TENGOK MENTERI YANG HALAU FAUZIAH BALIK KUANTAN KETIKA BANJIR....DIA MAKAN ANGIN DILUAR NEGARA

 

 

 

 Sengaja aku petik dari blog orang kampung.supaya berita ini dihebahkan untuk bukan sahaja di Sabah malahan memberi kesedaran kerana mamat ni yang jadi yb di kebinatangan melalak dalam dewan kemain malah mengutuk YB Fauziah Salleh kerana kononnya tidak membantu rakyat Kuantan.Kita lihat aksi mewah beliau di luar negara....amacam....

 

Gambar Bung Mokhtar Dan Isteri ..Bercuti dan Bermewah di Hollywood dan Los Angeles ..US






Inilah sikap Pemimpin BN Yang Suka Bermewah Mewah..Biar Hampa makan Kangkung...Kami Makan Asparagus n..Brokoli..Banyak duit sunggoh hampa..pi sampai Las Vegas ni...

Pendek akal jika kata PRK bazir wang rakyat – Dr Aziz Bari

Pendek akal jika kata PRK bazir wang rakyat – Dr Aziz Bari



KUALA LUMPUR 30 JAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang tidak harus dilihat membazirkan wang rakyat bahkan ia dibenarkan perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen, kata Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari.
Aziz berkata, perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh juga tidak salah dari sudut undang-undang, mahupun prinsip moral.
interview aziz bari isu perlembagaan perakpix : fahmirep : tiada wartawan“Bagi saya perletakan jawatan itu tidak salah; baik undang-undang atau moral. Perlembagaan mengizinkan dan terpulang kepada pengundi di DUN Kajang untuk memutuskan apa mereka hendak buat kepada parti yang diwakili oleh bekas Adun itu.

“Secara prinsipnya PRK tidak membazirkan duit rakyat. Orang pendek akal dan tidak faham demokrasi perwakilan sahaja yang kata begitu,”

“Jika pihak yang mengecam itu benar-benar sayangkan duit rakyat, mereka perlu menghalang sesiapa bertanding dalam PRK itu nanti,” kata Aziz dalam satu kiriman email kepada keadilan daily.
Menurut Aziz, dalam keadaan apa pun, rakyat mesti mempunyai wakil, samada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun parlimen.

“Sebab itu PRK atau Pilihan Raya Umum (PRU) perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan; baik kerana perletakan jawatan, kematian, hilang kelayakan atau kerana dewan terbubar atau dibubarkan,”

“Anehnya ada peguam yang nampaknya cukup emosi dan marah-marah sampai terlupa kepada perlembagaan,” ujarnya yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).
Ditanya mengenai pendapat mengatakan perletakan jawatan Lee Chin Cheh mengkhianati kepercayaan pengundi, Aziz berkata beliau tidak melihat tindakan itu sebagai suatu pengkhianatan.
“Saya rasa khianat itu hanya boleh dikatakan kepada wakil yang malas, tak peduli kebajikan penduduk atau tidur dalam dewan!

“Letak jawatan tidak khianat. Bahkan kalau bekas wakil rakyat itu berasa perletakan jawatan itu untuk memberi peluang kepada pengundi di Kajang mendapat ADUN yang lebih baik, yang lebih hebat, kita patut puji bekas ADUN tadi,” ujarnya.

Aziz berkata, kedudukan Anwar dalam DUN Selangor dijangka dapat membantu melonjakkan ekonomi di Selangor, berdasarkan rekodnya sebagai menteri kewangan dan hubungan rapat dengan pemimpin antarabangsa.

“Saya fikir khidmat beliau sebagai penasihat ekonomi dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor adalah bukti komitmen beliau. Kedudukan Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia boleh mendapat lonjakan dengan adanya beliau dalam DUN Selangor.

“Mengenai hubungan luar itu sudah jelas; beliau boleh gunakan kedudukan dalam DUN untuk memastikan Selangor menjadi nadi penggerak enjin ke Putrajaya. Saya fikir ini yang menyebabkan para pemimpin Umno resah,” ujarnya.

Perhatian di kawasan luar bandar

Selain itu, menurut Aziz, tumpuan akan dapat diberikan kepada penduduk luar bandar yang disifatkannya terbiar dan tidak mendapat perhatian sewajarnya, sekiranya Anwar berjaya menduduki kerusi di DUN Selangor.

“Ini penting kerana dalam PRU13 kerusi, parlimen Selangor tidak bertambah dan ini bertumpu di kawasan-kawasan miskin luar bandar yang ramai penduduk Melayu seperti Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Tanjong Karang dan Kuala Selangor yang kesemuanya dimenangi oleh BN.


“Dalam pada itu kawasan-kawasan bandar jelas terbiar, tidak banyak beza dengan pentadbiran BN. Ini mungkin kerana kerajaan negeri terlalu asyik melihat baki dalam bank tanpa mempedulikan penderitaan rakyat miskin, baik di dalam apalagi di luar bandar,” kata Aziz merujuk rizab simpanan tunai Selangor.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim punya rekod cemerlang dalam memberi perhatian kepada kawasan luar bandar,” ujarnya lagi.


Najib dan menteri akhirnya tunduk, setuju rekonsiliasi nasional diterajui Anwar

Najib dan menteri akhirnya tunduk, setuju rekonsiliasi nasional diterajui Anwar

najib razak politik


Syukur Alhamdulillah akhirnya asakan demi asakan membuahkan hasil dan diharap idea baru dari PR akan membuahkan hasil polisi negara yg lebih baik bersih cekap dan adil berbanding sekarang penuh kerahsiaan dan memualkan. Tambah rekod buruk menterinya samada dari segi diplomasi dan siasah serta strategi politik yg lintang pukang lagi kampungan lagaknya yg sering menjadi mangsa parodi gags dan troll di media sosial.
Ana Ghoib keep your enemy closer…namun kerosakan sudah dilakukan dan ada yg perlu dihukum juga. 

Tahniah Najib atas keberanian spt dilaporkan oleh The Malaysian Insider di bawah:
Putrajaya akhirnya menyambut pelawaan Pakatan Rakyat (PR) apabila bersetuju mengadakan rekonsiliasi nasional dengan gabungan pembangkang tersebut, kata Datuk Seri Najib Razak (gambar) hari ini.
Keputusan tersebut dicapai selepas perdana menteri selesai berbincang dalam satu mesyuarat Kabinet hari ini.

“Dalam mesyuarat Kabinet hari ini, menteri saya dan saya meneliti rancangan untuk menubuhn dan mempromosikan suasana yang kondusif dan membantu mempromosikan rekonsiliasi nasional menerusi perpaduan dan konsensus dalam negara,” kata Najib dalam satu kenyataan hari ini.

Najib menggariskan empat perkara dalam rekonsiliasi nasional tersebut dan akan bertanggungjawab sebagai ketua dalam mencapai matlamat demi kebaikan untuk negara.

“Rancangan rekonsiliasi nasional itu akan berasaskan empat kunci utama iaitu sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa dan melihat pada masa depan, saya akan mengetuai pelaksanaan perubahan ini dengan harapan membawa semua rakyat Malaysia berada dekat antara satu sama lain,” kata Najib.
Najib juga yakin PR akan menyambut cadangan tersebut terutamanya selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tawaran sama baru-baru ini.

“Saya terharu dengan gesaan pembangkang yang mencadangkan satu konsensus dan saya yakin mereka akan mengalu-alukan perkembangan terbaru ini,” katanya.
Bagi memastikan cadangan rekonsiliasi nasional tersebut dicapai, Najib menggesa semua pihak perlu bersedia berhenti daripada menyebarkan penipuan dan fitnah, serta menghentikan politik kebencian.

“Bagi semua mencapai ini, kita semua perlu berhenti menyebarkan penipuan dan fitnah, seterusnya menghentikan politik kebencian.”

Selain itu, Najib juga berharap cadangan tersebut akan membawa hasil yang positif kepada generasi masa depan negara.

“Kita mesti bekerja ke arah Model Perpaduan Sosial bagi memastikan perpaduan kekal sebagai objektif bersama bagi generasi masa depan negara,” katanya.

Bagaimanapun, Najib menegaskan rekonsiliasi nasional tersebut bukanlah sebuah pembentukan kerajaan perpaduan tetapi sebaliknya membuktikan keterbukaan kerajaan dalam mencapai kesepakatan dalam perkara tertentu.

“Ingin saya tegaskan di sini, rancangan ini bukan termasuk pembentukan apa-apa kerajaan perpaduan.
“Namun, kita mesti melihat untuk menjadi lebih inklusif dalam aktiviti dan majlis,” katanya.
Langkah pertama ke arah komitmen rekonsiliasi tersebut akan bermula dengan penubuhan jawatankuasa bi-partisan di Parlimen, kata Najib.

