS cuba untuk berbaik baik dengan Umno dan dilihat kurang mesra dengan PR.Keadaan ini berlaku sejak kes MB Selangor dan dilihat kini PAS sudah tidak selesa bersama PR. cumanya PASma dilihat sebagai satu alternatif dalam membawa sokongan ahli PAS yang bersetuju untuk bersama Pakatan menentang regim Umno.
oleh: Al Hussein Kita tengok siapa yang kena.....
Kerajaan negeri Kelantan
akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri khas pada 29 Disember
untuk mempercepatkan pelaksanaan hudud di negeri ini.
Menteri Besar Kelantan,
Ahmad Yaacob dilaporkan berkata pindaan itu adalah sebahagian daripada
prosedur kerajaan negeri, sebelum membawa rang undang-undang ahli
persendirian ke Parlimen untuk mendapatkan kebenaran bagi Kelantan
menguatkuasakan hudud.
Hasrat PAS mahu membawa
rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud
dilaksanakan di Kelantan nampaknya telah tidak mendapat ‘restu’
rakan-rakan tahaluf siayasinya, DAP dan PKR.
Dalam satu kenyataannya, Haron Din yang menganggap Hudud sebagai nyawa PAS telah berkata, “Apa yang dibuat DAP telah mencacat dan mencarik-robek tahaluf, kalau terus-menerus demikian, maka DAP yang mengoyak kertas tahaluf kerana Pas tidak pernah mempertikai asas perjuangan DAP,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini

PAS berkata parti itu masih memerlukan musuhnya Umno untuk melengkapkan perjuangan mereka untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam atau hudud.
Parti itu juga percaya rang undang-undang persendirian mengenai hudud ke parlimen akan menjadi ujian terakhir keikhlasan Umno terhadap orang Islam.
Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah - satu-satunya pemimpin dalam PAS yang dibenarkan bercakap tentang hudud kepada media - tidak ada jalan bagi PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud tanpa Umno membuka jalannya. Sila baca lagi di sini .
Sementara itu menurut
Setiausaha Agongnya, Rafizi Ramli, PKR telah mengadakan mesyuarat
berhubung hasrat PAS itu, tetapi merahsiakannya kepada umum.
Namun pendirian PKR
dalam isu tersebut dapatlah dihidu dan dikenal pasti melalui kenyataan
seorang ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Latheefa Koya yang
menggesa PAS Kelantan harus mengutamakan keadilan sosial seperti agihan
zakat dan
bukannya pelaksanaan undang-undang hudud.
PAS dilihat kini sudah tidak perlu apa-apa bantuan dari rakan-rakannya
lagi.PAS perlu berjalan sendirian tanpa bersama rakan-rakan DAP dan PKR
berada di kiri kananya. Mungkin PAS beranggapan, apalah yang dapat
diharapkan sangat dengan rakan-rakan tahaluf siyasinya yang hanya
mempunyai 36 ahli parlimen Islam untuk menyokong hudud.Hudud adalah
nyawa PAS.
Sedangkan BN mempunyai
101 ahli parlimen Islam. Sokongan dari BN inilah yang sangat diperlukan
oleh PAS bagi merealisasikan nyawa Hududnya bernafas di Kelantan.
Nik Amar menegaskan bahawa parti itu tidak akan menyertai Umno dan BN, sekadar memerlukan sokongan anggota parlimen Umno bagi memastikan rang undang-undang persendirian itu diluluskan bagi membolehkan pelaksanaan undang-undang Hudud.
Wahai Nik Amar, siapa yang kata PAS akan masuk Umno? Tapi seperkara yang tidak dapat dinafikan ialah PAS lebih mesra Umno dan keras permusuhannya terhadap rakan-rakanya (DAP dan PKR).
Apakah Nik Amar ingat Umno itu bodoh sangatkah untuk tidak mendapat sesuatu daripada sokongan yang diberikannya itu? Percumakah?
Ada ubi ada batas. Ada budi ada balas! Begitulah yang terjadi antara PAS dan Umno sekarang ini. PAS lah sebenarnya yang mengoyak syarat Tahaluf Siyasi Pakatan Rakyat bila sanggup menerima tangan yang dihulurkan oleh Umno. Tujuan Umno yang sebenar adalah untuk memecah belahkan pemuafakatan Pakatan Rakyat ....Pemimpin PAS sendiri pun sering gatal mulut kata nak keluar Pakatan tapi masih tunggu juga!Tunggu apa tunggu?

Saya sekadar mengharap,
PAS tidak dikhianati oleh janji-janji manis Umno yang berjanji akan
menyokong rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan
hudud dilaksanakan di Kelantan.Kita tengok - siapa yang kena?