PETALING JAYA 13 FEB: KEADILAN akan membuat laporan kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah
terbaru membabitkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, pendedahan terbaru laman Sarawak Report mengenai syarikat Regent Star Company Limited melibatkan konsesi balak di Sarawak.
Katanya, Regent Star adalah syarikat dikawal Onn Mahmud, iaitu adik kepada Taib dan pernah disiasat di Jepun atas tuduhan mengelak cukai mencecah 1 bilion yen.
Semalam, kata Rafizi Sarawak Report menunjukkan dengan jelas kaitan di antara Regent Star dengan Jamilah Taib, anak kepada Taib Mahmud sendiri.
Satu bukti dokumen pemindahan wang sebanyak USD20 juta dari Richfold Investments Limited iaitu syarikat pelaburan yang turut dikawal oleh Onn Mahmud (seperti juga Regent Star) kepada Sakto Development Corporation yang dimiliki oleh Jemilah Taib dan suaminya telah ditampilkan.
“Saya difahamkan bahawa bukti-bukti terbaru dalam bentuk dokumen yang mengaitkan Pehin Seri Taib Mahmud kepada syarikat-syarikat pelaburan luar negara yang disiasat oleh pihak berkuasa di sana akan dikemukakan untuk membantu siasatan.
Menurut Rafizi, dengan bukti-bukti baru yang dikemukakan ini, beliau akan membuat satu laporan SPRM terhadap Taib Mahmud di Putrajaya, esok.
Beliau juga menggesa Perdana Menteri menasihati Yang Dipertuan Agong agar membuat pendirian tegas bahawa mana-mana calon bagi jawatan TYT perlu diisytiharkan bebas daripada siasatan SPRM.
“Ini untuk mengelakkan salah guna jawatan TYT untuk mendapatkan kekebalan dari pendakwaan,” katanya yang akan menulis secara rasmi kepada SPRM hari
Sehubungan itu, Rafizi berkata, selagi siasatan masih berjalan, Taib tidak boleh dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baru selepas bersara sebagai ketua menteri.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, pendedahan terbaru laman Sarawak Report mengenai syarikat Regent Star Company Limited melibatkan konsesi balak di Sarawak.
Katanya, Regent Star adalah syarikat dikawal Onn Mahmud, iaitu adik kepada Taib dan pernah disiasat di Jepun atas tuduhan mengelak cukai mencecah 1 bilion yen.
Semalam, kata Rafizi Sarawak Report menunjukkan dengan jelas kaitan di antara Regent Star dengan Jamilah Taib, anak kepada Taib Mahmud sendiri.
Satu bukti dokumen pemindahan wang sebanyak USD20 juta dari Richfold Investments Limited iaitu syarikat pelaburan yang turut dikawal oleh Onn Mahmud (seperti juga Regent Star) kepada Sakto Development Corporation yang dimiliki oleh Jemilah Taib dan suaminya telah ditampilkan.
“Saya difahamkan bahawa bukti-bukti terbaru dalam bentuk dokumen yang mengaitkan Pehin Seri Taib Mahmud kepada syarikat-syarikat pelaburan luar negara yang disiasat oleh pihak berkuasa di sana akan dikemukakan untuk membantu siasatan.
KEADILAN buat laporan SPRM terhadap Taib
“Ini bermakna siasatan di Jepun mengenai tuduhan mengelak cukai sudah tentu akan melibatkan siasatan ke atas Taib Mahmud sendiri melalui bukti-bukti yang mengaitkan keluarga beliau sendiri dengan penerimaan bayaran komisen balak,” katanya dalam kenyataan media.Menurut Rafizi, dengan bukti-bukti baru yang dikemukakan ini, beliau akan membuat satu laporan SPRM terhadap Taib Mahmud di Putrajaya, esok.