“Kami terbuka untuk berbincang dengan semua parti dan boleh gunakan Parlimen termasuk penubuhan jawatankuasa bi-partisan untuk berbincang mengenai isu melibatkan perpaduan nasional,” katanya.
Najib juga mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk menyokong rekonsiliasi nasional tersebut.
“Dalam beberapa bulan ini, kamu akan lihat perubahan yang akan menjadikan Malaysia lebih kuat, lebih bersatu dan menjadi negara yang lebih kohesif.

“Saya jemput semua rakyat Malaysia untuk bersama dalam pelayaran ini,” katanya.
The Malaysian Insider melaporkan hari ini Najib akan memulakan langkah untuk mempertahankan diri daripada serangan pengkritik yang tidak henti-henti menyerangnya sejak bulan lalu selepas pemilihan Umno pada Oktober.

Difahamkan presiden Umno itu akan mengadakan pertemuan dengan ketua bahagian, pemberi pendapat dalam parti dan penyokongnya untuk menangani kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan beberapa veteran parti yang lain.

Najib dijangka menggariskan apa yang beliau percaya sebagai motif di sebalik semua serangan di ruang siber, hampir serupa dengan kempen yang akhirnya menyebabkan Tun Abdullah Badawi melepaskan jawatannya pada 2009.

Ahad lalu, Anwar sekali lagi mengulangi tawaran konsensus nasional dan Najib memberikan reaksi positif apabila berkata perkara tersebut akan dibawa berbincang ke Kabinet.

Selepas pilihan raya umum ke-13 di mana BN mendapat keputusan paling buruk dalam sejarah, pentadbiran Najib dilihat bergelut menangani hubungan antara kaum dan agama dalam negara dan diburukkan lagi dengan kenaikan harga barang.

Umno JANGAN KALUT SOAL PKR.....SELESAI DULU SOAL CALON.

Tu la Umno, lain kali jangan dok kalut rumahtangga orang... Selesai dulu calon....






Akar umbi mahu calon Umno di Kajang Abdul Rahim Sabri | 12:58PM Jan 30
  • dikemaskini 1.57pm Umno Hulu Langat berkata, permintaan itu dibuat ekoran kegagalan MCA mendapat sokongan kaum Cina dalam pilihan raya umum sejak lima tahun lalu.

DAH TENTU LA BOLEH....



YA LA JADI PERDANA MENTERI TAK PELINGKIUP PERWAJA....ADA ANAK BERANAK DIA KAYA RAYA.YA LA KENA BERHENTI PASAI DAH NAK LINGKUP NEGARA....TU KENA HALAU..KELUAQ MASUK UMNO....PKFZ LINGKUP 12 BILLION.....




Tuntut keadilan buat jururawat seluruh Malaysia

 Terlalu banyak ketidakadilan yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan terhadap Jururawat2 seluruh Malaysia. Ada yang telah pun mengadu pada saya melalui suami mereka.

Tak kisah lah anda jururawat dari sektor swasta atau pon gomen.. Mesti ada masalah yang sama..

Kementerian Kesihatan adalah kementerian yang pada pendapat saya sebuah kementerian yang lembab dan lemah dalam pengurusan. Ia perlu di tegur dgn keras memandangkan secara lembut sudah tidak berhasil.

Antara ketidakadilan pada jururawat adalah:

1. Jururawat yang bekerja pada waktu malam tidak disediakan makanan: Di manakan jururawat2 ini hendak pergi ketika perut lapar pada waktu malam. Tidak ada restoran yang buka pada waktu ini. Bekalan yang dibekalkan adalah seperti satu jenaka besar. Iaitu milo 3-in-1 satu paket. Itu sahaja.

2. Kadang-kala jururawat disuruh bekerja tanpa cuti selama lebih dari seminggu. Ini adalah zalim. Mentang-mentanglah jururawat semua perempuan. (laki sikit saja)

3. Terdapat kecurian pembayaran masa bekerja jururawat ketika bekerja malam selama 2 malam sahaja berbanding 3 malam.

4. Keselamatan jururawat adalah seperti bergantung di hujung tanduk. Bayangkan tempat letak kereta yang gelap pada waktu malam. Ruang pejalan kaki juga gelap. Dan ada kalanya polis membiarkan penjenayah yang tercedera duduk bersama jururawat seorang diri di dalam bilik untuk menerima rawatan. Apakah ini?

5. Pakaian jururawat: Perlu di buat supaya tidak terlalu seksi dan ketat. Banyak hospital swasta yang bercirikan islamic telah pun menukar fesyen pakaian jururawat supaya tidak mencerminkan imej seksi.

6. Jururawat adalah pekerja kerajaan yang agak penting. Walau tidak dinaikkan gaji, mereka perlu di jaga kebajikannya. Sudah lah gaji sikit. Masa kerja pula sangat banyak. Bila berkeluarga...tak lama lepas tu terus berhenti kerana terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk anak dan suami. Banyak yang boleh dilakukan di sini. Mungkin diadakan daycare yang mengikuti waktu kerja nurse. Free. Makanan juga disediakan kepada nurse untuk dibawa pulang selepas waktu kerja kerana kebiasaannya mereka ini selepas kerja terlalu penat untuk masak.

Banyak lagi masalah jururawat yang masih belum kita tahu.. Harap jururawat berani kehadapan luahkan masalah mereka.


Saya kat sini nak tekankan isu Pakaian jururawat: Perlu di buat supaya tidak terlalu seksi dan ketat. Banyak hospital swasta yang bercirikan islamic telah pun menukar fesyen pakaian jururawat supaya tidak mencerminkan imej seksi.

Kita bermula dengan focus isu ini dulu kemudian kita mula fokus kepada masalah lain satu persatu.. Jika terlalu banyak nanti kita hilang fokus untuk mendesak KKM..

Jururawat perlu berpakat dan kuat untuk lawan dan mendapat hak anda..

Apa pendapat Kementerian Kesihatan ? Sila prihatin sedikit lah masalah jururawat ini ..

Lama dah mereka tak selesa dengan pakaian macam nie sebab banyak saja mata liar mencuci mata..

PM jumpa penyokong malam ini, bendung pemberontakan parti

PM jumpa penyokong malam ini, bendung pemberontakan parti


January 29, 2014
Latest Update: January 29, 2014 03:55 pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka bertemu penyokongnya malam ini. Gambar fail.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka bertemu penyokongnya malam ini. Gambar fail.   





























Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam ini memulakan langkah untuk mempertahankan diri daripada serangan pengkritik yang tidak henti-henti menyerangnya sejak bulan lalu selepas pemilihan Umno pada Oktober.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa presiden Umno itu akan mengadakan pertemuan dengan ketua bahagian, pemberi pendapat dalam parti dan penyokongnya untuk menangani kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan beberapa veteran parti yang lain.

Najib dijangka menggariskan apa yang beliau percaya sebagai motif di sebalik semua serangan di ruang siber, hampir serupa dengan kempen yang akhirnya menyebabkan Tun Abdullah Badawi melepaskan jawatannya pada 2009.

Taklimat itu adalah tanda yang menunjukkan Najib dan barisan penasihat akhirnya menerima hakikat bahawa serangan bertubi-tubi dan berterusan terhadapnya adalah perkara yang serius serta memberi kesan terhadap pegangan kuasanya.

Najib dilantik sebagai presiden Umno bagi penggal kedua selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti dan hampir semua orangnya berada dalam Majlis Tertinggi Umno, tetapi itu tidak menghentikan kritikan yang menggunung mengenai kepimpinannya.

Tetapi, tidak ada bahaya yang mendesak menunjukkan Najib akan kehilangan kuasanya dalam parti atau Parlimen, walaupun wujudnya spekulasi menyatakan pengkritiknya mahu beliau meletakkan jawatan sebelum akhir tahun ini.

Mandat Najib sebagai presiden parti adalah sehingga 2016 manakala kerajaan pemerintah Barisan Nasional ada sehingga 2018 sebelum penggal tamat.

Langkah berdiam diri yang diambilnya terhadap serangan dalam parti dan di alam siber dilihat sebagai tanda kelemahan, hampir serupa dengan sikap “senyap bergaya” Abdullah ketika bekas perdana menteri itu dikutuk dan dilabelkan sebagai “Slumberjack”.

Orang kuat Najib yang juga Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengarahkan pengkritik menggunakan saluran dalam parti untuk menyuarakan kegusaran dan tidak puas hati masing-masing.

Secara jelas pesanan itu ditujukan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang sebelum itu mengeluarkan kenyataan potongan subsidi Najib akan memberi kesan kepada sokongan terhadap BN pada pilihan raya akan datang.

Bapa Mukhriz, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik BN di bawah pentadbiran Najib dengan berkata gabungan itu lemah dan kerajaan sepatutnya memotong perbelanjaan, bukan subsidi.

Daim, bekas penasihat ekonomi kerajaan dan menteri kewangan, dalam satu mesyuarat tertutup di Umno Merbok, 10 hari lalu, turut berkata BN boleh kehilangan kerajaan jika pilihan raya diadakan pada waktu sekarang dengan polisi semasa BN terkini.

Perdana menteri juga menjadi bahan lawak di alam siber berhubung kenyataannya yang meminta rakyat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan apabila berlaku kejatuhan harga, bukan hanya tahu menyalahkan kerajaan ketika harga naik.

Sumber dalam Pejabat Perdana Menteri berkata pembantu khas Najib menuduh adiknya, ketua CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berniat “jahat, serangan tertutup” terhadap abangnya menerusi artikel yang disiarkan sempena mengingati pemergian ayah mereka, Tun Abdul Razak Hussein ke rahmatullah pada 1976.

Dalam artikel yang disiarkan oleh The Malaysian Insider dan dua media lain, Nazir memuji allahyarham bapanya yang memegang sifat integriti dan langkah berjimat dan berkata, pemimpin negara patut kembali ke pangkal jalan untuk membangunkan negara.

Najib yang mula memegang tampuk kuasa pada April 2009 berjanji untuk berubah dan melaksanakan liberalisasi menerusi landasan 1Malaysia dan berkata, zaman “kerajaan tahu yang terbaik” sudah berlalu.
Tetapi, perubahan yang dilaungkannya menyebabkan BN kalah lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dan ekonomi Malaysia merudum dengan ramalan global agak suram sehingga memaksa Najib memotong subsidi dan memperkenalkan cukai penggunaan untuk memastikan kadar kewangan yang positif.
Potongan subsidi dan gaji minimum mandatori serta peningkatan kos sara hidup datang serentak bersama serangan terhadap perdana menteri yang sering melakukan lawatan ke luar negara dan kegagalannya mengawal perbelanjaan awam.

Selepas teruk dikritik, Najib mengumumkan 11 langkah untuk berjimat tetapi pengkritik berkata, ia terlalu sedikit dan sudah terlambat hingga memerlukan Dr Mahathir kembali ke Putrajaya untuk memulihkan nasib Malaysia. – 29 Januari, 2014.



KENAPA?

Bagaimana PR hendak menawan Putrajaya kalau MB Selangor cuma berminat untuk memotong perbelanjaan negeri.

Perkara lain semua tak nak buat. Kawasan Melayu tak mau dibangunkan. Jalan dibiarkan berlubang. Kutipan sampah lebih teruk berbanding zaman BN dan banyak lagi.

Yang penting kena simpan, simpan, simpan. Berbangga simpanan berbillion tapi naikkan sewa sana sini.

Buat bajet negeri besar2 tapi tak mau belanja

Sesiapa bawa kertas cadangan akan ditolak dgn mentah2 tanpa alasan kukuh walaupun kertas cadangan tu sebut untuk bersihkan daftar pemilih dari pengundi hantu.

MB Selangor sanggup lihat UMNO menang Selangor dgn menipu hanya kerana mengikut perangai kedekut tak bertempat dia. Dia sanggup tak mau keluar duit untuk bersihkan Daftar Pemilih Selangor padahal 2 tahuin sebelum tu dia dah diberitahu.

Suka tak suka Anwar kena tukar MB.

Tidak mau buat kesilapan di Kedah apabila 3 tahun sebelum PRU telah diberitahu kalau tidak ditukar MB Kedah PAS akan jatuh dan kalah.

Adakah nak tunggu PR kalah di Selangor baru Anwar Ibrahim hendak bertindak?





PAS WAJAR BELAJAR -YDP PAS KOTA MELAKA

PAS wajar belajar dlm isu prk DUN Kajang. Walaupun kemelut pengunduran ADUN PKR dikecam byk pihak dgn alasan membazir wang rakyat, tenaga petugas parti, mengkhianati amanah rakyat namun demi survival politik "tindakan drastik" perlu dibuat bg org politik utk masa dpn parti gabungan PR dan sebuah kerajaan yg perlu dipertahankan utk kesinambungan pru 14.

BN tidak senang dgn kemenangan PR di Sgor bukan baru tapi semenjak 2008 lagi. Pelbagai usaha dirancang BN utk menjatuhkan PR. Isu Teo Beng Hock sbgai contoh bagaimana BN pergunakan SPRM utk memerangkap ADUN DAP. Jadi tidak mustahil perancangan merampas Sgor berjalan sehingga kini ditambah lg Pengerusi Perhubungan Umno Sgor ialah Najib sendiri yg mempunyai rekod merampas Perak dari Pakatan.

Kalau dilihat isu-isu yg berbangkit di Sgor menggusarkan kita sebagai kjaan mentadbir di S'gor. Bagaimana cukai perlesenan dinaikan bagi peniaga pasar malam, gerai dirobohkan bahkan dlm isu Langat 2 dan kenaikan gaji ADUN serta Exco sbgai contoh telah menyebabkan pimpinan Pakatan bertelagah. Semua ini berpunca dari sikap MB Khalid yg membuat keputusan sendiri dan dilihat mengikut telunjuk pegawai kerajaan negeri . Tindakan beliau tidak mencerminkan kehendak parti bahkan melangkaui keputusan Pakatan Rakyat.

Perlu diingat, kerajaan yg ditadbir mestilah dipandu oleh parti. Segala dasar mesti dirujuk atau mendapat konsesus parti gabungan. Utk rekod beliau pernah mengatakan tidak percaya kpd org politik tetapi lebih percaya kpd pegawai kerajaan. Kita maklum SUK Dato' Khusrin adalah ahli umno yg sedia diperalatkan oleh umno bn. Kebimbangan kita ialah MB Khalid "menjayakan misi" umno menawan Sgor.

PAS boleh bersuara dlm isu ini tetapi suara kita akan dipandang rendah kerana PAS juga yg menyokong Khalid sbgai MB. Walaupun kita berhujah memberi peluang kedua kpd Khalid utk berubah. Dlm isu Perak PAS juga boleh dipersalahkan kerana Nizar tidak membubarkan DUN dikala situasi mendesak bila ADUN-ADUN PR mula diperangkap dgn isu rasuah. Dlm isu Kedah juga PAS dilihat takut utk membuat keputusan menghentikan krisis kepimpinan yg berlaku akibat dari tindakan MB yg membuat keputusan sendiri.

Apapun yg berlaku PAS sbgai sebuah parti politik perlu melihat dan belajar sepak terajang politik.

Harun Mohamad
YDP PAS Kota Melaka

Rafizi: Anwar ke Kajang pertahan Selangor jika Najib disingkir

Rafizi: Anwar ke Kajang pertahan Selangor jika Najib disingkir

RafiziKUALA LUMPUR 29 JAN: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang dan meletakkan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil sebagai tindakan untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Menurut Rafizi, adalah rahsia terbuka bahawa plot untuk menyingkir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah dimulakan oleh kem dalam Umno pro-bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Sebagai ahli strategi parti, saya tidak menolak kemungkinan bahawa Najib akan disingkir oleh kumpulan ultra Umno yang diketuai puak Dr Mahathir Mohamad,” kata Rafizi, dipetik dari blognya hari ini.

Kata Rafizi, pentadbiran Menteri Besar Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim menunjukkan prestasi baik semenjak enam tahun lepas, namun terdapat ruang untuk diperbaiki dalam banyak bidang terutamanya berhubung dinamik terkini dalaman Umno.

“Sekiranya Najib jatuh, dijangkakan manipulasi terhadap isu-isu perkauman dan agama untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan terhadap kerajaan Selangor,” katanya.


Tambah Rafizi, serangan dan rancangan untuk merampas Selangor dengan cara tidak bertanggungjawab akan bermula untuk menyingkir Najib yang kini dalam kedudukan lemah.


Justeru Rafizi menjelaskan kontroversi dan dinamik politik dalaman Umno perlu difahami pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara berhubung rasional pilihan raya kecil N25 DUN Kajang.


Benteng Pakatan Rakyat Selangor, ‘Langkah Kajang’ ke Putrajaya

Benteng Pakatan Rakyat Selangor, ‘Langkah Kajang’ ke Putrajaya

RafiziKUALA LUMPUR 29 JAN: Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang menjadi pemangkin kepada Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya mengambilalih pentadbiran negara daripada Barisan Nasional.

Pengarah Strategi kEADILAN, Rafizi Ramli berkata, KEADILAN dan Pakatan Selangor memerlukan benteng kukuh bagi mempercepat pembaharuan dan pada masa yang sama menangkis serangan politik dan pergerakan oleh Umno.

“Kuncinya adalah pilihan. Mempunyai pilihan bermakna mempunyai fleksibiliti pergerakan yang dapat melepasi permainan Umno di Selangor terutama berhubung kontroversi kaum dan agama,” kata Rafizi dipetik dari blognya, hari ini.

Katanya, Pakatan Rakyat memerlukan pemimpin tertinggi yang berkemampuan mempertahankan Selangor dari dirampas BN kerana negeri tersebut seperti mutiara kepada mana-mana parti politik di Malaysia..
“Oleh itu keputusan Anwar Ibrahim bertanding memberi pilihan kepada kita (Pakatan Rakyat) melaksana keperluan semasa dengan tersusun.

“Kerja itu belum selesai dan kita bersedia untuk menghadapi satu lagi pusingan serangan dari Umno,” kata Rafizi.

Merujuk pengalaman Britain dalam perang dunia kedua, kata Rafizi, Perdana Menteri Kabinet Perang Winston Churchill mengambil keputusan tidak popular dan kekal sebagai suara minoriti berbanding pihak lain di Eropah yang mengambil pendirian menyenangkan pihak Nazi.

“Churchill berdiri sendiri ketika setiap yang lain di Eropah tunduk kepada Hitler,” kata Rafizi.
Justeru katanya, Selangor menjadi dua kali lebih baik daripada yang ada hari ini jika ia menjadi satu contoh bagi Pakatan Rakyat dalam usaha untuk ke Putrajaya.


“Sama seperti Istanbul adalah pemangkin untuk Erdogan dan Jakarta adalah pemangkin untuk Jokowi.
“Selangor boleh menjadi pemangkin yang baik untuk Pakatan Rakyat mengambilalih Putrajaya.


“Saya berharap satu hari nanti apabila kita di Putrajaya, kita boleh melihat kembali kepada hari-hari sukar dalam apa yang akan dikenali sebagai ‘Langkah Kajang’ sebagai perubahan perjuangan dalam usaha menawan Putrajaya,” kata Rafizi.

APABILA BERUK DAN MONYET MENGOMEN

Adoiii. pakcik penat la bila nak layan cibai mana ka dok mengomen.Yang bagusnya dok hantar nama tak bernama.Penakut juga.Kalau nak trace akaun dia memang la boleh,Tapi sebagai sebuah laman demokrasi , biar saja lah monyet terjun dengan labu-labunya...siot

Nasrudin: Main-main kosongkan kerusi Kajang

ALAHAI TANTAWI...SEDAPNYA MULUT HANG DOK KUTUK MEMBAZIR LA APA LA....Masa Rosmah peqabih duit,masa Najib sewa n beli jet,anak Rosmah beli kondo...hang sepatah haqam pun tak cakap...Tapi Tulang Besi ada yang nak dedahkan dulu sebab UG???? Nak pecah lobang ka bro?.......Masa Mahfuz jadi ketua Pemuda ...dia di depan-depan demontrasi....Masa hang...muka tak pernah masuk paper pun......Jadi kena bijak la bercakap.Jangan melepasi wala' pada ketua...




“Saja-saja letak jawatan untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain.

"Macam main-main saja!” katanya yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS.“Malang bagi ADUN Kajang yang mengabaikan amanah dan mempersiakan kepercayaan rakyat kepada beliau.

“Lebih malang kerana permainan ini dilihat cuba untuk 'mengkangkungkan' rakyat,” kata Nasrudin.




‘Awan kuda’ muncul di Kota Kinabalu

‘Awan kuda’ muncul di Kota Kinabalu

awan kuda


Kedatangan Tahun Baru Cina setiap tahun membawa makna yang besar bagi masyarakat Tionghua seluruh negara.
Namun di Kota Kinabalu tahun ini, ia adalah sesuatu yang unik berbanding tahun-tahun sebelumnya apabila seorang jurugambar secara tidak sengaja berjaya mengambil gambar awan berbentuk seakan-akan seekor kuda.
Jurugambar tersebut, Jimmy Omar, berada di puncak Bukit Padang sekitar jam 6.59 pagi semalam ketika terpandang imej awan tersebut.
Menyedari akan keunikan tersebut, beliau yang kebetulan membawa kamera dengan sepantas kilat mengabadikan detik tersebut.
Kelihatan dalam gambar adalah bentuk awan yang menyerupai seekor kuda yang sedang berlari dengan Gunung Kinabalu sebagai latar belakang.
awan kuda di sabah
Dalam ruang Facebook beliau Jimmy menafikan penggunaan sebarang aplikasi komputer seperti Photoshop atau penggunaan sebarang kesan khas dan menegaskan ia adalah gambar asli.
Malahan beliau turut mengakui sebagai bertuah kerana dapat menangkap gambar imej tersebut.
Setakat berita ini ditulis, gambar ini telah mendapat 469 ‘likes’ serta dikongsi sebanyak 263 kali hanya beberapa jam selepas gambar ini disiarkan.
Manakala kebanyakan pengunjung rata-rata turut memberikan komen serupa melihat bentuk awan tersebut seperti seekor kuda.
Imej kuda di langit ini adalah sesuatu yang unik dan ianya mungkin berlaku secara kebetulan.
Bagaimanapun, ia adalah suatu kebetulan yang amat bermakna kepada masyarakat Cina kerana mereka akan menyambut Tahun Kuda dalam Tahun Baru Cina yang menjelang tiba.

Saya tanding untuk ganti Khalid hanya spekulasi - Anwar






 YANG INI DAH MELALAK DAH.....ADOIIIII...TERENGGANU TUMBANG...KEDAH TUMBANG.....SAPA PUN TAK CAKAP....


http://www.malaysiakini.com/news/252990




KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan kononnya pemilihan beliau sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sebagai usaha membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Ketua Pembangkang itu juga berkata, dakwaan bahawa beliau ke arah menggantikan kerusi Menteri Besar yang kini disandang Tan Sri Abdul Khalid itu hanya spekulasi.

"Itu hanya spekulasi, sekarang kita tumpukan kepada pilihanraya kecil yang akan datang.

"Tan Sri Khalid teruskan kerja dia sebagai Menteri Besar," jelas beliau pada sidang media hari ini.

Ketika ditanya bahawa timbul persepsi negatif sebahagian rakyat terhadap perletakaan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh kemudian disusuli pula pengumuman beliau bertanding, Anwar berkata keputusan itu perlu dilihat ke arah menambah baik perkhidmatan untuk rakyat.

"Tidak bangkit isu persepsi dari rakyat dari keputusan yang telah dibuat, ini merupakan peluang untuk kita membuat lonjakan kepada rakyat," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sementara itu, Pengerusi Perhubungan PKR Selangor, Mohamad Azmin Ali menyambut baik keputusan yang dibuat oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Keputusan telah dibuat dan saya menyambut baik keputusan dari pucuk pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Bagi PKR Selangor kita akan bermesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut bagi menghadapi pilihan raya kecil nanti," jelas beliau.
Share on Myspace

SAMPAI TERBERAK!!!! ... KES SAMAN RM100 JUTA DSAI .... PAPAGOMO TIDAK MENGAKU DIA PAPAGOMO.

SAMPAI TERBERAK!!!! ... KES SAMAN RM100 JUTA DSAI .... PAPAGOMO TIDAK MENGAKU DIA PAPAGOMO.

Dalam perbicaraan saman fitnah RM100juta oleh DSAI terhadap blogger pro UMNO bekas Konstable polis kena buang kerja pasal rasuah budak penagih dadah RM400 yang masuk penjara 14 hari dan denda RM10,000, Wan Muhammad Azri Wan Deris a.k.a Papagomo langsung menggigil kepala lutut cuak takut tidak mengaku yang dia tu papagomo.

Satu dunia sudah tahu mamat melaon ini papagomo sampaikan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini dalam kes saman fitnah telah mengesahkan yang Wan Muhamad Azri Wan Deris adalah blogger pro UMNO Papagomo.

Utusan pun sahkan yang dia papagomo.


Sampai di Mahkamah lagi sekali guna hujah kononnya dia bukan papagomo ... Bukankah bodoh kangkung piang namanya tu.

Ingatkan hebat berani .. rupa-rupanya penakut bacul punya blogger .. badan jer besar macam kerbau tapi jiwa lebih penakut dari tikus mondok.

Kalau keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur lain pun dah sahkan dia papagomo dan sanggup lagi menipu ... apa kerja yang dia tidak sanggup menipu dan memfitnah.













Berita penuh
http://networkedblogs.com/TcjA8

Anwar as the Selangor MB?

Anwar as the Selangor MB?

 
Raja Petra says that Anwar will contest in a state by-election to allow him to assume to the top post.


PETALING JAYA: Plans are afoot within PKR to make the party’s de facto leader Anwar Ibrahim as the new Selangor Menteri Besar to replace the embattled Khalid Ibrahim.

 This move is expected to solve the power struggle between Khalid and his nemesis Azmin Ali, who is the state PKR chief.

Popular blogger Raja Petra Kamarudin, in his latest posting in Malaysia-Today, said that negotiations were ongoing to make Anwar the Menteri Besar so that neither Khalid nor Azmin gets the job.
According to Raja Petra, he was informed that DAP and PAS have agreed that Khalid be removed as MB, as the PKR Supreme Council is demanding.

“But they do not want Azmin Ali to replace Khalid,” he added.
He said that under the plan that was being worked out, a PKR state rep would quit his seat to allow Anwar to contest for the seat in a by-election.

“And if Anwar wins the by-election, Anwar would take over as Menteri Besar,” he further said.
“To sack Khalid and replace him with Azmin is no-go. Not to sack Khalid would mean the Selangor crisis would never be solved.

“The only way, therefore, is for Anwar to become the Menteri Besar so that neither Khalid nor Azmin gets the job.

“I was told that negotiations are ongoing even as you read this,” he said.

It is also learned that the DAP hierarchy has agreed to this plan while it is unknown on how PAS would take it. It is also uncertain as to how the Sultan of Selangor will view this development.

In the May 2013 GE, both DAP and PAS won 15 seats each while PKR won 14, following which there were calls from PAS for the party’s candidate to be chosen as the MB.

At the same time, there were also attempts made to make Azmin as the new MB. However Khalid was eventually allowed to retain the MB post in the spirit of Pakatan camaraderie.
In recent weeks, the relationship between Azmin and Khalid deteriorated following the former’s removal from the Selangor State Development Corporation (PKNS) board.

Many blamed Khalid for this as his move to strengthen his position for the April party polls. Khalid is expected to challenge Azmin for the deputy president’s post.

The PKNS fiasco resulted in PKR state reps and party leaders in support of Azmin to call upon the party to remove Khalid as the state MB, and replace him with their man Azmin.

Earlier this week, the party officially announced that there were no moves to remove Khalid.
However Raja Petra’s article today suggests that deals are being negotiated behind the scenes to see Anwar, who is also the state economic advisor, assume the top post in the state.

Raja Petra said a clearer picture could emerge in Anwar’s “Special Address to Malaysians” in Bandar Sunway tomorrow.

Also read:

RPK’s article: Is this about the Selangor MB?

Anwar guna RM3billion, Najib guna RM70 billion

Anwar guna RM3billion, Najib guna RM70 billion


Tetapi bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menggunakan RM237 bilion dari duit Petronas.
SEREMBAN: Tokoh muda PKR,  Rafizi Ramli  mendakwa dedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim  ketika menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun dari 1991 hingga 1998 hanya menggunakan RM3 bilion duit Petronas setiap tahun untuk perbelanjaan kerajaan.
“Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan sebelum dia kena dipecat pada tahun 1998, tiap-tiap tahun Anwar hanya ambil duit Petronas RM3 blion sahaja untuk perbelanjaan kerajaan.

“Tetapi bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (dalam tempoh menjadi Perdana Menteri) menggunakan RM237 billion dari duit Petronas (perbelanjaan kerajaan).

“Sepanjang Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri sejak 2009, tiap-tiap tahun kerajaan Barisan Nasional ambil RM70 billion setahun dari duit Petronas (perbelanjaan kerajaan),” jelas Rafizi yang juga ahli parliman Pandan.

Beliau yang juga Pengarah Strategi PKR berkata jika kerajaan kata tidak ada wang itu tidak betul kerana pendapatan negara lebih dari mencukupi.

“Minyak itu hasil rakyat, milik rakyat. Kamu boleh ambil untuk kamu bermewah dengan macam-macam projek kamu buat. Tapi untuk bagi 20sen, 30 sen satu liter (minyak) kepada rakyat, kamu berkira besar.
“Sebab itu kalau dia (kerajaan) kata tak ada wang, itu tidak betul, kerana jumlah wang yang dikutip daripada cukai rakyat cukup tinggi, jumlah wang yang diperah dari Petronas cukup tinggi.
“Soal kewangan pendapatan (negara) tidak cukup itu tidak betul,” katanya di hadapan lebih 500 orang diceramah penerangan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan kerajaan anjuran Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di Seremban malam tadi.

Bajet 4B

Dalam ceramah yang bertajuk ‘GST mencekik rakyat’ itu, Bekas Pengurus Bank Negara dan Pakar Ekonomi, Dr Rosli Yaakop pula menyifatkan bajet kerajaan umumnya adalah Bajet 4B.

“Saya panggil bajet kerajaan sebagai Bajet 4B sebab boros, bazir, bocor dan berhutang.
“Perbelanjaan lebih kurang RM264 bilion tetapi pendapatan negara sekitar RM224 bilion. Maka defisit setiap tahun ialah RM40 bilion.
“Dah 16 tahun negara alami defisit. Dah 16 tahun belanja lebih dari hasil. Dia (kerajaan) beritahu kita hutang negara ketika ini RM500 bilion.
Itu pun dah besar.

“Yang sebenarnya hutang negara dianggarkan dah mencecah RM600 bilion.
“Yang GLC (syarikat berkaitan kerajaan) pinjam, yang kerajaan tanggung jaminan dia, tak terkira dalam hutang negara.

“Saya jangka pada tahun 2020, hutang negara mungkin akan mencecah RM1 trilion,” kata Dr Rosli.

Dua jabatan digaji tapi fungsi sama

Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong (DAP) pula mempertikaikan bagaimana kerajaan boros dengan menggajikan dua jabatan kerajaan untuk membuat kerja yang sama.

“Malam ini kita ada kawan-kawan dari cawangan khas (Polis DiRaja Malaysia). Kalau ada ceramah memang ada cawangan khas. Cawangan khas ini biasalah, kawan baik kita. Tetapi ada satu lagi jabatan yang membuat kerja yang sama iaitu Jasa (Jabatan Hal Ehwal Khas).

“Kenapa kerajaan membayar gaji kepada dua jabatan sedangkan dua pasukan ini membuat kerja yang sama, iaitu menyalurkan infomasi tentang aktiviti Pakatan Rakyat kepada kerajaan.

“Di Negeri Sembilan contohnya ada 36 kawasan Dewan Undangan Negeri dan ada 36 pegawai Jasa. Saya lebih rela menaikkan gaji kawan-kawan cawangan  dan polis daripada menggunakan dua jabatan yang membuat kerja yang sama,” ujar Teo.


Turut hadir dan berceramah ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani.




Anak Rosmah mesti dedah punca kewangan mampu beli hartanah mewah

Anak Rosmah mesti dedah punca kewangan mampu beli hartanah mewah

Riza_AzizKUALA LUMPUR 24 JAN: Riza Shahriz Abdul Aziz, anak kepada isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor mesti menjelaskan kepada rakyat Malaysia punca kekayaanya di luar negara, kata ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Kata Johari, ini kerana kedudukan bapa tirinya, Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menimbulkan keraguan tentang punca kewangan Riza Aziz.
“Dia kena jelaskan kepada rakyat Malaysia, dari mana duit yang diperolehinya. Sedangkan dia baru sahaja bekerja di salah sebuah bank disana” kata Johari kepada Keadilandaily.
Sarawak Report sebelum ini mendedahkan Riza Shahriz memiliki hartanah mewah iaitu rumah agam seluas 11,500 kaki persegi di West Hollywood berharga harga AS$17.5 juta ((RM58.21 juta) pada September 2010.
HOLLYWOODDifahamkan kediaman asal diruntuhkan dan dibina baru lengkap dengan kolam renang yang sangat luas di laman bahagian depan.
Sumber memberitahu pembinaan semula melibatkan kos melebihi harga asal menjadikan hartanah itu menghampiri AS$33.5 juta yang dibeli di New York pada 2012.
Ia didaftarkan atas nama syarikat 912 North Hillcrest Road (BH) LLC di Delaware.
Tambah Johari, kediaman yang dimiliki Riza itu di dalam kawasan mewah dan kos penyenggaraan cukup mahal kerana beliau pernah ke negara itu.
“Di negara kita ada juga peniaga dan usahawan, tetapi tidak mungkin dapat mengumpul pendapatan yang mencecah jutaan ringgit dalam masa yang singkat,” katanya.

KRONOLOGI PEMBUNUHAN KEJAM....HUKUM PEMBUNUH YANG MENAGIH INI

Kes Bunuh Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah : Gambar Suspek & Kronologi Pembunuhan!

kes Nursyafiqah
Kes Bunuh Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah : Tak terbayang rasanya derita & seksanya jiwa yang dicabuli, dirogol apatah lagi dibunuh seawal usia kanak-kanak. Inilah risiko kanak-kanak hari ini berdepan sekelompok manusia yang buas dan bertopengkan binatang ini. Bagaimana mungkin rakyat Malaysia boleh terlupa dengan kes pembunuhan kejam kanak-kanak bernama Nurul Huda Gani, (10 tahun) yang telah dirogol dan dibunuh dengan kejam oleh Bekas pengawal keselamatan TNB, Mohd. Abbas Danus Baksan, 52 sekitar tahun 2004. Selain itu, kes HUMAIRA SEPERTI DI SINI)
Nah sekali kejadian seumpama ini berulang lagi kali ini menimpa pula Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah (2 tahun) yang berlaku di Lot 8428 Taman permint Sri Paka, Fasa 32, Paka Dungun Terengganu dalam keadaan cukup-cukup menyayat hati (hampir reput, separuh bogel & berlumuran darah)

Kes Bunuh Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah : Senarai Suspek & Gambar

  1. Ahmad Faizal Bin Abd Wahid (Faizal Bongkok) (B1)
  2. Rabaitul Adawiyyah Binti Mamat (Beah) (ibu si mati) (B2)
  3. Zamari Bin Ahmad (Zamri Gomeng) (B3)
  4. Sofian Hadie Bin Mohd Nor (Pian) (B4)

Kronologi Kes Bunuh Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah

  • Nursyafiqah Abdullah16 Januari 2014 : Zamri Gomeng telah menyewa Kereta myvi putih No TBJ 6264 pukul 3 petang, atas permintaan Pian. Setelah menyewa Zamri serahkan kepada Pian.
  • 17 Januari 2014 : Pukul 11 pagi Pian telah membawa simati (Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah) keluar dari rumah, atas kebenaran Beah. Sehingga pukul 3 petang, Pian tidak pulang rumah. Beah telah berusaha untuk mencari. Waktu petang Beah minta bantuan Faizal Bongkok untuk cari Pian tetapi tidak jumpa. Pada pukul 10:30 pagi, Beah nampak Pian ditepi jalan. Pian beritahu simati (Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah) ada. Beah, Faizal (naik motosikal) pulang ke rumah diekori Pian. Sampai di rumah Pian parking Kereta jauh sikit dan berjalan kaki pulang ke rumah. Pian panggil Faizal keluar dari rumah dan beritahu simati dah hilang. Faizal beritahu Beah. Selepas itu ketiga mereka pergi mencari Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah tetapi tidak jumpa dan ada jumpa bomoh. Lepas balik tidur.
  • 18 Januari 2014 : Pukul 8 pagi, Pian dan Faizal keluar cari dadah. Sampai sebelum tengahari, Beah cari mereka dan jumpa dekat jambatan. Selepas itu buat repot di balai polis Paka. Pian suruh buat repot palsu (Repot:119/14, KEP:01/14) dengan mengatakan pada 17/01/14 pukul 7:30 malam anaknya telah hilang semasa beliau tinggalkan anaknya di dalam kereta untuk berjumpa dengan kawannya di hadapan Restoran Ikan Bakar, Kuala Paka, Paka. Selepas itu pergi Dungun, Kerteh dan balik Paka.
gambar Nursyafiqah
  • 21 Januari 2014 : Pada waktu pagi, Pian tinggalkan Beah dalam rumah dan mengunci rumah. Pukul 10 pagi, Beah terima panggilan telefon daripada kakak menyatakan anaknya Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah telah mati. Beah terjun daripada tingkap dan pergi ke rumah adik. Setelah itu, polis telah sampai.  Pada pukul 10 pagi juga, penyewa Kereta (Bob) mendapati Kereta Myvi parking dlm keadaan tidak berkunci dan seat belt dipotong. Bob terus jumpa Zamri dan Zamri bawa Bob dan kawannya pergi ke rumah nenek Pian. Bob jumpa Pian. Pian telah dipukul dan dibawa ke Kuala Paka dan diserahkan kepada polis. Kereta Myvi telah dirampas. (mohon bantuan unit forensik utk pemeriksaan) Pian masih belum stabil. Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada Pian. (Terdapat juga keraguan samada Arif terlibat atau tidak)
Hasil siasatan pasukan forensik ditempat kejadian :
  • Tempat kejadian merupakan rumah banglo corner lot yang mempunyai 5 bilik dan 2 bilik air.
  • Rumah tersebut tidak berpenghuni dan masih dalam proses penyerahan kunci kepada pemilik.
  • Si mati berada dalam keadaan terlentang dimana kedua-dua kaki berada dalam keadaan terkangkang.
  • Si mati memakai baju gaun warna biru dan keadaan baju terselak menutup muka serta menampakkan kemaluan.
  • Si mati tiada memakai seluar dalam mahupun pampers.
  • Pemeriksaan fizikal mangsa dapati tiada sebarang kecederaan cuma kemaluan dapati dipenuhi dengan darah.
Antara exhibit yang diperolehi ditempat kejadian adalah seperti berikut:-
  1. Swab darah atas lantai dalam bilik air.
  2. Keratan wayar warna putih
  3. Swab peluh pada pemegang pintu dapur
  4. 3 Swab peluh pada pemegang tingkap ruang tamu
  5. Serpihan kayu pintu dapur yang diumpil
  6. 3 cap jari
Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah
Si mati (Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah) telah dihantar ke hospital Kuala Terengganu untuk tujuan post mortem yang akan dijalankan pada 22 Januari 2014 pada pukul 9 pagi. Berita Semasa cukup berasa sedih melihat perkembangan kes bunuh Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah. Sedikit pun tiada perasaan belas melihat kanak-kanak baru berusia 2 tahun. Jikalau manusia normal, mahu dijentik-jentik pun tidak snaggup, inikan pula rogol & bunuh.

MINYAK ORANG KAYA...MINYAK ORANG MISKIN...MALAYSIA PAPA KEDANA CARA ATASINYA

 SEMUA RAKYAT MALAYSIA MISKIN.....ADOIIIII...MERAPU BETOIII

 

 

Kenaikan Harga Minyak Naik Lagi 2014? Jual Minyak RON 95 Kepada Rakyat Miskin Sahaja (Ikut Jenis Kereta)! Setuju?

Harga Minyak 2014
Kenaikan Harga Minyak Naik Lagi 2014 : Mungkin ada benarnya, cadangan kalangan rakyat Malaysia supaya mereka yang menjawat jawatan menteri ini disaring semula dan perlu melalui ujian IQ terhadap diri mereka supaya mereka yang dilantik untuk memimpin & mengurus negara adalah kalangan yang benar-benar berkelayakan.
Berita Semasa tidak pasti mengapa Tengku Adnan bercakap soal minyak? Apa kelayakan & kapasiti beliau untuk bercerita  mengenai minyak?

Kenaikan Harga Minyak Naik Lagi 2014 : Mekanisme Baru Jual Minyak RON 95

  • Minyak RON95 hanya dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja
  • Contohnya, mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu. Seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard atau pun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95.
  • Mengekang negara jiran dari Singapura dan Thailand serta warga asing yang bekerja di negara ini daripada menikmati kadar bahan api dengan harga subsidi
  • Pada masa ini harga minyak RON95 adalah RM2.10 seliter iaitu 63 sen disubsidikan kerajaan manakala harga minyak RON97 berada pada kadar RM2.80 seliter bergantung kepada apungan terurus harga bulanan ditentukan oleh kuasa pasaran.
  • Inisiatif kerajaan ini dilakukan demi masa depan negara dan tidak menggunakan pendekatan populis yang bakal memusnahkan masa depan negara
Bukankah cakap terus-terang itu lebih baik. Mahu umumkan kenaikan harga minyak naik 2014 tidak lama lagi bukan (SEPERTI DI SINI)? Bukankah lebih baik untuk peringkat awal, dilaksanakan mekansime di mana terdapat pengawalan yang lebih ketat bagi rakyat asing membeli minyak di Malaysia? Bagi Berita Semasa jikalau langkah seperti ini berjaya dilaksanakan, barulah diperluaskan untuk kelompok sasaran pula.
Harga Minyak RON 95 2014
Berjaya Dikesan (Lokasi) : R&R ayer keroh pada 11/1/2014
Hakikatnya? Dengan orang Singapore yang isi minyak RON95 pun tidak boleh dibendung, masih mahu bercita-cita besar untuk mengawal penjualan minyak mengikut pendapatan rakyat Malaysia? Erm…..
Buktikan kepada rakyat terlebih dahulu. Jikalau dapat bendung penjualan minyak kepada warga asing,, boleh syukur nikmat. Banyak peratus penjimatan yang dapat kerajaan kumpul daripada mekanisme sebegitu rupa. Apa pandangan anda pula mengenai langkah terbaru kerajaan mengenai kenaikan harga minyak 2014 selepas ini dan juga cara penjualan minyak RON 95 kepada anda?

NAJIB...DENGAR APA KATA MAHA..MAHA

Dr Mahathir, BN tumbang jika gagal tangani harga barang

dr mahathir politik malaysia

Keputusan PRU14 pasti memihak kepada PR jika BN terus begini kalut dan PM Najib yg sering keluar negara dan seakan tiada di Msia malah kelihatan tidak pro aktif: Dr Mahathir Mohammad Foto kredit Sinar Online
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak menolak kemungkinan BN akan kalah teruk pada pilihan raya PRU14 akan datang sekiranya isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak diatasi dengan segera lapor Sinar Harian Online.
Menurutnya, biarpun kerajaan kini giat menjalankan operasi pemantauan dan kawalan harga di seluruh negara, namun jika kerajaan gagal menangani kemarahan rakyat itu, peluang mempertahankan kerusi kerajaan dikhuatiri tipis.
“Ya boleh, tapi sekarang ini saya nampak ada sedikit kawalan harga yang dilakukan oleh pemerintah, ini adalah usaha yang baik tetapi pendapat Tun Daim itu memanglah mempunyai asasnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum yang bertajuk ‘Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam’ di Pusat Islam, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin pada Selasa lalu meramalkan BN akan tumbang sekiranya pilihan raya diadakan ketika kemarahan sedang memuncak berikutan isu kos sara hidup.
Kata Daim lagi, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam PRU14 akan datang.
“Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang.
“Isu pengurangan subsidi yang selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara,” katanya.
lawak politik najib suhu turun
Dalam pada itu, mengulas isu kalimah ALLAH, Mahathir menegaskan, kerajaan perlu mengembalikan keputusan asal hanya penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja yang diberi kebenaran menggunakan Bible dalam Bahasa Melayu.
“Ketika saya dalam kerajaan, penyelesaiannya ialah kitab Bible berbahasa Melayu itu hanya digunakan di Sabah dan Sarawak.
“Cuma kita tidak perlukannya di Semenanjung Malaysia,” katanya lagi.

Mana cukup gaji RM1,000?

Mana cukup gaji RM1,000?

lelaki miskin

Zamari foto artikel Sinar
“DENGAN gaji bersih RM1,000 sebulan mana cukup nak tampung perbelanjaan seharian dan belanja anak-anak sekolah,” luah seorang pekerja kilang, Zamari Adam, 45.
Musim pembukaan sesi persekolahan baru-baru ini sahaja dia memperuntukkan RM1,500 untuk tiga anaknya, iaitu dua belajar di sekolah menengah dan seorang lagi di sekolah rendah.
Sebagai menjimatkan kos, dia berulang-alik ke tempat kerja dari rumahnya di Selayang ke Rawang menaiki motosikal tidak kira waktu walaupun hujan.
Dia juga perlu menyediakan kos tambang buat isteri dan anak bongsunya ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan susulan penyakit kanser tulang yang dihadapi puterinya itu.
Katanya, beberapa kali juga dia terpaksa membuat pinjaman dengan majikannya atau pendahuluan gaji sekiranya perbelanjaan pada bulan tertentu meningkat.
Zamari berkata, keadaan ekonomi yang semakin teruk bukan hanya mengakibatkan harga barang naik tetapi bisnes di kilang tempatnya bekerja juga agak perlahan.
“Pekerja seperti saya yang tersepit sebab gaji makin sikit dan ada pula ura-ura elaun pengangkutan mahu dimansuhkan, jadi makin kuranglah gaji bulanan saya serta perlu bersedia bermula sekarang.
“Kalau nak ikut gaji RM1,000 itu memang tak cukup dan selalu saya ingatkan isteri supaya tidak bermewah-mewah,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, untuk menampung pendapatan, dia dan isteri membuat sewaan tapak di Pasar Pagi Selayang setiap Sabtu dan Ahad untuk meniaga aksesori tudung (kerongsang).
“Pendapatan tambahan tidak menentu dapat dalam anggaran RM80 hingga RM100 sehari dan duit itulah digunakan untuk membantu perbelanjaan harian.
“Jika nak diikutkan kami sekeluarga dah berjimat sehabis mungkin dan tak tahu nak potong bajet apa lagi untuk pastikan pendapatan yang diperoleh mencukupi,” katanya.
Zamari berkata, tekanan tetap ada, namun tetap perlu meneruskan hidup dan dia bersyukur kerana isteri serta anak-anak faham dengan situasi mereka sekeluarga.
Malahan katanya, dia tidak pernah mengabaikan permintaan anak-anak jika ada ketikanya mahu bersiar-siar atau makan di luar.
“Saya tidak sampai hati jika anak mahu makan itu dan ini, kalau sekali dia menyebut boleh dipejamkan mata tapi kalau hari-hari disebut kita akan jadi kesian.
“Kalau pakaian pun begitu, anak-anak didahulukan. Kalau nak beli baju sendiri kena fikir banyak kali kerana bimbang bajet lari,” katanya.

Polis buru individu pertama sebar gambar Nursyafiqah di internet

Polis buru individu pertama sebar gambar Nursyafiqah di internet

Foto kredit Astro Awani

Hebahan berita Sinar FM  pagi ini mengejutkan kerana anak itu didapati hilang 4 hari lepas ketika ibu meninggalkannya dalam kereta kerana berjumpa seseorang. Apalah doa anak sekecil ini dibunuh kejam.
Sementara itu di laman media sosial Facebook dan Twitter, ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan foto kanak-kanak berkenaan. Tindakan itu menyebabkan mendapat reaksi keras beberapa pengguna laman media sosial termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Gambar atas – MRM Polis dilaporkan memburu individu sebar gambar Norsyafiqah anak mangsa ibunya di internet. Ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka.
KUALA LUMPUR: Pihak polis sedang memburu individu pertama yang disyaki menyebarkan gambar mayat kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemui mati di dalam sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu semalam lapor Astroawani
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan ketika dihubungi menafikan gambar datangnya dari sumber polis dan mengutuk keras perbuatan yang dianggap tidak sensitif oleh individu terbabit.
Gambar itu turut mendapat kritikan ramai di laman sosial sejurus ia dimuat-naikkan.

“Kami tidak tahu identiti orang pertama yang menyebarkan foto itu di media sosial. Kemungkinan orang yang mengambil gambar tersebut sampai ke tempat kejadian lebih awal daripada pihak polis. Kami tidak pasti. Kami masih sedang menyiasat,” Manoharan memberitahu Astro AWANI.

Nursyafiqah Abdullah yang dilaporkan hilang  sejak 17 Januari lalu, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang.
Ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka.
Apabila dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang.

Rabiatul Adawiyah yang membuat laporan polis kemudiannya, memberitahu pihak polis yang dia pernah mendapat ugutan bunuh sebelum ini.

Tindakan penyebaran foto kanak-kanak itu di laman media sosial dipersoalkan oleh banyak pihak termasuk mantan Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan lapor Astroawani.

Musa berkata perbuatan itu menunjukkan orang yang menyebarkannya tiada perasaan dan suka dengan keganasan.

WHEN TALK FAILS.......


Selepas lapan bulan berbincang, usaha Umno untuk berbincang ke arah perpaduan dengan Pakatan gagal menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) kini terdedah kepada pemberontakan daripada kalangan Umno sendiri, lapor The Edge Review.
Mingguan online dalam laporannya bertajuk "When talk fails" (Bila perbincangan gagal) melaporkan, Najib gagal meyakinkan pimpinan tertinggi Umno untuk mewujudkan perpaduan dengan Pakatan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Perbincangan itu… telah digunakan sebagai senjata untuk Najib menghadapi musuhnya di dalam partinya sendiri," katanya."Perbincangan itu tidak pergi ke mana-mana kerana pandangan umumnya Umno tidak pernah jujur," kata rakan karib Anwar yang terlibat dalam perbincangan sulit berkenaan kepada mingguan itu.
Najib telah menggunakan perbincangan itu untuk membentuk kerajaan perpaduan selepas pencapaian buruk BN dalam pilihan raya umum lalu.Pengundi telah memberikan undi popular kepada Pakatan dalam pilihan raya umum lalu, memberikan mesej mereka sudah bosan dengan cara BN mentadbir negara.
Isu yang utama adalah rasuah yang melampau dalam sektor awam dari pegawai rendah sehingga kepada pemimpin politik.Perbincangan perpaduan yang diketuai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi pihak kerajaan telah membawa beliau kepada pemimpin pembangkang termasuk dari PAS.
Bagaimanapun, sesetengah pihak dalam Umno tidak berminat dengan laporannya dan meningkatkan serangan ke atas Najib, lapor mingguan itu.Serangan berterusan ke atas Najib juga tidak dipertahankan oleh rakan-rakannya dalam Kabinet.
"Hanya sedikit sahaja keraguan bahawa Najib berada di kedudukan paling lemah dari segi politiknya dan sebahagian besar dari masalah berpunca dari dirinya sendiri," kata seorang ahli perniagaan yang rapat dengan Najib sebagaimana dilaporkan The Edge Review.
Dalam menghadapi kedua-dua musuh iaitu pembangkang dan pihak dalam Umno sendiri, mingguan itu menyifatkan keputusan Najib sebagai "strategi risiko tinggi untuk hadapi krisis" dalam kepimpinan.
Tetapi selepas lapan bulan ke sana ke mari, pembangkang akhirnya letih dengan cakap-cakap Najib untuk membentuk kerajaan perpaduan."Berdasarkan pengalaman lalu, ia adalah silap.
Anwar menyertai perbincangan ini atas keyakinan ia boleh membawa agenda pembaharuan," lapor mingguan itu berdasarkan kenyataan seorang pemimpin pembangkang.Bagaimanapun, kata The Edge Review, rundingan berpanjangan Najib ini tidaklah sia-sia.
Perdana menteri sentiasa saja meniupkan berita perbincangan setiap kali berlakunya krisis kepimpinan, termasuk ketika kemungkinan kepimpinan beliau tercabar misalnya menjelang pembentangan Bajet 2014 Oktober lalu.Bagaimana mingguan ini berkata, taktik Najib kali ini tidak akan berjaya lagi.
Ia termasuklah kerana kekurangan sokongan kepada Najib dari kerajaannya sendiri dan juga meningkatnya kemarahan awam terhadap kepimpinan beliau, kata The Edge Review, lebih-lebih lagi apabila banyak janji menjelang pilihan raya yang tidak tertunai dan kelemahan pengurusan telah menyusahkan Najib.
Artikel itu juga memetik kenyataan Ibrahim Sufian dari Merdeka Center yang berkata,"Pada masa ini, dia kelihatan lumpuh tanpa sebarang tindakan terhadap kesemua isu panas. Beliau sepatutnya berbesar hati bahawa dia memenangi pilihan raya umum dan kepimpinan parti.
Dia sepatutnya memenuhi mandat yang diterima itu".Mingguan itu memetik Ibrahim yang mencadangkan supaya Najib turun menerangkan kepada rakyat kedudukan kewangan negara dan penyelesaian yang diperlukan untuk meneguhkan ekonomi negara.
Beliau berkata, Najib juga patut memimpin melalui tauladan misalnya dengan memotong gaji anggota Kabinet termasuk dirinya.Yang paling penting, mingguan itu meminta Najib membawa semula agenda kesederhanaannya itu.
"Dia kena tunjukkan keberaniannya untuk melawan tekanan itu hatta jika ia diketuai sendiri oleh bekas perdana menteri. Dia kena tunjukkan bahawa dia adalah pemimpin bukan sekadar ahli politik biasa," katanya."Bagi Malaysia, apa berlaku selepas ini adalah pilihan Najib." ~tmi

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik 2014 & Sektor Swasta Perlu Semakan! Serap Lonjakan Harga Barang, Kos Sara Hidup + GST

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik 2014 & Sektor Swasta Perlu Semakan! Serap Lonjakan Harga Barang, Kos Sara Hidup + GST!

gaji 2014 naik
Tuntutan Gaji Kakitangan Awam Naik (KLIK SINI) VS Gaji Sektor Swasta Naik (DI SINI)
Persoalannya sekarang, usaha kerajaan dalam tempoh sedekad yang lalu untuk naik gaji rakyat Malaysia masih ditakuk lama. Faktanya, Malaysia antara yang terkebelakang melibatkan kenaikan gaji rakyat Malaysia jika dibandingkan dnegan Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura jauh sekali untuk dibandingkan.
Bagi tempoh 10 tahun yang terkahir berdasarkan laporan Bank Dunia, Pertumbuhan gaji rakyat Malaysia hanyalah berada di sekitar 2.6% setiap tahun. Inflasi?
Inflasi pun berada di antara 2%-3%. Maknanya….dengan kenaikan kos sara hidup di Malaysia sekarang ini ditambah dengan pelbagai pengumuman kenaikan harga dan kos serta tidak lupa juga pengenalan pada angka mendadak iaitu 6% bakal memberikan impak besar untuk rakyat Malaysia boleh membuat simpanan bersih setiap bulan selepas ini.
Sebenarnya kerajaan Malaysia mempunyai pengaruh besar untuk menetapkan paras gaji rakyat Malaysia baik di gaji kakitangan awam ataupun gaji kakitangan swasta yang melibatkan 3 aspek. Apa dianya 3 aspek tersebut?

Semakan Gaji Kakitangan Awam VS Tangga Gaji Sektor Swasta

gaji kakitangan awam1) Pertama, Tangga gaji & skim gaji kakitangan awam ditentukan oleh kerajaan. Kakitangan awam adalah merupakan kumpulan pekerja yang begitu besar dalam tenaga buruh di Malaysia. Oleh itu tangga gaji kakitangan awam akan sentiasa menjadi rujukan dan penanda aras bagi tangga gaji kakitangan swasta sepertimana yang diamalkan selama ini oleh kalangan industri & majikan.
Apabila syarikat membuat “benchmarking” samada gaji yang bakal mereka tawarkan kepada pekerja mereka berpatutan atau tidak, mereka sebenarnya akan merujuk kepada kumpulan terbesar pekerja yang cukup berpengaruh di Malaysia iaitu gaji kakitangan awam. Jikalau gaji kakitangan awam rendah, syarikat pun akan ikut sama. Begitulah sebaliknya apa yang berlaku di Malaysia hari ini.
What you set for civil servants definately becomes comparative benchmarking to the private sector
Jadi, kerajaan mempunyai pengaruh untuk naik gaji rakyat Malaysia dengan cara memberikan kenaikan gaji kakitangan awam naik. Tetapi janganlah naik gaji Ketua Setiusaha Negara (KSN), naik gaji golongan bawahan ini. Jangan naik di atas sana.
Oleh itu semakan semula tangga gaji & skim gaji kakitangan awam memberikan pengaruh gaji keseluruhan pekerja di Malaysia. Setuju? Seterusnya…

Semakan Jumlah Tenaga Buruh Asing Murah di Malaysia

2) Kedua, kerajaan perlu membuat semakan semula beberapa dasar yang menyebabkan gaji pekerja swasta terus rendah kerana dasar buruh kerajaan Malaysia yang terlalu bergantung kepada buruh asing yang murah.
Ini polisi lapuk yang diamalkan kerajaan Malaysia selama temph 3,4 dekad selama ini yang sebenarnya menganiaya rakyat Malaysia dan ekonomi Malaysia. Apa sektor perladangan, pembinaan dan sekarang di sekarang di beberapa industri perkhidmatan lain terlalu bergantung kepada pekerja asing pastinya ia akan menekan gaji minimum di malaysia. Sebab?
Anda cuba bayangkan jikalau sesebuah industri itu boleh bayar RM500 untuk satu bulan, mereka akan boleh bayar dengan mudah. Nah…inilah yang menjadi sebab & faktor tahap gaji rakyat malaysia semakin ke bawah dan ke bawah. Ini adalah satu kitaran sumber manusia yang sangat tidak baik kepada ekonomi Malaysia kerana industri akan terus mahu bergantung kepada pekerja asing bagi mengelakkan menggunakan pekerj tempatan yang lebih tinggi.

Semakan Kos Tenaga Buruh Kepada Malaysia

3) Ketiga, kerajan juga perlu menimbangkan semula terhadap pelbagai kos buruh yang dikenakan kepada majikan, yuran, levi, visa, kena buat permohonan, jikalau 6P kena daftar setiap seorang, semua ini adalah kos kepada majikan. Apa kos yang perlu dibayar untuk tenaga buruh itu tinggi, ia akan menyebabkan gaji yang dibayar kepada pekerja adalah lebih rendah. Contohnya, sepatutnya dibayar gaji RM1,500 kepada pekerja tetapi disebabkan pelbagai kos yang dikenakan kepada majikan menyebabkan RM300-RM400 diberikan kepada pekerja terpaksa diberikan kepada kerajaan. Akhirnya pekerja akan dapat hanya antara RM1,100 – RM1,200.
Sebenarnya industri begitu sensitif kepada kos (pendaftaran, peraturan, yuran, levi) yang dikenakan kepada tenaga buruh mereka.
Gaji Baru Naik 2014
Luahan Siti Hajar Aladin kepada Najib Razak : KLIK SINI
Oleh itu, Berita Semasa merasakan sudah tiba masanya gaji rakyat di Malaysia naik kepa paras yang lebih munasabah bagi membolehkan rakyat Malaysia terus menyerap tekanan kso sara hidup dan pengenalan GST tidak lama lagi. Jikalau tidak dilakukan daripada sekarang, rakyat Malaysia tidak akan lebihan tunai utnuk berbelanja, ini tidak baik untuk industri terus bergerak & juga ekonomi Malaysia.
“Apa kuasa beli rakyat bertambah, maknanya ekonomi akan terus berkembang dengan baik”
Gaji rakyat Malaysia perlu naik, jika tidak…rakyat malaysia seperti kami, kita, anda, anda di sini akan terus terperangkap dengan masalah lonjakan kenaikan harga barang & kos sara hidup yang tidak dapat ditampung dengan kenaikan gaji
P/S : Gaji minimum kebanyakan negara sudah pun melaksanakannya. Kata pakar ekonomi dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Amir Hussin Baharuddin kalau gaji minima di Amerika US$8 sejam, kalau di UK 6 pound sterling sejam manakala di Malaysia jikalau diambil kira paras RM900 sebulan (sehari ada RM30, satu jam hanya RM3.75). Katanya gaji minimum di malaysia kita tidak menarik, sangat rendah dan perlu dikaji.
PP/S : Prof Dr Amir Hussin Baharuddin mengatakan jangan dimarah harga naik, cuma yang naik boleh dikawal itu berbeza dengan yang naik dibiarkan. Cara kawal? Contohnya masalah di malaysia persaingan tidak berapa ada, terlalu banyak monopoli, masalah akaundibiliti dan kurang penguatkuasaan.